Archive for Others

Bandar Impian Saya: Bandar Sihat

1

‘Bandar sihat’ adalah bandar impian saya. Bandar yang sihat alam sekitarnya, sihat penduduknya, dan bandar yang sihat ilmiahnya. Inilah bandar yang mampu menjamin pembangunan negara dari segi kemajuan teknologi, peningkatan kualiti alam sekitar dan melahirkan masyarakat yang berjaya. Contohnya, dengan kualiti alam sekitar yang baik dapat meningkatkan tahap kesihatan penduduk. Kesan positifnya, penduduk boleh melakukan aktiviti harian tanpa sempadan selain menjana ekonomi negara dengan kedatangan pelancong luar dan dalam negara. Oleh itu, pentingnya mempunyai bandar yang sihat dan alam sekitar yang berkualiti. Selain itu, bandar yang sihat ilmiahnya mampu meningkatkan kadar kemajuan teknologi negara. Apabila penduduk berilmu dan mempunyai wawasan untuk menaikkan taraf hidup mereka, maka makin tinggi kemajuan teknologi negara.

2

 

 

Dengan menggunakan basikal dalam kawasan bandar dapat menggurangkan kesesakan jalanraya 

 

 

 

Kebiasaannya, ibukota atau bandar yang pesat membangun saban hari penduduk terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas akibat peningkatan pengguna jalan raya. Hal ini menyebabkan kemerosotan kualiti udara akibat pengeluaran asap karbon monoksida dari kenderaan yang boleh menjejaskan tahap kesihatan penduduk. Bukan atmosfera begini yang menjadi bandar impian saya mahupun rakyat Malaysia. Impian saya bandar yang sihat dan sejahtera untuk didiami. Dalam imiginasi bandar impian saya adalah, bandar yang penduduknya tidak menggunakan kenderaan bermotor, bandar yang di penuhi tumbuhan hijau, terdapat taman-taman mini, dan sudut ilmiah yang berada di setiap zon ilmiah.

3

 

 

Aktiviti riadah yang boleh dilakukan dengan menyediakan kawasan rekreasi

 

 

 

Imiginasi ini tidak mustahil untuk mewujudkan sebagai bandar larangan bagi kenderaan bermotor. Penduduk setempat menaiki kenderaan awam yang menggunakan tenaga elektrik untuk menuju ke destinasi atau dengan berbasikal. Kenderaan bermotor dilarang sama sekali tidak kira motosikal mahupun kereta apatah lagi lori muatan berat. Implikasi daripada hal ini dapat menjamin kualiti udara, mengurangkan kadar kemalangan dan juga mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Dengan itu, wujudlah bandar yang sihat persekitarannya.

4

Dengan menyediakan kawasan dan kemudahan untuk melakukan aktiviti bersenam dapat menggalakkan orang ramai untuk bersenam

 

 

 

 

Di samping itu, bandar akan lebih menarik dan sihat dengan keindahan taman-taman mini yang diwujudkan. Malah, dengan kewujudan taman-taman mini di bandar menjadikan penduduk rajin turun padang untuk bersenam dan melakukan aktiviti riadah. Akhirnya lahirlah penduduk yang sihat dan cergas bak kata pepatah, ‘badan sihat otak cergas’. Disamping itu, saya juga mengimpikan bandar yang ilmiah, kaya dengan ilmu pengetahuan dan bandar yang penuh berinfomasi. Untuk menjadi insan yang berjaya pendidikan dan pengetahuan harus diperluaskan melalui pembacaan. Oleh itu, di setiap ruang menunggu di sekitar bandar wujudkan zon ilmiah di mana terdapat bahan bacaan yang boleh diambil dan dibaca oleh penduduk. Zon ilmiah mungkin boleh diwujudkan di taman-taman mahupun di stesen kemudahan awam. Sementara itu, papan-papan iklan yang dibina juga boleh di selitkan dengan ilmu pengetahuan. Dengan itu, penduduk bandar boleh mendapatkan ilmu tanpa sedar dan dapat di manfaatkan bersama.

5

 

 

Sudut-sudut ilmiah disediakan dalam kawasan bandar 

 

 

Ironinya, saya berharap bandar impian saya ini menjadi realiti suatu hari nanti. Hasil usaha dan kerjasama dari semua pihak, saya yakin bandar impian saya ini mampu direalisasikan. Usaha dan kerjasama tersebut bukan sahaja daripada agensi pelaksana tetapi juga penghuni yang tinggal dalam bandar. Keseluruhannya, ‘Bandar Sihat’ ini memberi seribu satu kebaikan kepada semua.

 

Disediakan oleh:
Hajar binti Ahmad
Bahagian Rancangan Fizikal Negara

No comment »

ELAK DIRI DARI BERHUTANG

Anda berhutang? Mempunyai masalah kewangan? Dan berhutang adalah pilihan anda? Katakan TIDAK pada berhutang!

Antara langkah mengelakkan diri dari terjerumus dengan berhutang:

1.         Beli barangan mengikut keperluan sahaja, bukan mengikut kehendak dan keinginan

2.         Elakkan dari menggunakan kad kredit. Sekiranya kita menggunakan kad kredit, hadkan penggunaannya untuk tujuan keperluan dan bukannya beli belah.

3.         Simpan sedikit gaji bulanan untuk tujuan kecemasan dan ketika memerlukannya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, bukan?

4.         Belilah barangan secara tunai. Sekiranya barang tersebut mahal, kumpul dahulu duit sehingga mencukupi. Belian secara hutang akan menambahkan harga barangan tersebut.

5.         Jangan meniru gaya hidup orang lain. Inginkah anda nampak bergaya dan mewah tetapi realitinya poket kosong?

6.         Pilih masa dan tempat yang sesuai untuk beli belah. Belilah semasa barangan tersebut mempunyai potongan harga kerana masa inilah anda mampu berjimat!

7.         Bina pendapatan tambahan. Anda minat berniaga? Tambah pendapatan anda dengan menjalankan perniagaan sampingan tanpa menjejaskan kewajipan dan reputasi kerja semasa.

Hutang bukan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Jangan jadikan berhutang sebagai amalan hidup. Hutang lebih banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan dan menjalankan kerja seharian. Sama-sama kita tangani hutang dengan berhemah.images

No comment »

PAPAN TANDA JALAN: Arah Mana Harus Dituju?

1PENGENALAN

Anda boleh melihatnya di mana-mana saja, setiap hari….tetapi tahukah anda Papan Tanda bukan sahaja untuk menunjukkan jalan, malah papan tanda menceritakan pelbagai maksud. Sebagai perancang bandar, jalan dan lokasi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu pembangunan. Papan tanda merupakan salah satu perabot jalan dan komponen sistem jalan yang penting. Fungsi papan tanda jalan adalah untuk mengawal, memberi amaran dan panduan kepada pengguna jalan raya. Antara maklumat yang dipaparkan adalah nama tempat, destinasi, arah, jarak, nombor laluan, amaran bahaya, amaran persimpangan dan lain-lain. Pemasangan papan tanda jalan dibuat mengikut keperluan undang-undang, fakta dan kajian.

 

PRINSIP-PRINSIP ASAS PEMASANGAN PAPAN TANDA JALAN

Pemasangan papan tanda jalan perlulah mengikut prinsip-prinsip asas seperti berikut:

i.  Mudah dilihat oleh pemandu pada kelajuan yang ditetapkan;

ii. Menarik perhatian pemandu;

iii. Mengandungi maklumat yang diperlukan oleh pemandu;

iv. Lokasi pemasangan tidak menyebabkan gangguan kepada pandangan dan keselamatan pemandu;

v. Memberi masa yang mencukupi kepada pemandu untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dipaparkan; dan

vi. Konsisten iaitu paparan yang serupa membawa maksud yang sama kepada pengguna jalan raya.

 

KUASA DAN TANGGUNGJAWAB

Di bawah AKTA 333, Akta Pengangkutan Jalan 1987 Klausa 67. Pengurusan jalan raya telah dipertanggungjawabkan kepada:

i.  Menteri Kerja Raya;

ii. Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM);

iii.Kerajaan Negeri; dan

iv. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

KATEGORI PAPAN TANDA JALAN

Secara amnya, papan tanda jalan boleh dikategorikan seperti berikut:

A. Papan Tanda Peraturan Regulatory Signs (Prohibitive and Mandatory)

Papan tanda ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

i) Papan Tanda Peraturan Trafik

Papan tanda ini untuk mengarahkan pengguna jalan raya mengenai apa yang mereka perlu atau patut lakukan (atau tidak) bagi sesuatu keadaan. Contohnya papan tanda yang terletak di jalan dan kawasan tempat letak kereta atau papan tanda di taman awam dan pantai.

ii) Papan Tanda Peraturan Non-Traffic Papan tanda ini untuk peraturan-peraturan bukan di jalan raya. Contohnya kenderaan tanpa pelekat letak kereta akan ditunda dan papan tanda dilarang merokok untuk kawasan larangan merokok. 3          

 

 

 

 

 

 

B. Papan Tanda Amaran (Warning Signs)

  • Untuk memberi tanda amaran / bahaya kepada pengguna jalanraya.
  • Papan tanda menggunakan warna yang terang (merah).

4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

C. Papan Tanda Sementara (Temporary Signs)

  • Untuk memberi tanda amaran kepada pengguna jalanraya
  • Papan tanda di pasang untuk sesuatu jangka masa sahaja seperti semasa kerja-kerja kecemasan dan penyenggaraan

5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

D. Papan Tanda Panduan (Guide Signs)

i. Papan Tanda Destinasi;

  • Untuk memberi isyarat awal / masa yang mencukupi kepada pemandu untuk masuk ke laluan bersesuaian sebelum tiba di jalan keluar atau persimpangan.
  • Diletakkan antara 500 hingga 1000 meter sebelum tiba jalan keluar atau persimpangan.

6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ii. Papan Tanda Arah;

  • Diletakkan di antara 100 hingga 150 meter sebelum tiba persimpangan utama atau sebelum persimpangan menuju ke jalan utama.
  • Dibina dalam bentuk stack (di mana arrow menunjukkan arah destinasi) atau map (biasanya digunakan untuk roundabouts dan persimpangan/interchanges yang kompleks).

7

iii. Papan Tanda Jarak;

  • Diletakkan selepas sesuatu persimpangan atau interchange.
  • Kebiasaannya Papan Tanda Jarak diletakkan di lokasi berikut:
  •  200 meter dari turning roadway atau 150 m selepas acceleration lane.
  •  Di sempadan antara daerah atau 100 meter melepasi sempadan daerah.
  •  Setiap jarak 20 kilometer sepanjang jalan.

8

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

iv. Papan Tanda Keterangan;

  • Memberitahu pemandu / pengguna jalanraya sesuatu tempat, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dan lain-lain.
  • Disediakan samada dalam bentuk simbol atau perkataan.
  • Kebiasaannya diletakkan di lokasi papan tanda mengikut keperluan.

9

 

v. Papan Tanda Seksyen;

  • Dipasang untuk rujukan lokasi di sepanjang lebuhraya.
  • Memudahkan penandaan kawasan berbahaya dan juga bagi tujuan penyenggaraan.
  • Dipasang pada setiap jarak 100m di sepanjang lebuhraya.
  • Pada setiap jarak 1km, Nombor Laluan Jalan akan di tulis di Penanda Seksyen.

10

vi. Papan Tanda Nombor Laluan Jalan (Route Markers); dan

  • Dipasang / diletak di semua papan tanda jarak dan tiang km di sepanjang jalan.

11

vii. Papan Tanda Kilometer (KM).

  • Dipasang di sepanjang Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri untuk tujuan penyenggaraan / rujukan (referencing).
  • Terdapat dua (2) jenis iaitu:

       Tiang KM Jenis A (dipasang setiap jarak 5 kilometer); dan

12

Tiang KM Jenis B (dipasang setiap jarak 1 kilometer)

13

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, papan tanda jalan bukan sahaja penting kepada pengguna jalan raya sebagai panduan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu tempat, malah sebagai Perancang Bandar pengurusan lalu lintas termasuklah jalan dan lokasi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu perancangan gunatanah. Oleh itu, adalah amat penting untuk semua pihak bersama-sama menjaga papan tanda seterusnya mematuhi papan tanda yang disediakan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

14

 

 

 

Sumber:

http://www.kkr.gov.my/ms/node/27024

 

Disediakan Oleh:

Noorliana bt Abd Ghani,

Bahagian Rancangan Fizikal Negara, JPBDSM

No comment »

KHASIAT BUAH ANGGUR

Menerusi kajian secara ilmiah mengenai buah anggur, diyakini bahawa ia memiliki khasiat dari sudut perubatan. Anggur merupakan sejenis buah rendah lemak, dan disebut sebagai makanan fungsional yang banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang dikandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular. Kandungan anggur dalam surah Abasa ayat 27-29 Allah SWT berfirman, “Lalu kami tumbuhkan biji-bijian, anggur, dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma (di bumi itu).” Allah SWT menciptakan anggur di bumi, dengan memberikan begitu banyak manfaat bagi umat manusia.

 

anggur1
Sebagai salah satu buah-buahan yang paling menyihatkan, anggur mengandungi 70 kalori per setengah cawan dan merupakan sumber potassium, vitamin C dan pectin – sejenis serat yang dapat membantu mengurangi kolesterol darah. Ketika dikeringkan menjadi kismis, anggur memiliki konsentrasi gula dan zat besi yang lebih tinggi. Anggur juga mengandungi beberapa phytochemical termasuk  resveratrol yang terdapat dalam kulitnya. Dalam beberapa penelitian terhadap resveratrol yang terdapat dalam kulit semua jenis anggur, ianya baik untuk mengurangi risiko kanser payudara, kanser hati,  kanser usus dan penyakit jantung.

 

anggur2
Telah disebutkan juga didalam Al-Quran anggur memiliki khasiat dan kegunaan yang luar biasa. Anggur yang kering disebut kismis dan kismis yang baik biasanya berukuran besar, berlemak, dan banyak mengandungi minyak, juga berkulit tipis dan bijinya sedikit. Menurut Hisham Tahlbah dalam karyanya bertajuk Ensiklopedia Mukzijat Alquran dan Hadis, kismis yang seperti itu kaya kandungan gizi. Jika dimakan bijinya akan memberi manfaat yang banyak untuk pencernaan, hati dan limfa. Tahlbah menambah, kismis juga dapat menyuburkan hati, selain bermanfaat untuk menghilangkan rasa sakit di tekak, dada, paru-paru dan ginjal.

 

anggur3

Kesimpulannya, anggur adalah salah satu buah yang paling banyak manfaatnya. Buah anggur ini, sangat baik untuk dimakan, baik ketika masih segar ataupun sudah kering. Anggur merupakan buah yang mudah dicerna. Anggur hijau maupun merah memiliki khasiat yang sama, keduanya boleh dimanfaatkan untuk menjadi buah, makanan, minuman, maupun sebagai penawar.

 

Sharifah Binti Abd Aziz
Unit 5, Rancangan Pembangunan, PPZT
Sumber       ;        http://htaiping.moh.gov.my/v4/index.php/using-joomla/extensions/components/content-component/article-categories/363-khasiat-buah-anggur

 

No comment »

JIRANKU, APA KHABAR?

jiran

Bila kali terakhir anda bercakap dan bertegur sapa dengan jiran anda? Semalam? Minggu lepas? Bulan lepas atau tahun lepas? Jangan terkejut jika ada orang yang tidak ambil tahu siapa jiran mereka dan apa pekerjaan mereka. Nampaknya persepsi seperti ini perlu diubah sebelum terlambat. Menurut ajaran Islam, jiran atau tetangga kita mempunyai hak bergantung kepada siapa jiran kita itu. Terdapat tiga golongan jiran; jiran dengan satu hak iaitu jiran yang bukan islam (dia hanya ada hak kejiranan), jiran dengan dua hak iaitu jiran yang beragama islam (dia ada hak kejiranan dan ada hak islam) dan ketiga adalah jiran dengan tiga hak iaitu jiran beragama islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita (dia mempunyai hak kejiranan, hak islam dan hak hubungan kekeluargaan). Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah menolong jika dia dalam kesulitan, menziarahi ketika dia sakit, tidak bersangka buruk dengan jiran, tidak menyakiti jiran dan tidak melampaui batasan agama dalam berjiran (tidak mendatangkan mudarat).

Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, elok rasanya kita mengeratkan hubungan dengan jiran kita sebelum terlambat. Belikan juadah berbuka puasa seperti kuih-muih atau memasak lebih lauk di rumah untuk dikongsi bersama jiran kita. Bersedekah itu akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda jika dilakukan dengan ikhlas. Sekiranya tidak mampu cukuplah dengan memberi senyuman ikhlas dari hati. Saling bertanya khabar dan bertegur sapa jika terjumpa di bazaar Ramadan atau ketika membuang sampah di luar rumah. Sekurang-kurangnya kita tahu siapa jiran kita dan apa kerjanya.

Mungkin kita memerlukan khidmat nasihat, bantuan atau sokongan daripada mereka di kemudian hari. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetanggamu menangis kerana kelaparan”. Dari aspek perancangan pula, sememangnya dititikberatkan hubungan sesama jiran melalui susunatur kediaman dan kemudahan yang disediakan. Garis panduan Perancangan yang disediakan oleh jabatan seperti Gated Community And Guarded Neighbourhood dan Crime Prevention Through Enviromental Design (CPTED) diharap dapat membantu di dalam pencegahan dan mengurangkan risiko berlakunya kes-kes jenayah kepada komuniti / kejiranan kita. Diharapkan selepas ini, hubungan kita dengan jiran kita bertambah baik. Sekurang-kurangnya dapat mereka mengawasi rumah kita semasa kita tiada di rumah atau pulang berhari raya di kampung.

Selamat berhari raya dan maaf zahir dan batin jiranku.

No comment »