Archive for December, 2010

Sistem eKawal Selia

Pada tahun 2005 – Mesyuarat Mekanisme Pembangunan bagi Kawasan-kawasan yang terletak di Tanah Tinggi dan Lereng Bukit telah bersetuju supaya satu Kaedah-Kaedah untuk pengawalan perancangan dan pembangunan di tanah tinggi dan lereng bukit digubal di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Pada tahun 2007 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah menyediakan satu kaedah yang dikenali sebagai kaedah-kaedah Kawalan Perancangan Pemajuan Tanah Tinggi Dan Lereng Bukit.

Melalui kaedah ini, satu sistem telah dibangunkan bagi memudahkan pengenalpastian kawasan-kawasan yang terlibat sebagai kawasan KSAS tanah tinggi dan lereng bukit iaitu “Sistem e-Kawal Selia”. Antara kegunaan sistem ini adalah :-

1.         Sistem ini merupakan perisian yang dapat membantu di dalam menganalisis profil ketinggian dan kecerunan sesuatu kawasan sama ada mengikut lot, mukim atau daerah serta menyelaras dan menyeragam penghasilan kawasan KSAS tanah tinggi dan lereng bukit bagi kegunaan rancangan pemajuan;

2.         Sistem ini memudahkan rancangan pemajuan mengenalpasti kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan sensitive alam sekitar (KSAS);

3.         Sistem ini berupaya menghasilkan empat pelan utama iaitu pelan analisis ketinggian, pelan analisis kecerunan, pelan KSAS tanah tinggi dan lereng bukit dan pelan zon kawal selia tanah tinggi dan lereng bukit yang akan menunjukkan kawasan tanah tinggi yang mempunyai ketinggian 300 meter atau lebih dan berkecerunan 15o atau lebih; dan

4.         sistem ini dapat membantu PBPT membuat verifikasi sesuatu permohonan kebenaran merancang dan semakan dapat dilakukan sekiranya sesuatu permohonan kebenaran merancang melibatkan kawasan KSAS tanah tinggi dan lereng bukit. Ini dapat memantapkan perakuan-perakuan dalam memberikan kebenaran merancang.

Comments (2) »