Archive for January, 2011

QGIS Open Source (Free Software) ??? …

Quantum GIS (QGIS) merupakan perisian GIS sumber terbuka (open source) selain dari perisian GIS berlesen seperti ArcGIS dan Mapinfo. QGIS terdapat dalam versi Windows, Mac. dan Linux. Versi stabil diperkenalkan pada tahun 2009 dan kini telah diupgrade ke versi (1.6). Tidak ramai yang mengenali dan mengguna perisian QGIS. Pandangan umum mengenai QGIS adalah tidak bagus namun demikian penjelasan yang kukuh terhadap QGIS sukar diberi jawapan. Apabila ditanya sama ada pernah mencuba perisian tersebut, jawapan secara spontan biasanya tidak pernah mencuba. Ini memberi implikasi persepsi negatif terhadap perisian tersebut dikalangan masyarakat umum. Perasaan prejudis ini diperkukuh lagi dengan perkaitan benda yang percuma adalah kurang bermutu berbanding benda yang perlu dibayar.

Sekiranya keupayaan QGIS dapat memenuhi keperluan kerja-kerja GIS seharian, kenapa tidak ianya digunakan? “Fungsi Asas QGIS” adalah didapati setanding dengan perisian GIS berlesen. Memang tidak dinafikan sesetengah modul analisis tambahan tidak terdapat didalam QGIS. Sama seperti perisian GIS berlesen, modul-modul tambahan perlu dibayar dengan kos yang tinggi bagi setiap pengguna. Berbanding QGIS, kos pembangunan modul (modul analisis) hanya dibayar sekali sahaja dan proses tranfer of technology tidak memerlukan sebarang kos sekaligus menjimatkan perolehan infrastruktur ICT (software dan hardware). Kenapa QGIS tidak di gunakan walhal ia nya percuma (kos minima) … ?

Comments (6) »

To allow or not to allow?

Screenshot

This article by Noel Achariam is quite interesting because in recent times, the weather or specifically, rainfall, has been heaver than before and can loosen soil stability even without human intervention some unpredictable. It goes on to mentioned that Fernandez, MPPJ issued a warning to Gasing Meridian Sdn Bhd, which proposed to develop the Sanctuary Ridge Kuala Lumpur City project comprising 70 bungalows on a 15.5ha site on Bukit Gasing that “Let this incident be a warning that no development should take place on Bukit Gasing”. It hits a fundamental question in that can an individual develop his property if all the technical requirements asked by the approving authority can been met?

Read more: Let landslide be a lesson http://www.nst.com.my/nst/articles/gogas1/Article/#ixzz1AaIzWz00

No comment »

Penerokaan Kaedah Baru (UAV): Pembangunan dan Pemantuan Gunatanah

Unmanned Aerial Vehicle

Kebelakangan ini muncul banyak kaedah baru yang dilihat mampu membantu bidang perancangan bandar di dalam menambahbaik dan mempertingkatkan mutu penyediaan maklumat gunatanah negara secara keseluruhannya. Teknologi UAV merupakan perspektif baru di dalam bidang perancangan bandar di Malaysia yang mana penggunaanya rendah dan ada yang masih di peringkat percubaan. Teknologi ini di jangka mampu mengurangkan kerja-kerja lapangan. Dari segi kemampuan mata kasar, teknologi baru ini dilihat mampu mengatasi masalah-masalah yang sering dihadapi semasa kerja-kerja lapangan (survey) seperti masalah kawasan halangan dan berbahaya, tiada akses, jauh ke pedalaman dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, beberapa faktor perlu diteliti antara nya  ialah keupayaan kewangan, kemampuan infrastruktur sedia ada, kepakaran dan juga kesesuaian penggunaan teknologi baru ini di dalam bidang perancangan bandar di Malaysia.

Persoalannya adakah relevan teknologi UAV ini digunapakai di dalam bidang perancangan bandar di Malaysia? Sejauhmanakan ianya dapat membantu di dalam memperkasakan pembangunan maklumat gunatanah perancangan? Sejauhmakan JPBD mampu untuk menggunapakai teknologi ini sebagai medium di dalam pembangunan maklumat gunatanah perancangan?

Let’s talk on it …

Comments (5) »