Archive for March, 2011

Perhimpunan Pagi Anjuran R&D 10 Mac 2011

Perhimpunan Bulanan dikira sebagai 1 hari berkursus?

Salam Semua.

Pada 10 Mac 2011 yang lalu, bahagian Penyelidikan dan Pembangunan telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Perhimpunan Pagi Jabatan. Seperti biasa, setiap perhimpunan pagi akan mempunyai temanya yang tersendiri. Jadi, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan telah memilih tema Revisiting Green sebagai tema perhimpunan pagi pada kali ini. Tema ini adalah lanjutan daripada tema yang telah dianjurkan oleh bahagian ini pada tahun 2010 iaitu Green day!

Berkaitan dengan persoalan di atas, ianya berkait rapat dengan Perutusan Ketua Pengarah yang memberikan banyak info berguna berkaitan dengan tema perhimpunan pada kali ini. Walaubagaimanapun, keputusan samada perhimpunan bulanan ini akan dikira sebagai 1 hari berkursus atau pun tidak masih bergantung kepada keputusan pihak pengurusan atasan.

Jadi, kita tinggalkan seketika persoalan itu. Mari kita saksikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan! Enjoy the pictures bro!

 

Comments (7) »

Switch off Light Mean Save Our Earth ?

There are great to talk about how important of earth environment, but there are  more important to put the word into action

World Wildlife Fund yang lebih dikenali sebagai WWF telah ditubuh pada 29 April 1961 di Switzerland kemudian bertukar nama kepada World Wide Fund For Nature pada tahun 1981 sejajar dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam organisasi tersebut. Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan yang bebas dan  terbesar di dunia ini, organisasi ini giat menjalankan aktiviti-aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap alam semula jadi di bumi kita ini. Kempen Earth Hour yang dilaksanakan pada minggu terakhir bulan Mac setiap tahun adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim dunia yang diakibatkan daripada pembebasan gas karbon dioksida khususnya dalam atmosfera kita.

Apakah yang kita boleh sumbang kepada bumi kita sempena kempen Earth Hour pada 26 Mac 2011, jam 8.30pm ?

Langkah paling mudah dalam menyahut kempen ini adalah dengan memadamkan lampu pada hari dan masa yang ditetapkan. Fakta jelas menunjukkan bahawa, penjimatan tenaga elektrik dalam masa satu jam di Bangkok, Thailand menerusi kempen ini menunjukkan pengurangan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatt iaitu bersamaan dengan 41.6 ton karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera kita. Selain itu, hasil analisis juga menunjukkan penggunaan jentera atau motor berelektrik telah menggunakan lebih 60% daripada sumber tenaga elektrik yang dijanakan dengan 10 hingga 20% sahaja yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal. Dalam kata lain, kempen yang hanya 60 minit ini amatlah berkesan dalam mencapai keseimbangan ekosistem bumi kita daripada kesan rumah hijau.

Jika setiap insan sedar dan mengambil iktibar terhadap kepentingan menyelamatkan bumi kita, apa salahnya jika kita bertindak terdahulu dengan memadamkan lampu yang tidak digunakan pada hari-hari biasa dan bukannya waktu kempen Earth Hour sahaja. Langkah yang  mudah ini tidaklah merugikan sesiapa pun, tetapi ia akan membawa ke arah kemampanan dan kesejahteraan kepada generasi masa depan kita bersama.

Comments (2) »

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH LIPIS PAHANG. TAHUKE ANDA?

Tahukah anda Kuala Lipis merupakan “Bandar Warisan Sejarah” berdasarkan keunikan bangunan-bangunan peninggalan sejarah yang wujud dan masih kekal sehingga meliputi sebahagian besar Bandar Kuala lipis. Pembukaan Pekan Lipis bermula sejak zaman British yang mana pada tahun 1863 oleh  Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud Bin Wan Pahang.

14 buah bangunan bersejarah telah dibina sejak tahun 1888 bermula dengan pembinaan Masjid Lama (Masjid Jamek Kuala Lipis) sehingga tahun 1920an dengan pembinaan Pahang Club, Tokong Thean Hou, Asrama Jururawat, Pejabat Pos, Sekolah Clifford, Kuil Gudhwara, Kompleks Pejabat Kerajaan, Stesen Keretapi, Rumah Rehat Bukit Residen, Rumah Pegawai Daerah, Bangunan Malay Hostel, Istana Hinggap dan Rumah SUK. Bangunan-bangunan peninggalan sejarah yang masih kukuh dan berkarektor ini mempamerkan nilai warisan yang tinggi kepada keseluruhan pembangunan Bandar Kuala Lipis. Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis dicadang mengadaptasikan tema “Bandar Warisan Sejarah” bagi membentuk imej serta identiti Daerah Lipis.

No comment »

Pertama Kali Di Labuan

Labuan yang mempunyai keluasan 9,530.45 hektar tidak pernah penulis sampai setakat ini sehinggalah penulis ditempatkan ke BPW yang mana diberi tanggungjawab sebagai ahli pasukan kajian untuk menjalankan kajian RS dan RT Labuan. Apabila ditugaskan memegang sektor Kemudahan Masyarakat, Infrastruktur dan Utiliti..kajian dirasakan dah 80% siap..cabaran sungguh untuk menyambungnya dengan zero information tentangnya. Huhmmh, bermaknanya penulis perlu bekerja keras untuk itu…dan mula membayangkan keadaan Labuan dan terus menjana otak untuk mengingati guna tanah semasa berdasarkan pelan yang telah disediakan.

Menjelang jam 12.00 tengahari, flight yang dinaiki selama 2 jam dari Kuala Lumpur hampir tiba ke dataran Pulau Labuan yang telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 1984. Pulau ini ditadbir oleh Perbadanan Labuan sebagai Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Melihat Labuan dari udara, wow, fantastic…cantik..kami seterusnya dibawa ke Pulau Labuan untuk melihat gunatanahnya. Selain daripada itu, ia mempunyai 27 buah kampung dan 6 buah pulau kecil. Ia merupakan pusat petempatan Utama dan dicadangkan Pusat Separa Wilayah pada tahun 2020. Labuan mempunyai banyak tarikan terutama dari segi warisan yang kebanyakkan bertaraf antarabangsa seperti Peace Park, Surrender Point, War Memorial, The Japannese Hide-Out Tunnel, Cement Wreck di Kepulauan Pulau Manikar, Blue Water wreck, Australian Wreck dan macam-macam lagi.

Kawasan Industri Oil & Gas

Ekspresi pertama. Hebat Bandar Labuan. Sesuai dengan pengisytiharaannya.

Penulis difahamkan bandar ini mempunyai banyak sejarah dari segi pengisytiharaannya. Pertamanya sebagai submarine cabel station, kemudian sebagai Pulai Bebas Cukai, Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa sehinggalah kepada pengisytiharaan sebagai Pusat Pelancongan Antarabangsa. Yang mana satukah identitinya yang menonjol….yang mana satu lebih kuat untuk kita bawa dan highlight dalam kajian RS dan RT ni. Selain itu, banyak konflik yang penulis lihat.

Di atas pelan semasa diletakkan untuk tanah lapang buatan. Tapi kat lokasinya dah ada bangunan. Ni silap tanda ke??..setahu penulis pelan ni dibuat tak sampai setahun, pulak tu..pasukan kajian guna GPS lagi…walaupun Labuan ni tak pesat mana pembangunannya, tapi constructionnya terlalu cepat siap..maybe kecanggihan semasa memungkinkan kontraktor menggunakan bahan pasang siap. Oleh itu, terpaksala pelan ni dipinda.

Dari segi pembangunan komitednya, nampaknya pasukan kajian perlu terima dan serapkan dalam RT walau pun ianya kurang sesuai dari segi perancangan. Baik ke, buruk ke..So macamana??…Apa pandangan pakar-pakar dalam perancangan??..satu lagi tentang syarat-syarat nyata…bila satu ketika ternyata tanah tersebut memang dah tak sesuai untuk pembangunan yang tercatit..iyela..masa ia diletak syarat dulu…lama dah..sekarang masa dah berubah, keadaan pun dah berubah, permintaan juga berubah..nak zonkan ikut syarat nyata juga ke..???

Melalui jalan-jalan utama di Labuan ini, memang sungguh membangun pembangunan industrinya…ni kalau tanah dah tersedia dan pelabur pun ada.. lantas mata ini terus dapat melihat imbasan imaginasi pembangunannya..ala-ala macam bandar kerteh kat Terengganu tu. Kampung airnya, menggagumkan. Pantainya pun cantik, tapi semua dah ada hakmilik…pulak tu ada lot atas air yang ada hakmilik..tak ke pelik…bila nak tanda atas pelan…atas gunatanah apa..nak color apa???Pandangan penulis, Labuan menghalalkan tambakan…iye ke? Takkan tak ada sebarang dasar atau garis panduan tentang pengurusan atau tambakan pantai ni. Dari segi kemampanan…habisla Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) untuk persisiran pantai.

Hanya itu saja pengalaman dan penghayatan sepanjang di Wilayah persekutuan Labuan. Banyak tempat yang tidak dapat dihabiskan dalam masa 1 hari setengah. Dan Insyallah akan biasa dengan gunatanah dan persekitarannya dari semasa ke semasa.

No comment »

HULU TERENGGANU DAERAH WARISAN ALAM SEMULAJADI

Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu 2008 – 2020 adalah dokumen rancangan pemajuan yang disediakan selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Ia disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Terengganu, JPBD Persekutuan dan Majlis Daerah Hulu Terengganu dengan input sokongan daripada jabatan-jabatan teknikal di peringkat negeri dan daerah.

Daerah Hulu Terengganu adalah kawasan berciri fizikal unik dengan sebahagian besar bahagian barat dipenuhi Empangan Tasik Kenyir; sementara tumpuan petempatan penduduk adalah di lembangan subur Sungai Terengganu di timur bersempadan Daerah Kuala Terengganu. Ia tidak mempunyai pantai, dipenuhi kawasan hutan hujan tropika dari sebahagian Taman Negara Malaysia yang dikatakan hutan tertua di planet bumi; dengan penemuan-penemuan fosil fauna pra-sejarah di Gua Bewah dan Taat. Daerah ini juga mempunyai warisan sejarah sebagai tapak penemuan Batu Bersurat Terengganu yang diiktiraf sebagai warisan dokumen dunia oleh UNESCO; di samping sebagai kawasan utama berlakunya pelbagai sejarah awal Negeri Terengganu.

Faktor-faktor ini serta kepentingan pelancongan Tasik Kenyir dan perkembangan pembangunan Ajil dan Kuala Berang memerlukan kepada pengawalan dan pemanduan pembangunan dimana dokumen Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu menyediakan asas perancangan dan pembangunan guna tanah bagi seluruh daerah hingga tahun 2020. Rangka pembangunan Daerah Hulu Terengganu yang diperincikan dalam rancangan tempatan adalah bersesuaian dengan hasrat Daerah sebagai  DAERAH WARISAN ALAM SEMULAJADI UNGGUL iaitu TASIK KENYIR, TAMAN NEGARA; Daerah Warisan Sejarah BATU BERSURAT – yang Membangun dan Berdaya Maju.

Konsep pembangunan daerah Hulu Terengganu adalah dirancang dengan  ‘Konsep Pembangunan Mampan dan Agihan Tertumpu’ yang mengambilkira potensi dan halangan semasa dan pada masa depan. Terdapat lebih kurang 150 senarai projek pembangunan utama telah dikenalpasti untuk membangunkan daerah Hulu Terengganu.

Comments (2) »