Archive for June, 2011

Earth is sending warning signs so be prepared!

A few months ago, tremors were only felt in an isolated town in Pahang but the recent earthquake of 5.5 and 5.6 magnitude from the epicentre 367km N.W. of Pulau Pangkor, Perak sent shock waves to many high buildings in many states along the west coast of Peninsular Malaysia. An MPPJ staff in the third floor of their office at PJ New Town said the second tremor saw the fans, white board, cubicles, tables and chairs moved hence warranted evacuation from the building while people in the nearby 9 storey MCIS Zurich building at Jalan Barat Petaling Jaya were said to have felt dizzy and nearly fainted. Many JPBD Sem. Malaysia branch offices throughout the country are located in high buildings so there is a need, as in every Scout’s book to “Be Prepared!”. If no effort has been made yet, it should be formalized now that is a point of evacuation and people who should take control of those in the office in the event of an emergency… and that person ought not to be a person of authority but someone who is most likely to be in the office most of the time and that someone should be in charge i.e. even those more senior must just listen to him/her, take orders and do not question. In order to “Be Prepared”, it is important to look at how situations could be in the worst case sceanario as that will help to visualize what to do and what not to do, whom to contact and where to go to. Many sites on the internet tell of impending danger especially in 2012, not because of links to the Mayan Calendar of 2012 but because of the 11 year cyclical effect of sun flare of which is intensified with the diminishing ozone layer. Traditional hotspots now do not mean they will again be a favourite hotspots because of the uncertainty of the subject yet with the high probability of increasing tsunamis and earthquakes, the need for planners to come up with an action plan is hampered by lack of accurate data to take the appropriate preventive and remedial measures. Before someone says “I told you so” what do we do about it? Any suggestions?

No comment »

Pembangunan Tanah Adat di Kuala Pilah

Sumber daripada Laporan Penemuan & Strategi Pembangunan RTD Kuala Pilah  terdapat beberapa kekangan di dalam usaha untuk membangunkan tanah adat iaitu:

1. Perbezaan Keluasan Tanah

  • Terdapat lot-lot tanah adat yang kecil dan kedudukannya yang berselerak menyebabkan tanah tersebut sukar untuk dizonkan dan dimajukan dengan gunatanah yang bersesuaian

2. Pemilikan Tanah

  • Terdapat dua isu utama berkaitan pemilikan tanah adat iaitu pemilik yang ramai bagi setiap lot dan kekangan tukar milik.

3. Pemilikan Yang Ramai

  • Persetujuan semua penama ada kalanya sukar diperolehi bagi tujuan untuk memajukan tanah. Di sini peranan Datuk Lembaga diperlukan untuk membuat keputusan bagi pihak pemilik tanah untuk memberikan kebenaran untuk memajukan tanah, khususnya tanah terbiar.

4.  Kekangan tukar milik

  • Pemaju atau pengusaha akan mengalami masalah untuk mengusahakan tanah tersebut sebagai gadaian atau cagaran disebabkan kekangan dari segi penukaran hak milik.

5. Keutamaan Pembangunan Ke Atas Tanah Milik

  • Pemaju tidak memberikan perhatian untuk memajukan tanah adat disebabkan akan sukar untuk diberi milik.

6. Tiada Tekanan Membangunkan Tanah Adat

  • Kawasan Bandar : Pembangunan pembandaran di Daerah Kuala Pilah adalah agak perlahan dan tidak memerlukan tekanan untuk membangunkan tanah adat di kawasan bandar kerana masih terdapat tanah milik yang masih luas.
  • Kawasan Luar Bandar : Tanah adat yang berpotensi untuk mengalami tekanan pembangunan hanya melibatkan lot-lot di sepanjang jalan utama Kuala Pilah – Seremban khususnya di Mukim Terachi dan di jalan utama Kuala Pilah – Jempol. Walaubagaimanapun trend pembangunan dijangka akan menerima pembangunan yang agak perlahan.

7. Tiada Keperluan Tukar Hak Milik Bagi Pembangunan Tanah Adat Kawasan Luar Bandar

  • Sebahagian besar tanah adat di kawasan luar bandar khususnya di Mukim Terachi, Juasseh dan Johol merupakan tanah pertanian dan masih berpotensi untuk dikekalkan dengan aktiviti pertanian dan perternakan. Pemajuan tanah untuk aktiviti pertanian sama ada diusahakan oleh agensi kerajaan seperti FELCRA dan RISDA mahupun agensi swasta tidak memerlukan penukaran hak milik. Ini kerana pengusaha berkenaan tiada keperluan untuk mengadai atau mencagar tanah yang diusahakan.

8. Tanah Terbiar

  • Masih terdapat banyak tanah adat yang luas yang tidak diusahakan. Tanah pertanian terbiar tidak diusahakan kerana tiada sistem pengairan , pemilik yang sudah lanjut usia dan kurang minat ahli keluarga untuk mengusahakannya kerana telah mempunyai pekerjaan tetap yang lain.
  • Terdapat tanah adat bagi kegunaan kampung/ kediaman yang tidak didiami disebabkan pemilik utama telah meninggal dunia dan pewaris telah berhijrah ke tempat lain.

9. Kekangan Adat

  • Kekangan adat sering menjadi isu dan penyebab ketiadaan pembangunan di atas tanah adat. Ini adalah kerana pemilikan tanah hanya boleh diwarisi kepada perempuan dari suku yang sama dan tanah adat tidak boleh berpindah tangan kepada bukan suku yang sama. Ini kerana tanggapan yang menyatakan bahawa pemilik perlu kewangan yang kukuh untuk memajukan tanah di samping nilai tanah yang rendah apabila dicagarkan kepada institusi kewangan bagi tujuan projek pembangunan.

10. Nilai Tanah Yang Rendah

  • Jurunilai tanah secaranya amnya akan meletakkan tanah adat pada nilai yang lebih rendah. Ini disebabkan faktor tanah adat tidak bebas untuk ditukar milik.

11. Kewangan

  • Terdapat dua isu utama berkaitan sumber kewangan iaitu pemilik tanah adat tidak mampu untuk melaksanakan sesuatu projek dan tiada sokongan dari institusi kewangan

12. Pemilik Mahu Terus Kekal Gunatanah Semasa

  • Pemilik tanah adat yang berkemampuan di kawasan bandar lebih gemar untuk mengekalkan status tanah sebagai tapak kediaman mereka. Antara faktor utama tidak berlakunya proses menukar syarat tanah ini adalah disebabkan pemilikan yang ramai bagi sesuatu lot tanah.

Strategi Memajukan Tanah Adat

Beberapa strategi telah digariskan bagi mengatasi masalah pembangunan tanah adat iaitu:

  1. Mengenalpasti Tanah Adat yang berpotensi sebagai Pusat Pertumbuhan Daerah atau kawasan pertanian;
  2. Membangunkan tanah adat yang melibatkan pembangunan fizikal tanpa melibatkan pertukaran hak milik melalui konsep pinjaman tanah bagi tempoh 30 tahun (aktiviti perkilangan), 66 tahun atau 99 tahun.
  3. Menyediakan dana khas pembangunan tanah adat oleh Kerajaan Negeri;
  4. Menubuhkan badan atau agensi yang bertanggungjawab untuk mengurus pembangunan tanah adat yang dianggotai Lembaga Adat. Tanggungjawab badan/agensi adalah untuk memelihara kepentingan pemilik tanah dan memastikan pembangunnya tidak melibatkan penukaran hak milik tanah adat.

No comment »

Kepentingan Kemahiran Pertolongan Cemas

Kesedaran Tentang Kepentingan Kemahiran Pertolongan Cemas (Klik untuk paparan video)

Tolong… tolong…siapa boleh bantu ni.. mangsa berdarah banyak ni… ader sesiapa yang boleh bantu? Pernahkah tuan-puan menghadapi suasana begini? Perasaan ingin membantu terdetik dalam hati  tapi x tau nak buat apa… Betul tak? ..

Tahukan anda ilmu asas asas pertolongan cemas perlu ada dalam kehidupan kita sebagai manusia.. Ilmu Asas asas pertolongan cemas telah didedahkan di peringkat sekolah rendah  lagi. Pernahkan anda semua bertanya pada diri sendiri apakah yang akan dilakukan sekiranya mengalami hal-hal kecemasan yang berkaitan kemalangan? Dan berapa banyakkan ilmu asas pertolongan cemas yang anda miliki?

Suasana panik dan tertekan biasa terjadi apabila melihat seseorang cedera akibat kemalangan. Keadaan itu sering berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja sama ada di rumah, di tempat kerja, di sekolah, di kompleks perniagaan, di jalan raya dan sebagainya. Bantuan awal pertolongan cemas perlu diberi bagi melegakan mangsa dan mengelakkan daripada tahap kecederaan menjadi bertambah teruk sebelum mendapatkan bantuan pakar.

Tahukah anda? Pertolongan cemas yang biasa diperlukan oleh mangsa adalah seperti menghentikan pendarahan, membalut luka, mengurangkan kesan kesakitan akibat patah tulang, memulihkan pernafasan, mengelak kesan keracunan, gigitan binatang bisa, tercekik dan melecur.  Selain itu, kecemasan juga melibatkan golongan yang mengidap penyakit berbahaya seperti lemah jantung, lelah, alahan dan sawan babi. Dimana mangsa sering berdepan dengan keadaan di mana mereka menghadapi saat kritikal yang memerlukan bantuan kecemasan yang mana sekiranya lambat mendapatkan bantuan awal menyebabkan kematian.

Pernahkah anda terfikir dengan memberikan bantuan kecemasan yang salah akan mengakibatkan lebih mudarat lagi? Tanpa pengetahuan yang jelas, seringkali berlaku kes pengendalian pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa tidak sesuai dan tidak selamat. Dalam kes tertentu, bantuan yang diberi bukan dapat melegakan penderitaan mangsa sebaliknya  menjadi lebih serius.  Dalam kes tertentu, penyelamat turut menjadi mangsa.

Ilmu asas pertolongan cemas amat berguna kerana pertolongan awal yang diberikan kepada mangsa mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa.  Ilmu pengetahuan pertolongan cemas amat penting dipelajari oleh setiap orang. Paling tidak, dalam setiap keluarga atau kumpulan mesti terdapat salah seorang yang mempunyai kemahiran asas dalam memberi pertolongan cemas.  Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan. Kes kemalangan kecil tetap perlu diberikan bantuan cemas mengikut tindakan yang betul.

Tahukah anda dimanakah Ilmu pertolongan cemas boleh dipelajari? Yerr.. betul…melalui latihan khas oleh pakar perubatan seperti doktor dan para medik. Selain itu, latihan  juga dikendalikan oleh organisasi dan pertubuhan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Jabatan Pertahanan Awam, Kadet BOMBA, Academy Of Safety And Emergency Care (ASEC) dan St. John’s Ambulance. Latihan pertolongan cemas lebih sesuai dilakukan dengan menghadiri kelas. Bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan sedemikian boleh juga mempelajarinya melalui buku sebagai pengetahuan asas.

Pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas bukan sahaja bertujuan untuk membantu orang lain. Dalam kes tertentu, pengetahuan itu penting untuk diri sendiri. Banyak kes kemalangan yang berlaku ketika tiada orang lain berhampiran.  Dalam kes sedemikian, mangsa perlu bertindak sendiri untuk menyelamatkan diri. Bantuan kecemasan dilakukan sendiri agak terhad. Namun amat berguna untuk mengelak daripada kecederaan menjadi semakin teruk. Tindakan mudah kecemasan terhadap diri sendiri mungkin satu tindakan menyelamatkan nyawa.  Justeru, mempelajari asas pertolongan cemas amat penting. Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anak amat perlu mengetahui asas pertolongan cemas

No comment »

ISU DAN CADANGAN AWAL PEMBANGUNAN RTJ TANAH MERAH

Penyediaan RTJ Tanah Merah bermula pada September 2010 dimana MNF Associates telah dipertanggungjawabkan sebagai perunding bagi menjalankan kajian ini. Kawasan kajian Rancangan Tempatan Jajahan tanah Merah ( RTJTM ) meliputi keseluruhan empat (4) daerah iaitu Daerah Kusial, Daerah Hulu Kusial, Daerah Jedok, dan Daerah Sokor dengan keluasan 87,153 hektar atau 5.48% daripada keseluruhan Negeri Kelantan.

Kawasan RTJTM ini disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di bahagian utara, Jajahan Jeli di bahagian barat, Jajahan Kuala Krai di bahagian selatan dan Jajahan Machang di bahagian timur. Bagi Jajahan Tanah Merah, taburan dan keluasan guna tanah utama adalah kawasan pertanian yang meliputi kawasan seluas 52,856.79 hektar (60.65%) daripada keseluruhan keluasan Jajahan Tanah Merah. Diikuti oleh kawasan rizab hutan yang merangkumi kawasan seluas 23,652.49 hektar (30.58%). Manakala kawasan tepu bina hanya melibatkan kawasan seluas 4,798.63 hejtar (5.51%). Isu-isu pembangunan Jajahan Tanah Merah boleh digariskan sepetri berikut :

Isu Berimpak Tinggi (‘Key issues / strategic issues’)

  1. Kesesakan dan gangguan sistem perhubungan Bandar Tanah Merah kesan dari lintasan rizab keretapi
  2. Tahap pencapaian hierarki petempatan yang masih lagi rendah dan tidak mempunyai identiti, tema dan imej bandar yang jelas

Isu Teras/ Kritikal (‘Core / Critical issues’)

  1. Tapak pelupusan sampah yang sudah tepu dan sementara
  2. Sistem pembentungan yang tidak komprehensif
  3. Sistem perparitan yang tidak komprehensif dan kurang berkesan
  4. Masalah bekalan air yang kurang memuaskan
  5. Pembangunan pelancongan yang kurang menonjolkan potensi setempat dan tiada imej yang jelas
  6. Peningkatan bilangan penternakan burung walet di dalam Jajahan Tanah Merah
  7. Integrasi bersepadu antara mod-mod pengangkutan awam masih lagi rendah

Isu Sokongan (‘Support’)

  1. Tapak pelupusan sampah yang sudah tepu dan sementara
  2. Sistem pembentungan yang tidak komprehensif
  3. Sistem perparitan yang tidak komprehensif dan kurang berkesan
  4. Masalah bekalan air yang kurang memuaskan
  5. Pembangunan pelancongan yang kurang menonjolkan potensi setempat dan tiada imej yang jelas
  6. Peningkatan bilangan penternakan burung walet di dalam Jajahan Tanah Merah
  7. Integrasi bersepadu antara mod-mod pengangkutan awam masih lagi rendah

Komponen cadangan awal pembanguan Tanah Merah (2011-2020) adalah seperti berikut :

  1. Jalan Lingkaran Bandar Tanah Merah
  2. Cadangan Lebuhraya Timur – Barat (Kuala Terengganu – Tanah Merah – Bukit Bunga – Jeli / Pasir Mas – Kota Bahru) / dari Jalan Pasir Mas-Tanah Merah melalui Pulau Raya menuju ke arah Bandar Machang (34.0 km)
  3. Cadangan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Bandar Baru Tanah Merah (Lee Rubber)
  4. Pembangunan Bukit Bunga sebagai Pusat Pelancongan Bandar Sempadan – pembangunan sistem perhubungan utama, infrastruktur, kemudahan utama dan zon bebas cukai)
  5. Mencadangkan sebahagian Tanah Hutan Kerajaan yang berpotensi untuk dijadikan Hutan Simpan Kekal selaras dengan cadangan Central Forest Sphine (CFS)
  6. Cadangan Naik taraf jalan dan jalan baru antara bandar dan bandar serta antara bandar dan desa
  7. Cadangan meningkatkan imej dan kualiti bandar melalui cadangan landskap dan kawasan taman bandar / taman permainan
  8. Cadangan pembangunan rumah mampu milik (dianggarkan keperluan tambahan sebanyak 1,836 unit / 153 ekar – densiti rendah @ 46 ekar – densiti tinggi) di Tanah Merah dan Bukit Bunga
  9. Cadangan loji rawatan kumbahan berpusat seluas 6.4 hektar / 15.8 ekar di Bandar Tanah Merah dan 4 hek/ 10 ekar di Bukit Bunga.
  10. Cadangan tapak pelupusan sisa pepejal di Kg. Bendang Keladi seluas 10.5 hektar / 26 ekar
  11. Cadangan pembaikan sistem perparitan dan tebatan banjir bagi Sg. Maka, Sg. Alor Jaba, Sg. Kepat, Sg. Manal, Sg. Tualang Bah dan Sg. Kelantan A.
  12. Cadangan kemudahan tambahan bagi kawasan pusat petempatan kecil, pusat pertumbuhan desa dan beberapa perkampungan utama melibatkan tambahan sekolah menengah, klinik kesihatan, perpustakaan awam, balai bomba, balai polis dan dewan serbaguna.

No comment »

BMGN customizes planning colour template for Quantum GIS

A town planning colour template based on the JPBD GIS Manual for Development plan studies  has just been developed by BMGN for use with Quantum GIS. It is based on the RGB code (See pg. 6-4) for the Landuse Classification Ver.8.0 and works fine with both .shp and .tab formats. This means that GIS users  now shall have no difficulty viewing at the same time from just one type of GIS software, the existing landuse, committed landuse or zoning plan in planning colours whether that GIS file was developed by Mapinfo or ArcGIS which is not possible otherwise. The .qml file named “v1plgcolour1.qml” represents the current version of planning colours used referenced from on the main attribute of the landuse classification and will be made downloadable from the Townplan homepage soon.

No comment »