Archive for July, 2011

Latihan QGIS untuk BPP: Round 2

Sesi kedua latihan dijalankan seperti jadual pada 20.7.2011. Ada yang tak dapat hadir, ada yang dapat hadir. Apa jadi pun, maklumbalas peserta-peserta adalah seperti berikut:

  • Sangat user-friendly compared to MapInfo;
  • Keistimewaan boleh directly open n. save with Google (Map); – Roziyah Seleman
  • Wajar dikembangkan kepasda semua warga JPBD untuk digunapakai dimana sesuai;
  • Mudah diselaras dengan agensi lain seperti perunding mahu pun pelajar kerana ianya mudah di dapati secara dalam talian secara percuma;
  • Bekebolehan menyelaras perisian GIS yang berbagai seperti MapInfo dan ArcGIS;
  • Dapat diguna secara meluas dimana sahaja dan oleh sesiapa sahaja; Suzlyna Abdul Latib
  • A good chance to learn something new;
  • Teachers are full of dedication and energy;
  • We have learnt more than the expected module;
  • Hopefully we will get further support from BMGN on this projectDr. Chua Rhan See

Elemen penting dalam mana-mana latihan

Tak susah cuma perlukan fokus

Comments (1) »

Perhimpunan Bulanan JPBDSM Zon Timur Meriah

KUALA TERENGGANU 18 Julai – Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah mengadakan perhimpunan bulanan kali kedua bagi tahun 2011. Tujuan perhimpunan bulanan diadakan untuk berkongsi mengenai perkembangan semasa aktiviti-aktiviti Jabatan yang dijalankan disamping untuk memupuk semangat berpasukan dan gigih berusaha dikalangan semua lapisan pegawai pejabat Projek Zon Timur.

Lebih bermakna, seramai 108 orang semua lapisan pegawai dapat mendengar amanat daripada Y. Bhg. Dato` Mohd. Fadzil bin Hj. Mohd. Khir  Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia yang hadir bersama-sama dalam perhimpunan pada hari ini. Dalam perhimpunan ini Ketua Pengarah mengingatkan semua lapisan pegawai JPBDSM amnya dan Pejabat Projek Zon Timur Khususnya berkaitan dengan hal ehwal sebagai kakitangan awam dalam menjayakan misi kerajaan terutamanya Program Transformasi Negara melalui inisiatif bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang Utama Ekonomi Negara ( NKEA )dan enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang telah digariskan. Bagi Pejabat Projek Zon Timur telah menunjukkan prestasi yang membanggakan kerana berjaya mencapai 22 Projek Rancangan Tempatan yang telah berjaya diwartakan. Pada tahun ini sebanyak enam projek Rancangan Tempatan perlu disiapkan dalam RMK-10 oleh Pejabat Projek Zon Timur yang memerlukan usaha dan kerja gigih untuk meningkatkan prestasi Jabatan secara keseluruhanya.

Warga Pejabat Projek Zon Timur menyifatkan perhimpunan bulanan pada hari ini dapat menyerlahkan semangat kerjasama dan memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam organisasi. Memeriahkan perhimpunan kali ini, diadakan persembahan Koir dan multimedia kepada hadirin yang hadir.

“Generasi pertama Pejabat Projek Zon Timur memberi sokongan padu kepada penganjur kerana memberi peluang mereka mengenang kembali sejarah awal memasuki ke Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Zon Timur,”

Pegawai dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu, Pejabat Projek Zon Utara, Pejabat Projek Zon Selatan, Pejabat Projek Zon Tengah dan Pegawai OSC yang dijemput juga berkata, perhimpunan ini memberi peluang semua warga JPBD dari seluruh negara berkampung di sini dan mendengar amanat penting daripada Ketua Pengarah disamping dapat melawat Pejabat Baru Pejabat Projek Zon Timur yang telah berpindah bulan Mac 2011 di Wisma Perkeso.

Comments (3) »

RIVER OF LIFE (RoL): Let’s Play Our Part Now!

Source:http://riveroflife.com.my/

Do you know that the public will have a 20 per cent say on which master plan to be adopted in KL City Hall’s “River of Life (RoL) International Master Planning Competition”?

Just click HERE

“The Klang River and Gombak River have the potential to become a revitalised waterfront area for social-economic activities and spur high-value investments by leveraging on its central location as well as the surrounding key heritage buildings such as Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Central Market, Petaling Street and Masjid Jamek,”

“Once RoL is fully realised, the public can do things like cycling safely and seamlessly from Titiwangsa to Brickfields, take part in various water activities, enjoy the many public and green spaces along the waterfront and benefit from the economic activities and investments in the area.” ~ KL Mayor Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

Connect yourself with Facebook and VOTE.

Wow!! I think this approach is very interesting. You can view the submissions and participate in the voting system.

Oh by the way, I just voted for X! Why don’t you make your vote count? FYI, voting will be closed at precisely 12.00am on 28th July 2011. So, what you are waiting for? Vote for the future of our river NOW.

:-)

No comment »

BMGN advances to QGIS-GRASS package

BMGN has already advanced beyond Quantum GIS (QGIS) with research on the integration of QGIS and GRASS. Open Source Geographic Resources Analysis Support System (GRASS) was developed for the US Army and recognized as a powerful true 3D GIS but less user-friendly than QGIS. BMGN took the best of both worlds by importing GRASS modules into QGIS. On-going research found the QGIS-GRASS package produces good results beyond expectation that should be optimized by others. To illustrate, a clone computer with a 2.5GHz dual-core processor with 2GB RAM was used to import a .tab file of Petaling district to a GRASS file involving 246,155 features. This merely took 35 mins and incorporates topology cleaning that helped identify 14,124 overlaps. At the click of a keyboard, in less than 3 mins, those overlaps were not recorded any more. (See below)

Users of proprietary GIS given the task of topology cleaning know too well such task is very time consuming, sometimes in terms of days so this finding should be exceptionally good news. An earlier exercise which involved the vector file of Johor Bahru district shockingly identified 25,000+ gaps but all were cleaned in about 3 mins.

Since there are many vector, raster, database and imaging GRASS modules to choose from, many which uses are beyond the scope of town planning, that will enough to keep BMGN busy for a while. It can be concluded that the QGIS-GRASS package is highly recommended for GIS users interested in powerful analytical tools, want it free and in a user-friendly GIS environment. Who doesn’t?

Comments (1) »

Keunikan Royal Belum Khazanah Rimba Tertua

Kedamaian yang dirasakan tatkala berada di Hutan Belum-Temengor tidak tergambar dengan kata-kata. Hati yang gundah terasa tenang saat menikmati keindahan alam semula jadi yang menjadi santapan mata. Perjalanan bermula pada 27 April 2011- Rabu pada pukul 8.30 pagi dengan semua peserta iaitu seramai Sembilan (9) orang kakitangan daripada Bahagian Perancangan Wilayah telah berkumpul di pejabat iaitu di Wisma Tun Sambathan untuk bertolak ke Grik, Perak.

Selepas empat jam perjalanan, kami tiba di Jeti Awam Pulau Banding dan terus menaiki bot untuk ke Belum Eco-Resort yang menjadi tempat penginapan kami. Aktiviti pertama yang dilakukan oleh peserta program pada sebelah petang ialah berkayak. Walaupun ada diantara peserta yang pertama kali mengendalikan kayak, namun kerana teruja dengan suasana tasik, mereka memberanikan diri untuk mencubanya. Pada sebelah malamnya, pihak penganjur telah menayangkan Dokumentari “Belum Temenggor Rainforest Diversity”. Dokumentari ini memaparkan mengenai hidupan flora dan fauna yang menghuni hutan dara ini. Hari kedua kami melihat keseluruhan Kompleks Hutan Belum-Temengor dari Menara Tinjau (Forest Tree Tower) yang terletak di Pulau Talikail. Walaupun jaraknya tidak jauh dari bot, keletihan tetap dirasai kerana trek yang dilalui agak curam dan mencabar keupayaan kami. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak ialah lebih kurang 45 minit. kami dapat melihat Banjaran Titiwangsa serta Thailand disamping keseluruhan pulau-pulau kecil dan pemandangan sekitar Hutan Belum-Temengor.

Penjelajahan seterusnya ialah menjejak bunga terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia di Pulau Besar. Matlamat kami untuk melihat bunga pakma terbesar nyata tidak berhasil dan mengundang sedikit kekecewaan apabila bunga yang bahasa saintifiknya dikenali sebagai Rafflesia tiada yang berkembang dan hanya tinggal kudup-kudup layu.

Selama lebih kurang 20 minit mengharungi perjalanan menaiki bot dari Pulau Besar, mata amat terpukau dengan pemandangan dan kehijauan alam di Kampung Orang Asli Chuweh. Kemudiannya, menuju ke air terjun Sungai Enam Base Camp Hutan Belum-Temengor untuk merasai kesejukan air terjunnya yang mencengkam hingga ke tulang. Pada sebelah malamnya, pihak penganjur telah menayangkan Dokumentari “Bunga Rafflesia”. Dokumentari ini memaparkan mengenai pelbagai spesis bunga ini yang merupakan antara bunga unik di dunia. Hari Ketiga ialah merupakan hari terakhir kami berada di sini. Setelah selesai bersarapan pagi, kami telah menaiki bot untuk ke Jeti Awam Pulau Banding untuk bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Kesimpulannya kehijauan alam semula jadi dan hidupan liar yang menghuni Hutan Belum-Temengor pasti akan pupus satu hari nanti jika ia tidak dipelihara sepenuhnya. Benarlah kata pujangga bahawa manusia dan alam mempunyai hubungan yang sangat rapat. Kedua-dua entiti ini sememangnya tidak dapat dipisahkan. Jiika terpisah, rosaklah manusia, musnahlah alam.

INFO

Ø Hutan Belum yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak telah diisytihar semula sebagai `The Royal Belum’ oleh DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak pada bulan 31 Julai 2003.

Ø Nama Hutan Belum diambil daripada nama asal perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi enam perkampungan kecil.

Ø Hutan Belum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum (lower) dan Hutan Simpan Belum (upper). Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan, manakala Hutan Simpan Belum perlu mendapatkan permit pihak berkuasa.

Ø Kompleks Hutan Belum-Temengor berusia 130 juta tahun merupakan hutan tertua di dunia.

Ø Menjadi kawasan tadahan hujan utama bagi Semenanjung Malaysia.

Ø Kompleks Hutan Belum-Temengor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Temengor (147,505) hektar).

Ø Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temengor hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Ø Dihuni semua 10 spesies burung enggang yang ada di Malaysia dan melindungi lebih 274 spesies burung.

Ø Dianggarkan, lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 ikan hidup di sini.

Comments (1) »