Archive for August, 2011

SALAH FAHAM UMUM TENTANG SISTEM PERUNDANGAN 2: Apabila seseorang itu didakwa di mahkamah (terutama di dalam kes jenayah) maka orang itu adalah bersalah

Saya pasti ada di kalangan kita yang berpendapat seperti penyataan di atas. Umumnya, apabila seseorang itu ditangkap dan didakwa, maka sebahagian masyarakat telah menganggap bahawa orang yang didakwa (juga dikenali dengan panggilan “tertuduh”) itu adalah bersalah. Sebahagian ahli masyarakat berpendapat demikian dengan menggunakan kaedah logik “simple” yang digambarkan dengan peribahasa Melayu “Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin”. Maksud peribahasa itu di dalam kes seseorang yang didakwa ialah “takkan orang itu ditangkap dan didakwa kalau dia tidak bersalah”.

Malangnya masyarakat kurang menyedari bahawa seseorang didakwa berdasarkan bukti yang diperolehi pada ketika itu. Namun banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang itu disabitkan bersalah oleh mahkamah. Mahkamah perlu menilai banyak faktor lain termasuklah juga adakah tertuduh difitnah, teraniaya dan sebagainya. Bayangkanlah sekiranya mahkamah tidak teliti lalu mensabitkan seseorang melakukan kesalahan membunuh orang dengan niat. Maka orang tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Apakah implikasinya jika setelah orang tersebut digantung, didapati kemudian ada bukti menunjukkan bahawa orang tersebut teraniaya oleh orang lain? Bolehkah nyawa orang yang digantung itu dikembalikan? Itulah di antara sebabnya di dalam kes-kes jenayah, mahkamah amat berhati-hati membicarakan sesuatu kes jenayah dan akan membebaskan tertuduh sekiranya mahkamah berpendapat pihak pendakwa gagal membuktikan kes.

Antara conton kes ialah kes melibatkan Datuk Sri Anwar bin Ibrahim yang telah didakwa dan dibicarakan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Walaupun beliau telah ditahan dan dibicarakan, namun kita tidak boleh terus membuat andaian sama ada beliau bersalah atau tidak di bawah pertuduhan tersebut sehinggalah pihak mahkamah membuktikan kebenarannya.

Begitu juga halnya di dalam kes N. Pathmanabhan bersama T. Thilaiyalagan, R. Matan, dan R. Kathavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, pemandu wanita tersebut, Kamarudin Shamsudin, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Norhisham Mohammad. Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010. Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Meskipun mereka telah ditahan dan sedang dibicarakan di Mahkamah, namun andaian bahawa dengan penahanan itu, mereka adalah bersalah melakukan kesalahan tersebut tidak terpakai sehinggalah pihak mahkamah yang mengendalikan kes tersebut memutuskannya.

Satu lagi kes yang mendapat perhatian umum ialah kes dakwaan berkhalwat terhadap pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang telah didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama. Jika sabit kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.Dari pandangan kasar, kebanyakan masyarakat menjatuhkan hukuman salah terhadap kedua-dua pelakon tersebut namun setelah dibicarakan dengan dikemukakan hujahan dan bukti-bukti oleh pihak pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah telah memutuskan pasangan tersebut dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan dan jelas ini menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah ke atas dakwaan tersebut.

Jadi kesimpulannya dengan kepandaian dan kekreatifan akal masing-masing, 1001 andaian bebas dibuat atau dicipta oleh kita terhadap kes-kes yang disabitkan ke atas seseorang TETAPI yang pasti keputusan Mahkamah akan mengatasi segala-galanya. Tepuk dada tanya selera..tp boleh ke???

Comments (1) »

Erti Kemerdekaan dan Peranan Perancang Bandar

Merdeka! Merdeka! Merdeka !…..

Itulah slogan keramat yang sering kedengaran apabila muncul bulan Ogos pada setiap tahun. Menjelang 31 Ogos ini, maka genaplah 54 tahun Malaysia berdiri megah sebagai negara yang merdeka dan berdaulat. Tema Hari Kebangsaan untuk tahun 2011 ialah “ 1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”.

Jika disoroti kembali sejarah negara, kita akan merasakan betapa susahnya nenek moyang kita dahulu untuk mencapai kemerdekaan. Perjalanan negara ini begitu panjang sekali ….. bermula dari penaklukan Portugis, Belanda, British ….. dan kemudian penubuhan Negeri-Negeri Selat, dan juga Negeri-Negeri Tidak Bersekutu dan Bersekutu. Kemudiannya penjajahan oleh pihak Jepun dan Bintang Tiga (komunis) dan paling dahsyat pembatalan kuasa raja-raja melalui Malayan Union hingga kita berjuang kepada kemerdekaan.

Apa pula kaitannya bidang perancangan bandar dengan sejarah kemerdekaan Negara kita ?…..

Profesion perancangan bandar dan desa merupakan salah satu profesion yang penting dalam menggerakkan pembangunan, bukan hanya di negara Malaysia malah di mana-mana negara maju yang lain.

Sejarah perancangan bandar di Malaysia berubah mengikut keperluan semasa dan perkembangan teknologi. Ianya mengalami perubahan bermula daripada perancangan bandar sebelum penjajahan British, semasa penjajahan British dan selepas kemerdekaan. Perubahan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat, harmoni, selamat dan dapat meningkatkan taraf ekonomi negara.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, jentera pentadbiran perancangan bandar beroperasi menerusi dua peringkat iaitu peringkat persekutuan dan peringkat negeri (Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan). Melalui sistem ini, pengawalan pembangunan diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri manakala pembentukan dasar perancangan am diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Sama ada perancang bandar di peringkat Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan atau swasta, peranan perancang bandar amat penting dalam memastikan pembangunan yang berlaku sentiasa bersifat ‘plan-led’ dan berasaskan perancangan yang rapi dan sempurna. Perancang bandar memainkan peranan awal yang paling penting dalam mengatur pembangunan fizikal bagi menjamin pembangunan tersebut tersusun, selesa dengan mengambil kira semua keperluan manusia sama ada jasmani, rohani dan alam sekitar yang berkualiti dan mampan.

Oleh itu, bagi mencapai wawasan negara, bidang perancangan bandar dan desa perlu sentiasa menyokong agenda pembangunan negara dengan mengambil kira semua strategi dan program Kerajaan di dalam setiap perancangannya. Jelaslah bahawa peranan perancang bandar amat besar kepada pembangunan Malaysia selari dengan sejarah kemerdekaan negara kita. Kita semua yang bergelar perancang perlu berbangga dan meneruskan sumbangan bakti kepada negara yang tercinta…..

Dalam menikmati erti kemerdekaan kita seharusnya ingat dan mengenang kembali pejuang tanah air kita dalam usaha mendapatkan kemerdekaan bagi negara kita. Mereka suatu ketika dahulu sanggup menumpahkan darah demi tanah air kita yang tercinta dan pengorbanan yang mereka lakukan teramatlah besar sekali.

Sesungguhnya, kemerdekaan negara ini adalah hasil perjuangan keramat setiap rakyat yang berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk negara yang mereka cintai. Kita haruslah menghargai jasa mereka dengan mengekalkan kemerdekaan negara serta memajukan dan menyokong pembangunan negara yang berlangsung.

Adalah menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang diperolehi akan akan rapuh dan lenyap begitu sahaja. Akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan walau dimana anda berada dan ingatlah merdeka bukan hanya bebas daripada penjajah tetapi merdeka dalam erti kata kita benar-benar merdeka …….

Oleh : Hamidah Shahir, Bahagian Perancangan Wilayah

Comments (7) »

PASAR RAMADHAN OH PASAR RAMADHAN

Selamat datang RAMADHAN AL MUBARAK. Bulan yang menjanjikan seribu satu kenikmatan kepada kita. Bila datang saja bulan ramadhan, pasti ramai yang terfikir kat mana nanti adanya pasar ramadhan terutamanya golongan yang bekerja seperti kita. Apa yang pasti, kita nak pasar ramadhan berdekatan dengan rumah kita. Masa inilah kita akan nampak pelbagai jenis kuih-muih yang menarik, pelik dan susah nak jumpa. Tapi tahukah anda bahawa kadang-kadang perletakan pasar ramadhan ini yang kurang sesuai dan sesak telah menyumbang kepada masalah lalulintas terutamanya yang terletak di sepanjang jalan-jalan utama.

Apa yang perlu dilakukan? Seharusnya pihak yang bertanggungjawab meluluskan permohonan permit pasar ramadhan perlu memastikan kawasan yang dipohon adalah ditempat yang sesuai dan bukannya di tempat yang boleh mengganggu lalulintas dan aktiviti-aktiviti harian penduduk. Baru-baru ini di dalam akhbar Berita harian, terdapat artikel dan aduan rakyat dimana majoriti penduduknya membantah pasar ramadhan berdekatan kawasan perumahan mereka kerana ia mengundang kesesakan lalulintas berikutan kawasan berkenaan menjadi laluan utama penduduk mengambil anak pulang dari sekolah dan kerja. Ini berpunca daripada ruang berniaga yang terhad dan sempit telah menyukarkan pengunjung untuk meletak kenderaan sehingga menghalang kenderaan penduduk. Namun, apa yang pasti, kita sebagai pembeli, tidak perlu bimbang kerana banyak lagi tempat yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa yang di kawasan yang lebih strategik dan mempunyai kemudahan tempat letak kereta.

Cuba kita ingat kembali tragedi yang menyayat hati pada 13 Ogos 2010 bersamaan 3 Ramadhan 1431H di mana sebanyak 21 khemah besar peniaga pasar Ramadhan di Jasin telah diterbangkan ribut. Sebelum kejadian tersebut berlaku, angin bertiup dengan kencang sebanyak dua kali dan tiupan yang terakhir telah menerbangkan semua khemah yang ada di pasar ramadhan itu sehinggakan empat daripada khemah di pasar tersebut melayang setinggi tujuh meter menyamai ketinggian lampu limpah di stadium berhampiran. Dalam tragedi tersebut seramai dua peniaga dan seorang pengunjung telah meninggal dunia akibat terkena tapak kaki besi khemah yang diterbangkan ribut manakala seramai 17 orang telah dilaporkan cedera.

Daripada gambar ini, dapat dilihat betapa dahsyatnya peristiwa tersebut. Pasti kita semua tahu bahawa setiap yang berlaku ini, ada hikmah disebaliknya. Mungkin juga ini adalah mesej yang ingin disampaikan oleh Allah SWT kepada kita semua, bahawa di bulan yang mulia ini kita sepatutnya melipat-gandakan ibadat kepada Nya bukan melipatgandakan keuntungan. Bila alam berbicara, takkan sempat kita tafsirkannya. Semoga Allah SWT melindungi dari segala bencana dan menerima ibadah puasa kita ini.AMIN…

Oleh : Mazisalwani Mahyuddin, Bahagian Perancangan Wilayah

Comments (3) »

PUBLIC INVOLVEMENT IN DEVELOPMENT PLANS

Character in figure above believes voting on his comic strip has more effects on his quality of life than voting in the election.

What do you think about the message derived from this scenario?

Ironically, the scenario occurs in our local participatory process of development plan. People will certainly urge to participate on something if they feel being affected positively or not. To some extent, local people would definitely be interested to participate in development plans if we manage to convince people that our plans have impacts on their quality of life and work too!

What do you think?

No comment »

SARINGAN HARI INOVASI JPBD SM 2011

Saringan telah diadakan pada 12 Julai 2011 bertempat di Dewan KR Soma, Tun Sambathan. Sambutan begitu menggalakkan sehingga memenuhi Dewan KR Soma. Saringan diadakan bagi memilih peserta ke peringkat akhir Sambutan Hari Inovasi Jabatan yang akan di adakan pada 13 September 2011 di Dewan Puspanitapuri, Putrajaya. Sambutan Hari Inovasi pada tahun ini akan mempertandingkan KIK, Public Speaking dan akan dimeriahkan dengan pertandingan KOIR.  KIK yang berjaya ke pertandingan akhir adalah dari Kumpulan Iltizam (JPBD Johor), Kumpulan Teach Team (JPBD Pahang), Kumpulan Invertif (JPBD Terengganu), Kumpulan 1Click (BPW) dan Kumpulan Triple 2(JPBD Perak). Kumpulan KOIR yang akan bertanding di peringkat akhir adalah dari Kumpulan JPBD Pahang, JPBD Melaka, BPW, PPZR dan PPZS. Tahniah kepada para peserta yang berjaya, bagi peserta yang tidak berjaya jangan putus asa dan cuba lagi di tahun hadapan.

Comments (3) »