Archive for September, 2011

The monitoring of landuse development using Quantum GIS

As town planners, there is a professional need to ensure that what was implemented follows what was planned and see that relevant parties walk the talk. While there is much desire to plan in the department, to what extent are development plans really, really monitored in a scientific manner? This paper that just came out of the oven looks at the task of monitoring landuse development using GIS specifically Quantum GIS and to determine if GIS can do it effectively and if not possible, what are the issues that need to be addressed. The subject is technical so very sorry but also is the solution and the paper tells of the need to use GIS techniques like sieving, matrix development, SQL queries and data topology correction by optimizing the use of GRASS GIS modules. The paper offers policy makers and anyone for that matter the cheapest but effective and reliable way to monitor landuse development on condition several criteria have been fulfilled. The paper has already been submitted for publication in the Ministry of National Resource and Environment’s Bulletin GeoSpatial Sektor Awam. The PDF paper can be downloaded here.

No comment »

Zimbra SPAM and JUNK email filters successfully created!

mohon penjelasan…

Comments (1) »

PEMBANGUNAN DAERAH KLUANG DALAM KONTEKS NEGERI JOHOR

Daerah Kluang terletak dibahagian tengah Negeri Johor dan bersempadan dengan Daerah Segamat dibahagian utara, Daerah Batu Pahat di bahagian barat, Daerah Mersing dan Kota Tinggi di bahagian timur dan Daerah Johor Bahru serta Pontian di bahagian selatan. Luas Daerah Kluang ialah lebih kurang 285,164.32 hektar atau 2,851.6 kilometer persegi dan ia meliputi 15 peratus daripada jumlah keluasan Negeri Johor. Secara keseluruhan, terdapat lapan mukim yang membentuk Daerah Kluang iaitu Mukim Kahang, Kluang, Layang-Layang, Machap, Niyor, Paloh, Renggam dan Ulu Benut. Melalui jalan utama, jarak Bandar Kluang dengan beberapa bandar utama di sekitarnya adalah seperti berikut :

a. Kluang ke Bandar Raya Johor Bahru – 102 km

b. Kluang ke Segamat – 109 km

a. Kluang ke Batu Pahat – 50 km

b. Kluang ke Muar – 98 km

c. Kluang ke Mersing – 110 km

d. Kluang ke Kota Tinggi – 88 km

e. Kluang ke Pontian Kechil – 138 km

f. Kluang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai – 92km

g. Kluang ke Pelabuhan Pasir Gudang – 115 km

Berasaskan kedudukannya di bahagian tengah Negeri Johor, Daerah Kluang mempunyai kemudahan infrastruktur perhubungan yang baik sama ada di peringkat negeri mahu pun diperingkat wilayah. Daerah Kluang mudah dihubungi melalui dua mod pengangkutan utama iaitu pengangkutan jalan raya dan keretapi. Bagi sistem perhubungan jalan raya, rangkaian jalan raya utama di dalam Daerah Kluang adalah terdiri daripada Laluan Persekutuan 1, 50 dan 91. Laluan Persekutuan 1 merupakan penghubung utama bagi pusat-pusat petempatan utama di bahagian barat Daerah Kluang iaitu Ayer Hitam, Machap dan Simpang Renggam.

Selain perhubungan jalan raya, rangkaian pengangkutan keretapi KTM juga menghubungkan Daerah Kluang dengan daerah-daerah berjiran seperti Daerah Johor Bahru di bahagian selatan dan Daerah Segamat di bahagian utara. Sistem pengangkutan keretapi sedia ada menyediakan perkhidmatan penumpang dan barangan kepada penduduk tempatan melalui stesen-stesen KTM yang dibangunkan di Daerah Kluang khususnya di Paloh, Chamek, Kluang, Renggam, Mengkibol dan Layang-Layang. Perkhidmatan penumpang yang disediakan oleh pihak KTM termasuklah ekspres malam khususnya Ekspres Senandung Malam dan Ekspres Timuran serta ekspres siang khususnya Ekspres Sinaran Pagi, Ekspres Rakyat dan Ekspres Sinaran Petang. Manakala perkhidmatan barangan menyalurkan komoditi dari Daerah Kluang ke pelabuhan seperti Port Klang dan Pasir Gudang dan pelabuhan kontena darat di Segamat.

Jumlah penduduk bagi Daerah Kluang pada tahun 1991 ialah 224,424 yang mewakili 10.8 peratus daripada jumlah penduduk Negeri Johor. Pada tahun 2000, jumlah penduduk bagi Daerah Kluang telah meningkat kepada 255,601. Walau bagaimanapun perbandingan peratusan dengan jumlah negeri menunjukkan penurunan kepada 9.9 peratus pada tahun 2000. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kadar purata pertumbuhan tahunan penduduk bagi Daerah Kluang direkodkan lebih rendah iaitu 1.45 peratus setahun berbanding dengan Negeri Johor iaitu 2.50 peratus setahun bagi tempoh 1991-2000. Bagi tempoh tersebut, Daerah Kluang pada umumnya mengalami fenomena penghijrahan keluar penduduk yang berterusan ke daerah-daerah lain yang lebih maju terutama Daerah Johor Bahru.Dari aspek guna tenaga, jumlah guna tenaga bagi Daerah Kluang pada tahun 2000 ialah 100,567 dan ia meliputi 9.4 peratus daripada jumlah guna tenaga Negeri Johor. Guna tenaga sektor utama khususnya pertanian dan perhutanan adalah sebanyak 21,744 yang mewakili 8 peratus daripada jumlah guna tenaga negeri.

Bagi sektor sekunder khususnya pembuatan dan pembinaan, ia melibatkan sejumlah 29,950 pekerja yang mewakili 7.8 peratus daripada jumlah guna tenaga negeri. Manakala baki sebanyak 48,873 daripada guna tenaga bagi Daerah Kluang dihasilkan oleh sektor tertiari dan ia meliputi 11.8 peratus daripada jumlah guna tenaga negeriSektor pertanian merupakan sektor ketiga terpenting kepada pertumbuhan ekonomi Daerah Kluang selepas sektor pembuatan serta perdagangan dan perkhidmatan. Tanaman utama yang diusahakan secara meluas di Negeri Johor ialah kelapa sawit dengan kawasan seluas 623,934 hektar (63.8%) dan getah dengan kawasan seluas 213,349 hektar (21.8%). Secara keseluruhan, Daerah Kluang mempunyai keluasan tanah pertanian yang paling luas di Negeri Johor iaitu seluas 198,173 hektar. Ia meliputi 20.2 peratus daripada jumlah keluasan tanah pertanian di Negeri Johor. Tanaman utama yang diusahakan secara meluas dalam Daerah Kluang ialah kelapa sawit (163,997 hektar), getah (23,045 hektar) dan buah-buahan (8,594 hektar). Lain-lain tanaman yang giat diusahakan termasuklah tanaman sayur-sayuran (814 hektar), kopi (764 hektar), kelapa (372 hektar) dan koko (16 hektar).

Sektor industri pembuatan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi yang amat pesat di Negeri Johor. Kedudukan Daerah Kluang di bahagian tengah Negeri Johor yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur perhubungan dan utiliti yang baik membolehkannya menjadi salah satu daerah yang mengalami pembangunan industri yang pesat selain daripada Daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar. Lebih separuh (59%) daripada jumlah pertubuhan pembuatan tertumpu di Daerah Johor Bahru diikuti oleh Daerah Batu Pahat (13.6%), Muar (12.1%) dan Kluang (7.7%).Sektor pelancongan dan rekreasi berasaskan eko-lancong amat berpotensi untuk dibangunkan di Daerah Kluang. Kedapatan kawasan hutan simpan yang agak luas dalam daerah iaitu seluas 98,000 hektar atau mewakili 35 peratus daripada jumlah keluasan daerah menjadi aset semula jadi yang penting.

Sektor kecil rekreasi hutan lipur semakin popular terutama dikalangan pengunjung hujung minggu dan cuti awam.Hutan Lipur Gunung Lambak dan Gunung Belumut serta Hutan Rekreasi Ulu Sg. Yong merupakan kawasan rekreasi semula jadi yang amat popular dalam Daerah Kluang. Hutan Lipur Lambak terletak dalam kawasan Hutan Simpan Renggam iaitu lebih kurang 7 km daripada Bandar Kluang. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan pelancong asing terutama pada waktu hujung minggu. Tarikan utama dalam kawasan hutan lipur tersebut ialah rangkaian air terjun/jeram dan sungai selain kawasan hutan simpan yang menyediakan aktiviti mengembara, berkelah dan memancing. Manakala Hutan Lipur Gunung Belumut terletak di dalam Hutan Simpan Kluang iaitu di sempadan Daerah Kota Tinggi dan Mersing. Hutan lipur tersebut terletak lebih kurang 24 km daripada Bandar Kluang. Tarikan utama dalam kawasan Hutan Lipur Gunung Belumut ialah rangkaian air terjun dan sungai yang dapat menyediakan aktiviti mengembara, berkelah, memancing dan mandi-manda. Manakala Hutan Lipur Ulu Sg. Yong adalah kawasan yang amat popular bagi aktiviti perkhemahan dikalangan pengunjung.Daerah Kluang menduduki tempat ketiga selepas Daerah Batu Pahat dengan ruang lantai perdagangan seluas hampir 1.7 juta meter persegi atau 10.1 peratus daripada jumlah ruang lantai sedia ada. Bagi tempoh 1997-2001, jumlah ruang lantai perdagangan di Daerah Kluang telah meningkat daripada 946,011 meter persegi (1997) kepada 1,666,537 meter persegi (2001) pada kadar 15.2 peratus setahun. Keadaan ini menjelaskan sektor perkhidmatan perdagangan di Daerah Kluang mengalami pembangunan yang agak pesat khususnya di pusat-pusat petempatan sedia ada.

No comment »

From Compartmentalization to Collaboration

Town planning is but a first segment in the process of physical development. However, the successful implementation of the plan is a combination of other segments in the development process where even control and enforcement are critical elements to ensure that law and order entails or else anarchy prevails. Effective planning is often carried out by breaking down the planning process into compartmental activities so that the food may be easier to swallow. Planning as well as implementation may often involve inter-organizational meetings where cross-boundary issues need to be iron out and resolved. While the compartmentalize approach makes it more efficient and effective to run a task as compartmentalization nurtures specialization, however, many a times the compartmentalized mindset generates a feeling of self-interest and gives more preference to oneself. Thus, in order to successfully run a task or job, it is vitally important to collaborate the different compartments and make them work in synergy failing which will most probably result in indigestion. In order to make the plan a success, it is important to recognize one’s weakness which is easier said than done and avoid being bias or prejudice, a human trait bent on disharmonizing situations because at times certain compartments need to give more effort than others. This is particularly so where not all compartments are of equal strength which general tends to be the case. Thus, the trick to the successful implementation of a required task is to ensure compartments collaborate and optimize the strength of respective compartments and share with others to relieve the inadequacy of the weaker compartments just as in a closely-knit family, the stronger family member takes care of the disadvantaged family member because united we stand, divided we fall. Collaboration is the key to the successful implementation of a plan although sadly, it is the indifferent attitude of some that represents the stumbling block of progress and the fact of the matter is that it can come from the top as well as the bottom where in a government organisation of top-down directives, the matter becomes more detrimental where this happens at the managerial circle.

Comments (1) »

Pentingnya Direkod Sejarah JPBDSM

Kota Bharu 5 September – Pengarah Pejabat Projek Zon Timur Tn Hj Wan Hassan bin Wan Ismail mengusulkan supaya sejarah JPBDSM dikumpul dan direkod. Usul ini diucap oleh beliau semasa memberi ucapan di Majlis Persaraan beliau di Hotel Grand River View di Kota Bharu Kelantan.

Majlis dihadiri oleh Ketua Pengarah, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian dan warga Pejabat Projek Zon Timur untuk meraikan persaraan beliau selama 31 tahun berkhidmat dalam JPBDSM.

Majlis diserikan dengan pensembahan koir oleh kumpulan koir PPZR yang menyanyikan dua buah lagu kesukaan pengarah Pejabat Projek Zon Timur iaitu Dealova dan Pelangi Petang. Untuk mengimbas kembali nostalgia lama dan perjalanan karier Pengarah Zon Timur dalam JPBDSM, hadirin yang hadir juga dipertontonkan dengan 3 slot tayangan multimedia yang bertajuk in person, Perjalanan Kerjaya Pengarah dan Kenangan bersamaku.

Pengarah PPZR mengingatkan supaya budaya mengumpul dan merekod sejarah boleh dipupuk dengan bermula dengan menulis mengenai sejarah hidup masing-masing. Dengan menulis dan mendokumentasikan sejarah JPBDSM yang kini masuk usia 90 tahun akan dapat dijadikan panduan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dalam mentranformasikan Bandar utama di Semenanjung Malaysia amya dan Zon Timur khasnya kepada tempat yang sesuai didiami dan bekerja menerusi perancangan yang baik.

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenajung Malaysia, Y. Bhg. Dato` Mohd. Fadzil bin Hj. Mohd. Khir  yang berucap dalam majlis persaraan ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengarah Pejabat Zon Timur khasnya dan semua warga JPBDSM Zon Timur amya diatas usaha gigih dan kesetiaan dalam menjayakan visi dan misi Jabatan terutamanya dalam mengawal selia projek-projek rancangan pemajuan bagi Zon Timur.

Di akhir majlis persaraan, Pengarah PPZR menyampaikan dua buah buku kepada Ketua Pengarah JPBDSM untuk dijadikan rujukan iaitu Chronicles of Fascinating World Travel dan A Journey through the Malaysian Town and Country Planning Department. (buku ini belum diterbitkan).

Disediakan Oleh

Wakil Moderater Blog

PPZR 2011

Comments (4) »