Archive for May, 2012

KONSEP KAWASAN PEMAJUAN BAHAGIAN VIII – AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)

1.0 PENGENALAN

Pengwujudan kawasan pemajuan diperuntukkan dalam Bahagian VIII, di bawah seksyen 38, 39, 40, 41, 42, dan 43 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).  Kawasan pemajuan ertinya suatu kawasan pemajuan yang diisytiharkan di bawah subseksyen 38(1) Akta 172.  Di bawah subseksyen 38(1) Akta 172, mana-mana kawasan khas yang telah dikenalpasti untuk dijadikan sebagai kawasan pemajuan perlu dibuat pengisytiharaan melalui Warta Negeri sama ada keseluruhan kawasan atau sebahagian sahaja.  Penetapan kawasan khas boleh ditentukan pada bila-bila masa semasa penyediaan atau berkuatkuasanya RS atau RT seperti dalam seksyen 16B. Tujuan utama mewujudkan kawasan khas ialah bagi pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan sama ada sebahagian atau keseluruhan kawasan khas.  Melalui kawasan pemajuan, masalah yang dihadapi oleh masyarakat akibat dari pembangunan persendirian dapat diatasi dalam masa yang lebih singkat. Seterusnya PBPT boleh mencebur diri dalam bidang perniagaan dan meningkatkan pendapatan serta tidak bergantung kepada bantuan Kerajaan Negeri semata-mata.

Read the rest of this entry »

No comment »

Dapat sambung tetapi…

Waktu foto diambil, Internet OK tetapi sambungan ke pushmail Townplan tidak berfungsi.

Setiap kali tempoh masa katalaluan telah tamat dan katalaluan baru diwajibkan oleh sistem emel Townplan, pengguna pushmail perlu mengkongurasikan setting pushmail sekali lagi pada telefon bimbit masing-masing berpandukan setting asal akan tetapi dengan menggunakan katalaluan baru. Ini saya telah laksanakan tetapi gagal mencapai sambungan walaupun talian Celcom mengikut (tiang) resepsi pada telefon bimbit adalah terbaik (4 bars). Beberapa kali dicuba tapi masih gagal lalu dicuba kali ini dengan sambungan wifi terus pada talian UNIFI di rumah. Beberapa kali cubaan dibuat pada beberapa hari tetapi masih gagal untuk mendapat sambungan. Barukini, semasa berada di Bukit Tinggi, Pahang saya cuba sekali lagi walaupun sedar (tiang) resepsi Celcom pada telefon bimbit adalah paling rendah (1 bar). Terkejut saya apabila sambungan ke akaun emel Townplan terus tercapai. Mengapa ini terjadi? Binggung saya memikir sebabnya. Apabila ditanya pihak STM, mereka juga tidak dapat memberi jawapan. Inilah peliknya ICT, kadangkala sukar nak beri alasan yang manasabah mengapa sesuatu masalah boleh berlaku atau boleh selesai.

No comment »

TAMPIN ‘ GERBANG SELATAN’ MEMBANGUN, BERDAYA SAING DAN SEJAHTERA

Daerah  Tampin adalah sederhana membangun dalam konteks Nasional iaitu dalam kategori 3, membangun dengan perlahan. Kedudukan Daerah Tampin tersepit di antara Konurbasi Pertumbuhan Utama Lembah Kelang-Kuala Lumpur Seremban dan konurbasi peringkat pertengahan Melaka yang berada di hieraki konurbasi ketiga. Dengan tumpuan pembangunan yang pesat di melaka dan Daerah Alor Gajah, Tampin mempunyai peluang pembangunan kesan sebaran dan limpahan konurbasi tersebut.

Bandar Tampin berperanan sebagai bandar perkhidmatan utama daerah yang menyediakan kemudahan peringkat tempatan merangkumi kawasan persekitaran dan sebahagian kawasan bersempadan di Melaka, Johor dan Gemas Baru bagi Pekan Gemas. Jarak di antara Daerah Tampin dan Seremban adalah 45km, Melaka-30km, KLIA-100km dan Kuala Lumpur-110km serta boleh dihubungi dengan efisien menerusi Lebuhraya Utara Selatan (susur keluar Alor Gajah).

Fokus pembangunan daerah Tampin ialah pembangunan pertanian, industri dan pelancongan. Produktiviti hasil pertanian di daerah Tampin dapat dipertingkatkan melalui sistem pengeluaran pertanian berteknologi tinggi dan perladangan berteknologi tinggi  di koridor Jelai-Gemas-Tampin. Di samping itu, produk-produk pelancongan di Tampin perlu dinaiktaraf dan dipromosikan dengan agresif dan berkesan. Pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dapat ditingkatkan melalui penubuhan Pusat Jualan untuk produk IKS.

No comment »