Archive for September, 2012

Kemeriahan Aidilfitri PPZR

Keindahan syawal dinikmati dengan penuh keredhaan dan kesyukuran pada Ilahi. Begitu juga bagi warga PPZR yang telah mengadakan sambutan Majlis Hari Raya pada 23 Syawal 1433 bersamaan 10 September  2012. Majlis ini diadakan di Pejabat PPZR di Tingkat 4, Bangunan Wisma Perkeso, Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu.

Sebelum itu  Perhimpunan Bulanan bagi seluruh kakitangan PPZR telah diadakan yang dimeriahkan dengan nyanyian lagu Negaraku, persembahan tayangan multimedia serta penyampaian cenderahati kepada tiga pegawai PPZR yang telah bertukar iaitu En. Annai Minsai, Cik Jeferidah binti Bujang dan Pn. Norazilawati binti Ab. Rahim. Didalam ucapannya Pemangku Pengarah, Puan Hjh Rohaya binti Abd Kadir menekankan kepada semangat kerjasama dan ukhwah bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni.

Majlis sambutan hari raya dihadiri sama oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JPBD Negeri Terengganu, Jabatan PERKESO, Biro Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi. Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah. Jamuan diakhiri dengan photoshoot seluruh warga PPZR dan setiap unit memberi pose yang terbaik untuk dijadikan kenangan Jamuan Hari Raya bagi tahun 2012.

Jumpa lagi di Jamuan Raya 2013….

No comment »

PERTANIAN BANDAR UNTUK BANDAR MAMPAN

Pertanian Bandar Untuk Bandar Mampan: menghasilkan makanan sendiri, menjana pendapatan, mengalakkan interaksi sosial, meningkatkan kualiti persekitaran dan menggunakan (semula) bahan buangan dan air menjelaskan bagaimana pertanian bandar membantu ke arah pembentukkan bandar mampan.

Pertanian bandar ditafsirkan sebagai aktiviti menghasil, memproses dan memasarkan makanan dan produk pertanian di dalam kawasan bandar dan pinggir bandar menggunakan kaedah pengeluaran intensif, menggunakan (semula) sumber asli dan sisa buangan bandar untuk menghasilkan kepelbagaian tanaman dan ternakan1. Konsep pertanian bandar telah lama wujud jika dilihat kepada model pembangunan Machu Picchu di Peru sekitar tahun 1450, yang direka untuk mewujudkan ladang bandar yang produktif dengan menempatkan pertanian di dalam dan sekitar bandar.

Kepentingan pertanian bandar sepenuhnya telah difahami oleh pihak berkuasa dan penyelidik2. Bandar di seluruh Amerika Syarikat telah mengiktiraf nilai pertanian sebagai gunatanah yang diluluskan di kawasan bandar. Pihak berkuasa tempatan, seperti di Madison, Wisconsin telah melakukan pengubahan terhadap pelan komprehensif dan ordinan pengezonan untuk menggalakkan pengeluaran makanan dan membenarkan kegunaan pertanian3.

Menjelang tahun 2020, kadar penduduk bandar di Semenanjung Malaysia dijangka meningkat kepada 75% berbanding 65.4% pada tahun 20004. Peningkatan kadar kemiskinan bandar dan krisis makanan bandar di negara membangun selari dengan kepesatan perbandaran4 di samping masalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan formal yang mencukupi, peningkatan jumlah sisa buangan, pencemaran udara dan air.

Semenanjung Malaysia mengalami kekurangan pengeluaran makanan. Nilai import makanan meningkat setiap tahun, iaitu daripada RM12.69 juta pada tahun 2003 kepada RM23.37 juta pada  tahun 20074 dengan nilai RM221.81 bilion sejak tahun 19926. Kadar kebergantungan yang tinggi kepada sumber makanan import memberi impak yang besar kepada negara sekiranya berlaku krisis makanan dunia. Pertanian bandar menjadi medium penting untuk bekalan makanan tempatan secara berterusan, mengurangkan kadar kemiskinan bandar dan meningkatkan pengurusan persekitaran bandar.

Penghasilan makanan sendiri samaada menanam atau menternak membantu menjimatkan perbelanjaan isi rumah untuk membeli makanan. Berdasarkan kajian Resource Centre on Urban Agriculture and Food Security (RUAF) penduduk miskin di negara-negara miskin secara umumnya membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka (50% – 70%) ke atas makanan. Pertanian bandar mewujudkan peluang pekerjaan dan penjualan hasil pertanian (segar atau diproses) sebagai salah satu sumber pendapatan penduduk bandar.

Pertanian bandar berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Sebagai contoh, beberapa projek pertanian bandar di Amsterdam mensasar golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, orang kurang upaya, wanita, penghijrah tanpa pekerjaan, dan warga emas5 dengan tujuan untuk mengalakkan interaksi sosial dan mewujudkan persekitaran yang lebih mesra. Di Montreal, Kanada, penglibatan golongan kurang bernasib baik dalam aktiviti pertanian bandar sangat dititikberatkan7 selaras dengan polisi kerajaan untuk membantu golongan berkenaan. Selain itu, pertanian bandar membantu meningkatkan motivasi diri para peserta projek dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan samaada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual. Pertanian bandar turut menyediakan ruang rekreasi dan peluang pendidikan pertanian kepada para pelajar.

Pertanian bandar memainkan peranan penting dalam sistem pengurusan persekitaran bandar dengan menyediakan alternatif kepada penyelesaian masalah pelupusan sisa buangan dengan menjadikannya kepada sumber yang produktif melalui pengkomposan. Kompos boleh digunakan untuk penanaman dan dijadikan sebagai baja semulajadi. Pertanian bandar meningkatkan keluasan kawasan hijau di kawasan bandar. Justeru, ini akan meningkatkan nilai estetik atau mengindahkan pemandangan dalam bandar, dan yang lebih penting lagi kawasan hijau membantu menyejukkan suhu kawasan bandar secara semulajadi. Pencemaran air dapat dikurangkan apabila air dikitar semula untuk tujuan pengeluaran makanan.  Di samping itu air hujan boleh disimpan atau disalurkan kepada tanaman pokok melalui cara penuaian air hujan untuk kegunaan penyiraman, pembersihan tanaman atau ternakan serta menggalakkan penggunaan hujan secara ekonomik.

Pada masa kini, tiada kajian atau data rasmi berkaitan pertanian bandar di Malaysia. Walau bagaimanapun usaha pertanian bandar di negara kita dapat dilihat secara tidak langsung melalui Program Bumi Hijau yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berterusan.  Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memperkenalkan projek Bumi Hijau di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan beberapa individu, kumpulan, persatuan penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)8. Selain itu, sebilangan kecil penduduk atau agensi menjalankan penanaman sayuran di laman rumah, balkoni, dalam kawasan institusi dan di bawah laluan rentis elektrik.

Pengintegrasian pertanian dalam sistem perancangan bandar adalah pra-syarat penting pembangunan mampan dari aspek sumber pendapatan, bekalan makanan, penghijauan persekitaran dan lanskap bandar, pengurusan air dan penyediaan alternatif kawasan beriadah dan pendidikan. Pengintegrasian ini akan mewujudkan rekabentuk kawasan kejiranan baru dan mempelbagaikan fungsi kegunaan tanah di kawasan bandar selaras dengan konsep pembangunan bandar padat.

Pertanian bandar dilihat sebagai amalan mampan kerana ia memberi manfaat dari aspek sosial, ekonomi dan persekitaran bandar seperti mengurangkan ‘ecological footprints’ bandar, mengguna dan mengitar semula sisa bandar dan menjana peluang pekerjaan dan menyokong kepada keperluan makanan penduduk bandar.

Dalam melaksanakan pertanian bandar di Malaysia, banyak perkara yang perlu diteliti seperti keperluan perundangan, kesediaan tanah, kesesuaian lokasi, jenis tanaman dan ternakan selain sikap dan pemikiran negatif individu, komuniti, organisasi atau pihak berkepentingan terhadap pertanian bandar.

Rujukan

1 United Nations Development Programs (UNDP), 1996

2 An Urbanizing World, United Nations Centre for Human Settlement (HABITAT), 1996

3  Promoting Urban Agriculture As An Alternative Land Use For Vacant Properties In The City Of Detroit: Benefits, Problems And Proposals For A Regulatory Framework For Successful Land Use Integration, John E.M, Sarah.K & Mary J.W, Undated.

4  Rancangan Fizikal Negara ke-2, JPBD SM, 2010

5  The Resource Centre on Urban Agriculture and Food Security (RUAF) is an international network of seven regional resource centres and one global resource centre on Urban Agriculture and Food Security based in Netherland.

6  Utusan Malaysia, 26 Jun 2012.

7  E. Duchemin, F. Wegmuller and A.-M. Legault, Urban agriculture: multi-dimensional tools for social development in poor neighbourhoods, 2008

8 BERNAMA, 13 Julai 2008

No comment »

Dato’ KP goes for coronary bypass operation

For those not in the know, our Dato’ KP takes leave beginning 6.9.12 for a double coronary bypass at IJN, Kuala Lumpur scheduled on 10.9.12. He will then recuperated for a couple of weeks (if a cut on the skin takes 1 week to heal, obviously, an internal cut is going to take much longer) and is expected to be back to work after 20.10.12. We wish him all the best.

Comments (1) »