Archive for October, 2012

Cari Makan

Jika semua Rancangan Pemajuan dibuat secara inhouse oleh Pejabat Projek, bagaimana perunding perancang bandar di luar sana nak cari makan?. Sekarang projek-projek baru spt rancangan pemajuan semakin berkurangan. Kalau ada pun dibuat secara inhouse. Apa pengibatan perunding perancang bandar?. Sebilangan sektor tak mampu dibuat oleh pejabat projek misalnya sektor alam sekitar, pengangkutan, infra atau sebagainya. Ia masih perlukan penglibatan perunding. Jabatan kita tiada kepakaran.

Penglibatan perunding masih diperlukan. Mungkin boleh dibuat secara smart partnership. Pemilihan dan pembahagian sektor dan skop kerja juga perlu relevan dan praktikal. Tak mungkin pejabat projek boleh buat sesuatu rancangan pemajuan itu 100% inhouse. Tak mungkin. Kita ada kekangan masa dan kekurangan fokus. Perunding mungkin boleh lebih fokus. Namun harus diingat kualiti perunding juga perlu diambil kira. Ada perunding yg buat kerja sambil lewa dan tiada kualiti. Oleh itu check and balance perlu dibuat di segenap sudut bagi memastikan semuanya berjalan mengikut etika dan perancangan yg telah ditetapkan.

No comment »

Perlukah?

Jika arkitek guna Ar., juruukur guna Sr. dan jurutera guna Ir., bagaimana dengan Jururancang Bandar Bertauliah?. Perlu ada ke? atau tak payah?. Adakah gelaran ini akan membawa kpd peningkatan imej profesion kita?.

Sejauh mana planner di JPBD berkolaborasi dgn planner di PBT termasuklah planner di sektor swasta mahupun para pensyarah?. Renung-renungkanlah….

No comment »

Rancangan Pemajuan Dihasilkan Secara Inhouse

PPZT telah mengorak langkah dengan menghasilkan 3 RT secara inhouse iaitu RT Kuala Kangsar, RT Kerian dan RT Hilir Perak. Ketiga tiga RT ini dibuat secara smart partnership di mana sebahagian sektor akan dibuat oleh PPZT iaitu Gunatanah, GIS, Infrastruktur & Utiliti, Kawasan Lapang & Rekreasi dan SA manakala selebihnya akan dibuat oleh Perunding. Masa penyediaan juga telah dipendekkan daripada 18 bulan kpd 12 bulan.

Setakat ini pengalaman yg dilalui adalah amat memberangsangkan di mana kali ini PPZT sendiri telah merasai bagaimana sesuatu sektor itu dikaji dan disediakan. Satu pengalaman yg amat berharga bagi seorang Perancang Bandar.

Cuma di dalam penyediaan RT secara inhouse ini beban kerja PPZT semakin bertambah. Keperluan kpd bilangan staf dan peralatan juga semakin meningkat. Secara amnya bolehlah dirumuskan bahawa penyediaan RT secara inhouse adalah relevan dengan syarat mempunyai bilangan staf yang mahir adalah mencukupi, peruntukan kewangan yg menggalakkan dan fokus yg maksimum perlu diberikan. Apa kata anda?. Perlukah exercise spt ini dikekalkan atau berpatah balik kpd yg asal di mana kajian ini bulat bulat diserahkan kpd Perunding dan PPZT hanya sekadar pemantau dan pay master.

No comment »

Inovasi Dalam Organisasi

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang berterusan untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami. Persoalannya, apakah yang akan menentukan sesuatu produk atau perkhidmatan tersebut inovatif?

Kejayaan sesuatu penciptaan kreatif bermula dengan penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.  Hasil cetusan idea-idea yang merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Oleh yang demikian, setiap Jabatan Kerajaan adalah digalakkan untuk mempunyai Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang bertujuan untuk mencari idea-idea baru bagi menyelesaikan masalah mahupun membuat penambahbaikan. Dalam konteks ini, JPBD juga mempunyai Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang bertujuan untuk mencungkil idea-idea yang melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. Salah satu cara untuk mereka ini menunjukkan kebolehan mereka adalah dengan memberi peluang untuk mereka membangunkan idea, manakala  pengurusan atasan Jabatan berperanan menyokong proses tersabut. Latihan dan pendidikan yang berkaitan kreatif dan inovatif perlu diberikan kepada mereka supaya dapat membangun persekitaran kerja yang kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kecekapan Jabatan. Sehubungan itu, sambutan Hari Inovasi telah di adakan di Peringkat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada 18 September 2012 yang lalu bagi memberi peluang kepada warga JPBD menunjukkan kebolehan mereka dalam mengembangkan idea kreatif yang sedia ada. Persoalannya , apakah produk hasil inovasi Jabatan dapat dimanfaatkan bersama oleh warga JPBD? Produk hasil inovasi yang baik sepatutnya diketengahkan oleh Jabatan supaya ia tidak terkubur terus selepas dipertandingkan.

“Inovasi ialah impian (idea) yang menjadi kenyataan apabila dilaksanakan atau digunakan”


No comment »

PPZR get QGIS training

The last leg of the QGIS training for the year goes to PPZR. It was held at their office at Wisma PERKESO, Kuala Trengganu on 9-10.10.2012. The 27 participants (the largest so far)also included representatives from PPZR Kota Bharu and Kuantan branch as well as from Kelantan and Trengganu JPBD state planning dept. To know more about it, click here. While feedbacks aplenty compliment QGIS as user friendly, we shall wait and see to what extent the PPZR Management will stick to the JPP July 2012 decision that unwarranted GIS software must be unconditionally replaced with QGIS. For comparision, PPZU and PPZS still compromise that JPP decision while PPZT has only partially adhered to that JPP policy decision. So when do we “cakap serupa bikin”?

No comment »