Archive for November, 2012

World Town Planning Day 2012 snapshots

No comment »

Pemberian Geran RM10k kepada persatuan penduduk untuk aktiviti rondaan

Mengikut belanjawan 2013, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa sebanyak 4,025 Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan diberikan geran berjumlah RM10,000 bagi menggalakkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan yang dilakukan persatuan terbabit. Tujuan pemberian geran ini adalah membantu mengurangkan jenayah dan mewujudkan bandar selamat. Apakah kriteria Persatuan Penduduk yang layak menerima geran tersebut?
a) Berdaftar dengan ROS;
b) Aktif / masih wujud
c) mempunyai guarded neighbourhood or gated community
d) mempunyai Rukun Tetangga

No comment »

Hari Inovasi KPKT 2012

Semalam, Hari Inovasi KPKT diadakan di Dewan Kristal KPKT pada 31.10.2012 dan dirasmikan oleh Y.B. Menteri Perumahan & Kerajaan sendiri. Terdapat booth pamiran diruang legar Bangunan KPKT yang dioperasi oleh beberapa agensi KPKT yang telah terlibat dalam pertandingan KIK antara wakil-wakil dari JPBD. Sebelum Majlis Hari Inovasi KPKT 2012 dirasmikan, Y.B. Menteri Perumahan mengambil kesempatan membuat lawatan terlebih dahulu disemua booth tersebut. Dari gambar-gambar yang terdapat disini, jelas JPBD telah memenang beberapa pertandingan. Nak tahu yang mana ke? Teka lah.

Comments (1) »

Car Park League Table- Liga Tempat Letak Kenderaan

Jenayah jalanan telah menurun sejak pelaksanaan Program Bandar Selamat sejak 2010 -2012.
Jenayah telah bergerak ke dalam bangunan kerana POLIS tidak mempunyai kuasa untuk masuk ke dalam bangunan kecuali mendapatkan waran yang akan mengambil masa.

Di bawah NKRA Mengurangkan Jenayah, GTP 2.0 akan fokus kepada jenayah di CAR PARK. Pada pendapat anda,apakah ciri-ciri keselamatan di TLK perlu ditingkatkan? Di manakah car park yang paling selamat pernah anda kunjungi?

No comment »

Sistem Pemantauan Bandar Selamat

Sistem Pemantauan Bandar Selamat – SPBS merupakan satu transformasi ke atas Sistem Laporan Polis (PRS) PDRM yang telah diintegrasikan dengan elemen penandaan lokasi kejadian jenayah di atas peta digital secara online dengan menggunakan pelantar Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang mempunyai koordinat. Sistem ini telah beroperasi pada 1 Januari 2011 dan digunapakai oleh 35 PBT dan 217 balai polis hotspot sehingga 2012.

Adakah anda pernah membuat laporan polis baru-baru ini? Bagaimana pengalaman anda semasa membuat laporan polis? Enquiry Officer di balai polis tanya tak lokasi kejadian jenayah?

No comment »