Archive for November, 2012

15 Langkah Program Bandar Selamat

Program Bandar Selamat mempunyai 15 langkah seperti di bawah
L1. Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor
L2. Pelaksanaan Reka Bentuk Persekitaran Yang Selamat (CPTED)
L3. Pemetaan GIS Jenayah dan Program Bandar Selamat
L4. Penyediaan balai polis tetap atau bergerak
L5. Penyediaan cermin keselamatan
L6. Penyediaan papan tanda peringatan jenayah
L7. Penyediaan penggera keselamatan
L8. Penyediaan tempat motosikal berkunci
L9. Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perniagaan dan tempat awam
L10. Pencahayaan
L11. Laluan awam tidak terlindung dari pandangan awam
L12. Penjanaan aktiviti bersesuaian di kawasan yang terdedah dengan jenayah
L13. Pendidikan kesedaran awam dan publisiti
L14. Meningkatkan rondaan di kawasan perumahan
L15. Agenda tetap bulanan Mesyuarat Majlis Penuh PBT

Apakah langkah yang boleh dimasukkan di bawah Program Bandar Selamat?

No comment »

Papan Tanda Talian Kecemasan – SAVE BETTER THAN SORRY

Papan Tanda Talian Kecemasan PDRM telah dipasang di kawasan tumpuan awam di bawah Program Bandar Selamat 2012, inisiatif NKRA Mengurangkan Jenayah. Papan tanda terserbut tertera talian balai polis yang terdekat dengan lokasi papan tersebut. Adakah anda mempunyai nombor telifon balai polis terdekat? SAVE BETTER THAN SORRY

No comment »

Sesal kemudian tidak berguna – Kuncilah motosikal anda di TLM Berkunci

Tempat Letak Motosikal Berkunci telah dipasang di 151 PBT pada tahun 2012, namun begitu penggunaannya masih rendah. Adakah pemilik motosikal malas mengunci motosikal di kawasan yang telah disediakan? Apakah sebab pemilik motosikal tidak mengguna kemudahan yang disediakan? Sesal dahulu berpendapatan dan sesal kemudian tidak berguna! Motosikal hilang, siapa yang susah?

No comment »

Strategi Lautan Biru Negara 7 : My Beautiful Neighbourhood – Pembinaan Semula Rumah Terbakar

Selama ini, kita sedia maklum bahawa BOMBA memadam api. Di bawah strategi lautan biru negara, My Beautiful Neighbourhood, BOMBA telah membina semula rumah terbakar bagi golongan miskin (ekasih) dan kurang upaya dengan mendapatkan sumbangan daripada pemaju swasta, agensi kerajaan dan sebagainya.

Pada 2012, 5 projek telah dibina dengan menggunakan tenaga anggota bomba iaitu : –
a) Kg. Besut, Kemaman (Tabung Darul Iman) ;
b) Kg. Bukit Cherakah, Kuala Selangor (Asa Niaga Pelabuhan Barter Trade) ;
c) Kg. Tanjung Medan, Parit Perak (MAIP) ;
d) Kg. Gadok Sawah, Gemencheh (KKLW) ; dan
e) Kg. Masjid Lama, Alor Setar (KKLW) .

Projek ini akan berterusan dengan mendapat sumbangan ihsan daripada pihak swasta. Di manakah mangsa kebakaran (golongan miskin dan kurang upaya) yang memerlukan bantuan ini?

No comment »

Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) 7 : My Beautiful Neighbourhood

Strategi Lautan Biru Negara atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) ialah satu program telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri yang memfokuskan kepada beberapa perkara iaitu:
a) Penghasilan idea yang kreatif;
b) Kolaborasi antara jabatan atau agensi;
c) Memerlukan kos perbelanjaan yang minimum;
d) Melaksanakan dengan segera;
e) Meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat; dan
f) Hasilnya berimpak tinggi.

KPKT bertanggungjawab melaksanaka NBOS 7 : My Beautiful Neighbourhood iaitu membaikpulih perumahan awam kos rendah yang dimiliki oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri atau PBT. Semua agensi di bawah KPKT iaitu JPN, JKT, JPBD, PPSPPA mengemblengkan tenaga dan peruntukan untuk membaik pulih kawasan perumahan awam tersebut.

Pada tahun 2012, 8 projek MyBN telah dijalankan iaitu : –
1. Rumah Pangsa Simpang Kuala, Alor Setar
2. Rumah Pangsa Seberang Terus, Alor Setar
3. Rumah Pangsa Taman Setia Jaya, Alor Setar
4. Rumah Pangsa Larkin, Johor Bahru
5. Rumah Pangsa Taman Lobak, Seremban
6. Rumah Pangsa Jalan Silang, Ipoh
7. Rumah Pangsa Jalan Bijih Timah, Ipoh
8. Rumah Pangsa Kinta Height, Ipoh

Pada tahun 2013, MyBN akan diperluaskan kepada 18 kawasan perumahan awam. Pada pendapat anda, di manakah kawasan perumahan awam yang perlu dibaikpulih dengan kadar segera?

No comment »