Archive for December, 2012

” … but we cannot control nature.”

Kerapkali kita dengar alasan pemaju-pemajau yang membangunkan pembinaan dikawasan berbukit seperti “No problem what? Can do one! We have the technology” walhal semua sedia maklum faktor kecerunan pasti menjejaskan keselamatan apa jua pembinaan dikawasan tersebut. Berita hari ini pula bertajuk “Embankment collapses at Taman Setawangsa, residents forced to vacant homes” menekankan bahawa kenyataan pemaju tersebut tidak disambung dengan ayat sepenuhnya yakni “…but we cannot control nature”. Di negara kita ni, berilah keadaan dimana hujan tak berhenti-henti selama 3 hari dan pasti ada kawasan berbukit dimana tanah runtuh dan tak tahu lah beberapa kes yang tidak diumumkan. Saya percaya struktur pembinaan bagi perumahan jenis mewah biasanya  kukuh tetapi walaupun kita boleh akui bahawa struktur sesebuah pembinaan adalah ‘prefect’ dari sudut teknologi akan tetapi jika tanah menjadi longgar akibat serapan air hujan kedalam tanah demikian (tambah pula selepas tempoh warranti senggaraan pembinaan telah tamat) kita tunggu masa saja lah bila sesuatu kajian buruk akan berlaku. Sini bukan negara yang beriklim temperate, sini adalah Malaysia yang beriklim equatorial..’hot, wet & humid’ dimana plastik kereta mewah juga boleh terkopek akibat dijemur setiap hari. Kenapa masih ada orang yang bodoh sombong dan tetap ingin mendirikan pembinaan dikawasan berbukit sama ada pemaju maupun tuan tanah?

Comments (1) »

PERHIMPUNAN AKHIR TAHUN 2012 BAHAGIAN PERANCANGAN WILAYAH

Satu Perhimpunan akhir tahun 2012 Bahagian Perancangan Wilayah telah diadakan di Bilik Mesyuarat, BPW pada 19 Disember 2012. Diantara program perhimpunan tersebut adalah amanat daripada Pengarah Bahagian, Sesi Perkongsian Ilmu, Sambutan Hari Lahir bulan disember 2012 dan Jamuan makan dengan penyertaan semua lapisan pegawai. Selamat tinggal 2012 selamat datang 2013. Semoga tahun 2012 memberikan sejuta pengalaman kepada kita penjawat awam.

Sesi bergambar bersama Pengarah BPW dengan Tema ‘ Blue Tiffany & White’

Bacaan doa diketuai oleh En. Mohd. Hafizol bin Che Mohd Noor

Semua Lapisan Pegawai Bersemangat menyanyikan lagu 1am4u

Amanat daripada Pengarah BPW

Sesi Perkongsian Ilmu disampaikan oleh Pn. Faizulzila berkenaan Kelulusan permohonan Pegawai kerajaan keluar negara

Sesi Perkongsian Ilmu disampaikan oleh En. Muhammad Azim berkenaan ASSET Bahagian

Sesi Perkongsian Ilmu disampaikan oleh Pn Embun bertajuk kearah kehidupan yang sihat.

Pn. Embun menunjukkan teknik senaman untuk kesihatan.

Tahun 2012 dalam kenangan

Pengarah menurunkan ‘autograph’ keatas gambar aktiviti sepanjang tahun 2012 BPW

Senyummmmm…… :)

Disediakan Oleh : Bahagian Perancangan Wilayah

Comments (1) »

HRMIS…1 SISTEM, 1 ARAHAN dan 1 PENANTIAN…

http://www.eghrmis.gov.my/…
Baru-baru ini semua penjawat awam telah diarahkan untuk menyiapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Pengambilan cuti rehat untuk Gantian Cuti Rehat (GCR) dan penjaan cuti tahun 2013 melalui sistem HRMIS. Bagaimana pun kita semua di’huru-hara’ oleh sistem ini kerana dikatakan server down. Malah perlbagai lagi isu-isu sama yang masih wujud terutamanya awal tahun dan hujung tahun.
Pada pandangan saya, bagi mengelakkan kesesakan untuk mengakses kepada sistem HRMIS ini, pihak pentadbir seharusnya menyediakan jadual penggunaan bagi setiap kementerian/ jabatan misalnya tempoh pengisian 3-7 hari. Perkara ini turut dilakukan oleh PLUS misalnya mengeluarkan jadual perjalanan pada hari2 perayaan tertentu…Apa pandangan warga JPBDSM untuk memudahkan kelancaran penggunaan HRMIS pada masa-masa akan datang?

Comments (5) »

MyGOSSCON 2012

Malaysian Government Open Source Conference (MyGOSCCON) kali ini diadakan di Shah Alam Convention Centre pada 30.11.2012 dan dirasmikan oleh Yang Bhg. Dato’ Ketua Pengarah MAMPU. Jabatan menyertai Persidangan tersebut membuka booth pamiran dan merupakan salah dari 2 agensi dari KPKT yang mengendalikan Pamiran Persidangan MyGOSSCON 2012 (Agensi PPSPPA merupakan agensi lain dari KPKT). Tumpan pamiran JPBD adalah untuk menjelaskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam tahun 2011-2012 untuk memberi latihan dalam penggunaan perisian OSS Quantum QGIS bagi beberapa agensi luar JPBD selain dari Jabatan sendiri termasuk Jabatan Kesihatan, BOMBA Negeri Selangor, belasan agensi pihak berkuasa tempatan, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Putra Malaysia Bintulu, K-Perak, JPBD-JPBD Negeri dan SUK Negeri Perlis. Semasa lawatan Dato’ Ketua Pengarah MAMPU ke booth pamiran JPBD, beliau sedia maklum sumbangan yang telah diberi oleh Jabatan dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JPBD Sem. Malaysia kerana sudi memberi kerjasama menjayakan Visi MAMPU menggalakan penggunaan perisian Open Source dikalangan agensi sektor awam khasnya Quantum GIS.

No comment »

7 Perisian Yang Perlu Anda Miliki

7 perisian yang pasti anda paling gemari. Tapi saya cuba untuk senaraikan perisian-perisian yang mungkin paling berguna buat anda. Jadi, di sini saya persembahkan tujuh perisian yang perlu anda miliki:

Opera

[http://www.opera.com/] [Review]

tujuh-01

Opera merupakan web browser yang pantas, bersaiz kecil, serta tidak menggunakan banyak memori.

Satu keistimewaan Opera yang paling unik ialah, ianya mempunyai segala macam shortcut yang yang mampu menjadikan penggunaan Internet harian anda jauh lebih mudah. Jika anda mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan pelbagai shortcut ini, sudah tentu Opera akan menjadi web browser yang terpantas di dunia untuk anda.

Launchy

[http://www.launchy.net/] [Review]

tujuh-02

Terdapat berpuluh-puluh program yang terdapat di dalam komputer anda, macam mana nak ingat semua? Dengan Launchy, anda tak perlu fikir di mana program itu berada. Anda juga tak perlu tercari-cari di mana letaknya program tersebut di dalam Start Menu.Dengan Launchy, anda hanya perlu taip nama program tersebut dan ia akan dilancarkan secara serta-merta. Satu software yang pastinya akan menjadikan hari anda lebih cekap dan efisien!

FreeCommander

[http://www.freecommander.com/] [Review]

tujuh-03

Walau berapa banyak folder yang terdapat di dalam komputer anda, hanya beberapa buah folder sahaja yang kerap digunakan. Dalam FreeCommander, anda tetapkan ketujuh-tujuh folder ini kepada shortcut key agar anda dapat membukanya dengan sekelip mata.Fungsi dual-pane dalam FreeCommander juga menjadikan operasi copy dan paste menjadi sangat mudah. Tanpa software dual-pane explorer seperti FreeCommander, hidup komputer anda pastinya lebih melecehkan.

FeedDemon

[http://www.newsgator.com/individuals/feeddemon/default.aspx]

tujuh-04

Membaca dan mengikuti blog memang seronok. Namun apabila anda ada lebih 50 buah blog yang diminati, siapa ada masa untuk melawat kesemua blog ini? FeedDemon akan mengingatkan anda jika mana-mana dari blog ini telah dikemaskini dengan kandungan yang terbaru.

Membaca dari FeedDemon juga lebih pantas dari melayari laman web tersebut, kerana ianya hanya memaparkan tulisan dan gambar berkaitan sahaja, tanpa memaparkan elemen-elemen lain dalam laman web, sesuai untuk pengguna yang mempunyai sambungan Internet yang lemah.Bukan itu sahaja, anda juga boleh menanda mana-mana kandungan yang menarik, agar boleh dibaca dengan lebih lanjut pada kemudian hari.

Picasa

[http://picasa.google.com/] [Review]

tujuh-05

Meskipun bukan seorang jurufoto profesional, anda mesti sangat suka mengambil gambar. Picasa pula berfungsi sebagai album untuk segala foto anda . Picasa mempersembahkan kesemua foto di dalam komputer anda dengan mudah dan menarik. Anda juga dapat membuat pengubahsuaian yang asas seperti crop, straighten, dan red eye. Tak lupa juga fungsi eksport foto yang memang menyenangkan.Sebenarnya, susah untuk anda gambarkan keistimewaan yang terdapat pada Picasa. Cukuplah dikatakan bahawa Picasa merupakan software pengurusan foto yang terbaik sekali.

CCleaner

[http://www.ccleaner.com/] [Review]

tujuh-06

Jika anda sayangkan bilik anda, dah tentu anda akan pastikannya sentiasa bersih, kan? Begitu juga dengan komputer. Gunakan CCleaner untuk membersihkan segala sampah-sarap yang terdapat dalam PC anda supaya ia dapat berjalan dengan lebih lancar.

WikidPad

[http://www.jhorman.org/wikidPad/]

tujuh-07

WikidPad adalah buku nota anda. Di sinilah anda boleh tuliskan nombor telefon kawan-kawan, senarai barang yang hendak dibeli, dan alamat laman web yang hendak dilawati. Apa sahaja yang anda hendak catat, catatkannya di dalam WikidPad. Ianya mudah dan ringkas.

Ok, dah cukup tujuh dah. Kesemua software yang disenaraikan di atas boleh anda download dari laman web masing-masing. Dan jangan bimbang, kerana semuanya percuma ^^

Comments (3) »