Archive for January, 2013

The making of iPLAN: High Scalability

In a change of events to financially assist project offices in 2013 prepare respective development plan, JPBD’s iPLAN will now be totally designed on Open Source Software (OSS) which will lead to a saving of more than RM1 million. The database software will be a package PostgreSQL-PostGIS that encompasses the building of both non-spatial dan spatial data accommodated by the respective softwares. Normal users will be happy with the default installation of PostgreSQL but like a formula one car, OSS allows the system administrator to tweak the ‘engine’ and optimize for high scalability something JPBD’s iPLAN needs because it will be used by many people from different tiers of government level. A good example of a planned high scalability is what Skype is planning here. So just because the software JPBD plans to use is not a GIS marque most are traditionally familiar with, implies a need for a change in mind-set by some. For your information, PostgreSQL features is known in the IT world as equivalent to Oracle, the Roll-Royce of database software and many corporations internationally use PostreSQL.

No comment »

Buka fail jenis zip, rar dan 7z dengan 7-zip

http://sembangkomputer.com/wp-content/uploads/2011/09/7-zip.png

Biasanya apabila anda muat turun fail dari Internet, ia akan dimampatkan ke dalam bentuk .zip supaya mudah disebarkan melalui Internet. Untuk membuka fail jeniz .zip, anda hanya perlu klik kanan pada fail tersebut dan pilih “Extract All…”.

Namun ada sesetengah daripada fail termampat ini tidak menggunakan jenis .zip, tetapi menggunakan jenis yang lain seperti .rar atau .7z. Fungsi yang terbina pada Windows tidak dapat membuka fail tersebut, jadi anda perlu memasang perisian lain seperti 7-zip.

Setelah memasang 7-zip, hanya klik kanan pada fail tersebut, pilih 7-zip, dan pilih “Extract Here” seperti gambar diatas. Anda juga boleh menggunakan 7-zip untuk memampatkan fail. Untuk tugas tersebut, hanya klik kanan pada mana-mana fail atau folder, pilih 7-zip, dan pilih “Add to archive…”. Fungsi ini berguna apabila anda ingin memuatkan fail yang besar ke dalam emel.

Comments (3) »

Publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan 2012-2020

Majlis Perasmian Publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan 2012-2020 telah diadakan pada 20 Dis 2012 bertempat di Dewan Seri Janing, Rainforest Resort, Kuala Tahan Jerantut, Pahang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP Majlis Daerah Jerantut YH Dato’ Syed Ab Mutalib bin Syed Hassan DIMP., AAP., PMC., mewakili Menteri Besar Pahang dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD), En. Kamalruddin bin Shamsudin.

Untuk makluman semua, RKK merupakan sebahagian daripada rancangan pemajuan yang disediakan oleh JPBD sebagaimana tertakluk di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172. Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan suatu rancangan pemajuan yang terperinci disediakan untuk tujuan pelaksanaan dan pengurusannya. Penyediaannya dan kuatkuasanya sama seperti mana Rancangan Tempatan Daerah (RTD). Sebagaimana penyediaan dan kelulusan RTD, Jawatankuasa Perancang Negeri juga mempunyai kuasa di dalam meluluskan Rancangan Kawasan Khas ini.

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kuala Tahan ini disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) mengikut seksyen 16B (i), (ii) dan (iii), yang mana Pengarah JPBD / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab untuk menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini. RKK Kuala Tahan ini adalah RKK Pembangunan Semula yang merupakan antara beberapa jenis RKK yang disediakan oleh JPBD. Penyediaan RKK ini bertujuan untuk menyusun semula dan merancang pembangunan Kuala Tahan dan kawasan sekitarnya supaya lebih tersusun, terancang dan dapat mewujudkan lebih banyak aktiviti yang lebih ekonomi, seronok dikunjungi serta selesa didiami.

Penyediaan RKK Kuala Tahan ini merupakan transformasi ekolancong, ekonomikal dan berdaya maju bagi mencapai wawasan negara maju pada tahun 2020. Dengan adanya RKK ini, diharap Kuala Tahan akan dapat menarik lebih ramai penduduk dan pelabur ke kawasan ini khususnya pelancong yang ingin bercuti dan menghabiskan masa untuk melawat destinasi pelancongan di kawasan ini. Antara aktiviti menarik di kawasan ini ialah kawasan “Ikan Kelah Sanctuary”, Canopywalk Tree, Pemandangan Kg. Pagi, Menaiki Bot menyeberangi Sg.Tembeling, Pengalaman Makan Minum Di Restoran Terapung, Jungle Tracking, Four Wheel Drive Race dan lain-lain.

Pembangunan di Kuala Tahan bukan sahaja fokus kepada aktiviti pelancongan malah cadangan Perumahan Rumah Mampu Milik (PPRM), penambahan rumah untuk generasi ke-2 (G2), penyediaan lot perniagaan di Zon Kuala Tahan, Zon Padang, Zon Belebar dan Zon Rempai serta menaiktaraf jalan-jalan sekitar Jerantut-Kuala Tahan juga dicadangkan. Pembinaan infrastruktur dan utiliti juga diberi perhatian di mana cadangan pembinaan Jambatan Sg. Ak yang akan menghubungkan Kuala Tahan dan Jerantut dijangka siap tidak lama lagi. Selain itu juga pembinaan beberapa jaringan paip air dan tangki septik juga disediakan bagi memastikan kemudahan air yang bersih dapat disalurkan dengan sempurna dan sistem pembentungan yang lebih sistematik dapat berfungsi dengan lancar.

Kesemua cadangan tersebut adalah beberapa cadangan pembangunan yang telah dikemukakan dan dicadangkan di dalam RKK Kuala Tahan 2012-2020. Segala perancangan yang dicadangkan telah mengambilkira kesemua aspek di Kuala Tahan termasuklah isu sensitiviti yang mungkin akan melibatkan pengambilan tanah dan alam sekitar. Walau bagaimana pun rintangan dan halangan yang bakal dilalui, dengan adanya penyediaan RKK ini diharap ianya menjadi garis panduan kepada perancangan dan pembangunan Kuala Tahan pada masa hadapan.

Justeru, kami memohon jasa baik dato’/datin/tuan/puan untuk memberi pandangan yang seluas-seluasnya mengenai cadangan pembangunan di Kuala Tahan supaya ianya menepati misi dan visi RKK ini untuk mewujudkan pembangunan semula yang “Lebih Ekonomi, Seronok Dikunjungi dan Selesa Didiami”.

Untuk maklumat dan informasi lebih lanjut, sila layari hyperlink ini..http://www.townplan.gov.my/epublisiti/rkk/RKK_Tahan/publisiti_rkk_tahan.php atau berikan maklumbalas secara online di http://www.facebook.com/urpk.kuantan @ email urpkuantan2011@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

URP Kuantan
Pejabat Projek Zon Timur

AKTIVITI SEPANJANG HARI PERASMIAN PUBLISITI DRAF RKK KUALA TAHAN 2012-2020

VVIP yang hadir..

Ucapan oleh YDP MDJ YH Dato’ Syed Ab Mutalib bin Syed Hassan DIMP., AAP., PMC., (Menggantikan Menteri Besar Pahang)

Jemputan yang hadir semasa hari perasmian…

Gimik perasmian dirasmikan oleh YDP MDJ YH Dato’ Syed Ab Mutalib bin Syed Hassan..

Sesi melawat ruang pameran Publisiti Draf RKK Kuala Tahan 2012-2020..

Pengurus Projek Unit 1 URPK, Tn. Hj. Razali Mohd memberikan taklimat kepada YDP MDJ Dato’ Syed Ab Mutalib bin Syed Hassan..

Jemputan yang hadir semasa hari perasmian..

Urusetia yang menjayakan “Publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan 2012-2020” dengan jayanya..Tahniah untuk Unit 1 PPZR, Unit Rancangan Pembangunan Kuantan.

Comments (1) »