Archive for February, 2013

Tips menjaga USB Pen Drive

Hampir semua pengguna komputer pada masa kini menggunakan media USB Flashdisk, Thumbdrive atau pun PenDrive untuk menyimpan dan memindahkan data. Fungsinya telah mengambil alih fungsi disket yang sangat popular suatu masa dahulu. Dengan saiznya yang kecil dan mudah dibawa membuatkan media ini menjadi kegemaran pengguna komputer. Walau bagaimana pun, anda perlu tahu cara mengendali dan menjaganya agar ianya tidak mudah rosak dan seterusnya tidak berfungsi. Berikut adalah beberapa tips bagaimana mengendali, menjaga dan merawat pena USB drive ini.

Ikuti prosedur yang benar setiap kali anda mencabut USB Pen Drive daripada port USB

Biasakan melakukan proses eject atau berhenti sebelum mengambil daripada USB Pen Drive dari Port USB pada komputer anda. Ini dapat mengelakkan USB Pen Drive daripada berlakunya kerosakan dan dapat menyelamatkan data yang terdapat di dalam pena USB drive.

Elakkan Menyunting Data Secara Lansung Daripada Pendrive

Seperti juga produk lain, pena USB drive memiliki jangka hayat. Ini bermakna ia akan rosak dan tidak berfungsi pada suatu masa nanti. Jika kita lihat pada spefikasi jangka hayat pendrive, biasanya berada sekitar 10,000-100,000 baca/tulis (read/write). Oleh itu, kita boleh memanjangkan jangka hayat pendrive tersebut dengan TIDAK menyunting data (membaca dan menulis) SECARA LANSUNG daripada pendrive tersebut. Amalkan menyunting data pada cakera keras terlebih dahulu sebelum memindahkannya kepada pendrive usb anda. Dengan demikian, ianya mampu melanjutkan usia atau jangka hayat pendrive tersebut.

Imbaskan Dengan Antivirus Secara Rutin

Amalkan mengimbaskannya dengan Antivirus untuk menghapuskan virus yang ada.

Jauhkan Daripada Air

Meskipun beberapa pengeluar mendakwa produk mereka kalis dan tahan air, seboleh-bolehnya cuba elakkan daripada ianya berada pada persekitaran yang basah dan berair. Ini termasuklah menjaganya daripada terkena hujan, air minuman dan seumpamanya. Jika sekiranya, pendrive anda terkena air atau TERBASUH bersama pakaian anda di dalam mesen basuh, PASTIKAN anda mengeringkannya terlebih dahulu sebelum memasukkannya pada port USB di komputer anda. Jemurkannya di bawah cahaya matahari yang terik atau pun gunakan pengering rambut untuk mengeringkannya. Pastikan ianya betul-betul kering sebelum anda memplagkannya ke komputer anda.

Elakkan Daripada Kesan Impak Yang Kuat
Amat jelas sekali! Membiarkan pendrive anda terjatuh daripada tempat yang tinggi, atau tertindih dengan barangan yang berat atau seumpamanya boleh merosakkan pendrive anda. Pastikan anda meletakkannya di tempat yang selamat. Jangan dilempar atau dilontar-lontar seperti sebiji bola tenis. Jangan biarkan anak anda bermain dengannya kerana biasanya mereka tidak mengerti apa-apa.
Hindari dari Medan Magnet

Menjadi kebiasaan setiap produk elektronik yang boleh menghasilkan medan magnet seperti televisyen dan telefon tangan adalah tidak baik bagi pendrive. Jadi, jangan biarkan pendrive anda diletakkan berhampiran dengan peralatan elektronik sedemikian.

Elakkan Daripada Suhu Yang Terlalu Tinggi

Suhu yang terlalu tinggi juga akan memberikan kesan negatif kepada pendrive. Jauhkan pendrive anda daripada suhu yang teramat tinggi.


Bersihkan Sambungan (Connector) pada Pendrive USB

Keadaan pada sambungan yang kotor boleh menyebabkan proses membaca dan menulis gagal pada pendrive. Oleh itu, amalkan mencuci pada penyambung Pendrive dengan menggunakan kain pengelap anti statik atau tin tekanan udara (compressed air can) untuk menyembur bahagian yang dipenuhi kotoran tersebut.

JANGAN Defrag Pendrive Anda

Tidak seperti cakera keras (hard disk) yang biasa berputar secara bergelendongan (moving spindles), Pendrive tidak memiliki zon lambat dan zon pantas. Data yang disimpan akan dibaca pada kelajuan yang sama daripada ruang cakera itu. Oleh itu ianya TIDAK PERLUdidefragment kerana ianya tidak mempunyai head dan cylinder. Mendefrag pendrive anda akan mewujudkan satu lagi write cycle padanya dan ini sudah tentu mengurangkan jangkahayat pendrive tersebut.

Petikan dari www.malaysiaria.com.myforum/topics/tips-menjaga-usb-pen-drive

Comments (1) »

Pemasangan QGIS menggantikan perisian GIS tidak sah akan mula tidak lama lagi

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan (JPP) JPBD Sem. Malaysia di Melaka pada Julai 2012 telah memutuskan “Jabatan menggunakan perisian QGIS bagi menggantikan perisian cetak rompak di JPBD Ibu Pejabat dan Pejabat Projek”. Tugas menggantikan perisian GIS cetak rompak tersebut terletak dengan STM sebagai penyelaras perkakasan ICT Jabatan. Bagaimana pun, memandangkan mereka dibeban dengan tugas kerja yang berat, kerjasama BMGN dimohon kerana mempunyai staf kumpulan F yang mahir dalam pengendalian kerja demikian. Perkara itu telah pun dipersetujui oleh BMGN dan akan melaksanakan tugas tersebut secara nationwide mengikut jadual seperti berikut:

PPZT:  7.3.2013
PPZS:  13-15.3.2013 (URP Melaka & URP Johor Bahru)
PPZU: 27.3.2012
PPZR: 29-30.4.2013 (URP Kota Bharu & URP Kuantan)

Selain dari itu, setiap wakil dari Pejabat Projek dan Bahagian juga telah diberi latihan penggunaan QGIS pada 24-27.7.2012 sebagai pelapis kepada Jabatan mengikut keputusan JPP, Julai 2012 supaya BMGN “Melatih lebih ramai berkaitan QGIS sebagai pelapis kepada Jabatan”.

No comment »

Vandalisme Terhadap Papan Tanda Jalan

Papan tanda bertujuan memberi panduan atau maklumat kepada pemandu kenderaan jalan. Penempatan sesuatu papan tanda mestilah mudah dilihat, mudah di fahami, ringkas dan saiz huruf yang sesuai dan simbol yang jelas dan seragam. Setiap papan tanda mempunyai arahan dan tujuan tertentu dan dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu papan tanda mandotari, papan tanda larangan, tanda amaran dan papan tanda maklumat. Terdapat beberapa jenis papan tanda yang digunakan namun penggunaannya bergantung kepada kesesuaian panduan atau arahan yang ingin disampaikan.

Papan tanda jalan yang disediakan pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah destinasi yang ingin dituju. Papan tanda arah yang rosak akan menyukarkan seseorang untuk sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Selain itu, keadaan ini akan menyakitkan mata memandang.

Kejadian vandalisme akan menyebabkan papan tanda tersebut rosak dan perlu diperbaiki mahupun diganti. Kebanyakan individu yang melakukan vandalisme hanya untuk melepaskan geram dan sesetengahnya untuk memenuhi kepuasan hati. Iklan-iklan yang di tampal di papan tanda arah juga mengganggu penglihatan terhada papan tanda arah tersebut. Dianggarkan kos yang diperlukan untuk menukar kesemua papan tanda yang rosak bakal menelan belanja sehingga puluhan ribu ringgit.

Islam sendiri menghalang dan menegah perbuatan vandalisme yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan fasad (kerosakan) seperti mana yang ditegaskan di dalam al-Quran di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”. (Al Baqarah: ayat 11-12)

Program dan dialog perlu dianjurkan bagi mendidik orang ramai menghargai papan tanda arah dan kemudahan awam secara amnya. Selain itu,peranan agensi yang bertanggungjawab perlu dalam meningkatkan kualiti papan tanda arah di negara kita memandangkan pentingnya tanda arah yang jelas di suatu tempat. Sama-samalah kita menjaga kemudahan bersama kerana papan tanda tunjuk arah adalah penting.

No comment »

Latihan penggunaan QGIS untuk JPBD Negeri, 29-30.1.2013

Selaras dengan keputusan JPP, JPBD Sem. Malaysia pada bulan Julai, 2012, langkah untuk melatih wakil dari setiap JPBD Negeri dalam penggunaan Quantum GIS Bil.1/2013 telah barukini diadakan di Makmal Komputer Ibu Pejabat JPBD. Walau pun, terdapat peserta-peserta yang telah mahir dalam penggunaan perisian GIS berbayar, maklumbalas konsisten dari peserta-peserta adalah sama seperti peserta dari latihan-latihan QGIS dahulukala yakni penggunaan QGIS adalah lebih mudah dan mesra-pengguna menjadikannya perisian GIS yang mudah difahami dan cepat belajar tidak termasuk ianya adalah percuma dan menjimatkan kerajaan memperolehi perisian GIS.

No comment »

PERHIMPUNAN AWAL TAHUN BPW 2013

Barisan pegawai-pegawai Bahagian Perancangan Wilayah tahun 2013

Selamat datang tahun 2013. Perhimpunan awal tahun 2013 telah diadakan bersempena kemasukan pegawai baru iaitu En. Mohd Faidzal bin Hamzah sebagai Timbalan Pengarah dan selamat kembali bertugas kepada Pn. Ruhaizah bt. Mohd Rawi dan Pn. Mariyanti bt. Md Desa yang telah selamat melahirkan cahaya mata dan En. Tiong Chung Wei yang telah menghabiskan pengajian di peringkat Diploma. TAHNIAH SEMUA!!!

En. Mohd Faidzal bin Hamzah memberikan sepatah dua kata.

Agenda dimulakan dengan pengalaman En. Yong bercerita tentang lawatan beliau semasa berada di Jepun. Antara tempat-tempat dikongsikan oleh beliau adalah tempat yang kerap dikunjungi oleh pelancong asing. Banyak  tarikan yang terdapat di sana, antaranya senibina bangunan jepun, aneka jenis makanan dan tidak lupa juga kenderaan yang moden berteknologi tinggi digunakan oleh beliau semasa berada disana. Berdasarkan taklimat daripada En. Yong, Kyoto merupakan bandar yang harus dikunjungi.

Sesi perkongsian Ilmu disampaikan oleh En. Yong Chee Kong bertajuk ‘MELANCONG KE JEPUN’

Persekitaran dikawasan Monumen Purba – Kyoto, Jepun

Salah satu jenis makan yang terdapat di Kyoto.

Seterusnya, sesi perkongsian ilmu dikongsikan oleh Puan Norida yang telah menghadiri seminar ‘Moving from good to great’ yang dianjurkan oleh Elite Essential Sdn. Bhd. Yang disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Sheikh Omar A Rahman. Segala ilmu yang disampaikan oleh Puan Norida adalah berdasarkan pengalam Prof. sepanjang pejalanan hidup beliau untuk Berjaya dalam hidap sehingga beliau dijadikan ‘role model’. Antara intipati yang menarik dan kita boleh mendapat manfaat dari taklimat beliau ialah ‘Semua orang adalah bagus’

Sesi perkongsian Ilmu disampaikan oleh Pn. Norida binti Abdullah Kong bertajuk ‘MOVING FROM GOOD TO THE GREAT : BUILDING AN EMPOWERED TEAM’

Majlis diteruskan dengan sesi pemotongan kek bagi 4 orang pengawai yang dirai dan majlis ini diakhiri dengan jamuan makan dan minum.

Pegawai yang dirai memotong kek sumbangan KMT bahagian..Good Luck guys!!

Selamat datang dan selamat kembali bertugas…

TEMA : Purple and Pink

Disediakan Oleh : Muhammad Azim bin Uzir

No comment »