Archive for March, 2013

TAKLIMAT PELAKSANAAN PENILAIAN OUTCOME PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN JPBD 2013


Anjuran : Unit Penyelarasan Projek
Tarikh: 6 hingga 7 Mac 2013
Tempat: Dewan Auditorium, Aras 1, Blok Tengah, Kementerian Kewangan Malaysia
Penceramah: Encik Mohd. Khidir, Timbalan Pengarah Bahagian Penilaian Outcome, ICU
Taklimat ini tertumpu kepada pemakluman dan penjelasan kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2012 – Garis Panduan Pengukuran Pencapaian Program/Projek Pembangunan Melalui Penilaian Outcome (Garis Panduan) yang menggantikan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2005 bertajuk Garis Panduan Penilaian Program Pembangunan.

Tujuan taklimat ini diadakan bagi memantapkan lagi pemahaman tata cara penyediaan penilaian Outcome bagi program / projek pembangunan yang dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

Terdapat 9 Laporan Outcome akan dibentangkan seperti berikut:

  1. Kajian Penilaian Outcome RT Majlis Perbandaran Kajang
  2. Kajian Penilaian Outcome RSN Melaka
  3. Kajian Penilaian Outcome RT Bagi Negeri Johor (RTD Kluang 2020 bagi Majlis Perbandaran Kluang, RTD Kluang 2020 bagi Majlis Daerah Simpang Renggam)
  4. Kajian Penilaian Outcome RSN Terengganu
  5. Kajian Penilaian Outcome RTD Dungun
  6. Kajian Penilaian Outcome RT Bagi Negeri Pahang (RTD Temerloh & RTD Bentong)
  7. Kajian Penilaian Outcome Pembangunan Teknologi Maklumat
  8. Kajian Penilaian Outcome Manual Pendakwaan di Bawah Seksyen 50 Akta 172
  9. Kajian Penilaian Outcome Sistem Pengkalan Data GIS JPBD

No comment »

20 MARCH 2013 THE INTERNATIONAL DAY OF HAPPINESS : MALAYSIA’S INITIATIVE TO ENHANCE HAPPINESS OF THE PEOPLE IN THE CITY

Malaysia is committed to ensure a high quality of life (QoL) and well-being in its urban and rural areas. The Federal Department of Town and Country Planning (FDTCP) being the focal point for developing and coordinating the overall framework on Sustainable Development Indicators for local authorities through MURNInets (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development) has now incorporated Happiness Index into the framework. Conceived in late 2010, the Happiness Index was based on international trends which gave special focus on happiness in the context of the Government’s effort in improving the well-being of communities. This is in line with the Department’s vision to be a “Leader in Town and Country Planning towards achieving a Quality and Sustainable Living Environment by 2020”, FDTCP’s Universal Planning and Development Doctrine produced in 1998 and the Ministry of Housing and Local Government’s commitment in promoting Sustainable Communities.

World Happiness Report 2012 Malaysia was in a commendable 51st position among 156 countries by virtue of our country’s economic performance where the happiness factor was measured in terms of gross national product or gross domestic product. Malaysia will be eyeing to chalk up its ranking in the world and Asia Happiness Index besides aiming for higher economic growth by the year 2020.  This is in line with the national transformation agenda which aims to turn Malaysia into a high-income economy that considers happiness ranking.

Our Prime Minister is very serious in providing infrastructure and financial aids to raise Malaysia’s ranking in the happiness index under the Economic Transformation Programme . Happiness Index has been incorporated in MURNInets sustainable community’s dimension that include community vitality, cultural diversity and resilience, health, education, ecological diversity, quality of life and efficiency of governance. Happiness Index Study (HIS) in MURNInets contains findings from primary data collection jointly administered between local authorities and residents. This study  highlights the state of happiness in the context of community and governance. A good physical and happy environment provides the foundation for successful sustainable communities.

In 2012, the United Nations (UN) declared March 20 to be observed as the International Day of Happiness. The  day recognises that happiness is a fundamental human goal, and calls upon countries to approach public policies in ways that improve the well-being of all people. By designating a special day for happiness, the UN aims to focus world attention on the idea that economic growth must be inclusive, equitable, and balanced, such that it promotes sustainable development and alleviates poverty. Additionally the UN acknowledges that in order to attain global happiness, economic development must be accompanied by social and environmental well-being.The initiative to declare a day of happiness came from Bhutan – a country whose citizens are considered to be some of the happiest people in the world. The Himalayan Kingdom has championed an alternative measure of national and societal prosperity, called the Gross National Happiness Index (GNH). The GNH rejects the sole use of economic and material wealth as an indicator of development, and instead adopts a more holistic outlook, where spiritual well-being of citizens and communities is given as much importance as their material well-being.

A good physical environment provides the foundation for a well-ordered city that can cater to the material and post-material needs of its citizens—the necessary conditions, in other words, for physical and economic vibrancy.  Most people tend to associate happiness with feeling good, that is, with a life that offers a variety of pleasure and comfort.  Happiness index of the people is a framework for decision-making and policy development. It provides guidance to local authorities interested in improving the level of well-being of its communities. The challenge for us now is to overcome our constraints and expand the mental and cultural space that we have. So anyone who wishes to  keep themselves engaged and energetic in their work and their community, could contribute better towards creating a livable and  vibrant city.

No comment »

BENARKAH AKU SEORANG PERANCANG BANDAR?

Masa sekolah rendah, kalau kita diminta menulis senarai cita-cita, majoritinya akan menyenaraikan doktor, cikgu, polis dan askar. Saat menginjak ke sekolah menengah, di dalam kelas tingkatan 1, teringat lagi saat ditanya mengenai cita-cita, pelbagai jawapan yang sudah di naiktaraf saya dengari dari sahabat-sahabat daripada cikgu kepada cikgu sukan, daripada doktor kepada doktor gigi, daripada polis kepada tuan ASP, daripada askar kepada tuan Mejar. Melangkah pula kaki ke menengah atas, kita diberi ruang dan peluang untuk memilih subjek elektif, ada juga yang pasrah diletakkan di kelas mana berdasarkan keputusan PMR yang ada. Permulaan pengkhususan dari aliran sains, ada yang ke aliran sastera, tidak kurang yang berada di aliran perakaunan, ramai juga yang memilih untuk berada di aliran teknikal. Pilihan ini adalah tiket, tiket yang akan membawa kemana kaki akan melangkah sebaik sahaja tamat persekolahan.

Bagi yang bercita-cita besar akan mula mengejar subjek-subjek kegemaran. Skor yang gempak setiap kali ujian dan peperiksaan. Mula ada yang rasa, aku pasti akan menjadi doktor, pasti akan belajar biologi bersungguh-sungguh, ada juga yang mula bercita-cita menjadi jurutera, mula tekun dengan subjek fizik, bagi yang teringin menjadi akauntan, matematik dan subjek perakaunan menjadi keutamaan. Namun tidak pernah pula kedengaran ada yang bercita-cita nak jadi Pegawai Perancang Bandar dan Desa. Saya sendiri tidak pernah termimpi dan bercita-cita untuk menjadi Pegawai Perancang Bandar. TIDAK PERNAH terfikir mahupun terbayang bahawa akhirnya saya menjadi seorang Pegawai Perancang Bandar.

Dengan keputusan SPM yang cukup-cukup makan, saya mengisi borang kemasukan ke Politeknik. Pilihan pertama adalah Food Tech dan saat memilih pilihan kedua, agak sukar kerana kebanyakkan pilihan di politeknik bermula dengan perkataan kejuruteraan. Saya adalah pelajar Sains Pertanian, yang mengambil kesemua subjek aliran sains ditambah dengan sains pertanian sebagai subjek teknikal. Tiada asas lukisan kejuruteraan, tidak pula berminat dalam bidang lukisan, namun disaat terpandang kursus Perancangan Bandar dan Wilayah itu, ringan saja tangan ini menanda untuk membuat pilihan dengan bayangan di fikiran “alah, ini mesti subjek belajar ekonomi sikit, jalan-jalan tengok bandar sikit”.
Saya masih terus berteka-teki, akan menjadi perancang bandarkah saya?

Setelah tamat pengajian, tidak mudah untuk mendapatkan kerja, sempat saya menimba ilmu di badan penyelidikan sebagai pembantu penyelidikan dan sempat juga menjadi guru gantian. Akhirnya, pada tahun 2007, berbekalkan segulung ijazah itu, saya berjaya mendapatkan kerja di sebuah firma swasta dan setahun selepas itu saya berpeluang untuk menjadi penjawat awam yang bergelar seorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa. Walau perkhidmatan baru menjejak tahun kelima, saya semakin sayangkan profesyen ini. Yang pada asalnya saya terawang dan tidak pasti  apakah tepat pilihan saya, benarkah langkah dan laluan yang saya pilih? Saat terbaca kata-kata di bawah, saya yakin dan pasti ada sebab mengapa saya dan rakan-rakan berada dalam profesyen tersendiri. Kerana apa? Agar kita saling melengkapi antara satu sama lain demi menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Oleh;
Nur Wahida Md. Aris,  Pejabat Projek Zon Tengah.

Comments (3) »

Pameran Sejarah Perbandaran dan Perancangan Bandar di Semenanjung Malaysia Peringkat Negeri Sembilan

Pameran tersebut sedang berlangsung di Muzium Negeri Sembilan pada 4 Mac sehingga 4 April 2013. Perasmian pameran tersebut telah diadakan pada 5 Mac 2013 dengan penuh kemeriahan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu.Turut hadir adalah YBrs Encik Kamalruddin bin Shamsudin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPBD Semenanjung Malaysia.Pameran tersebut adalah rentetan daripada Pameran Sejarah Perbandaran dan Perancangan Bandar di Semenanjung Malaysia yang diadakan di Muzium Negara pada 13 Januari 2012 hingga 13 Januari 2013 oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dengan kerjasama Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP).

Pameran ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pandangan kepada orang awam tentang sejarah perbandaran dan perancangan bandar di Semenanjung Malaysia dalam merangka pertumbuhan urbanisasi serta mengenali artifak/peralatan teknikal yang digunakan oleh Jururancang Bandar sebelum era computer dan teknologi maklumat.

Bahan-bahan pameran memfokuskan aspek perbandaran yang mempunyai kaitan dengan profesion perancangan bandar secara selektif daripada 241 bandar yang ada di negara ini. Artifak atau perkakasan teknikal yang tidak digunakan lagi juga dipamerkan yang mengambarkan peralihan teknologi perkakasan zaman awal 1900an kepada zaman teknologi maklumat. Bahan-bahan pameran diperolehi daripada koleksi JPBD dan sumbangan daripada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan.

No comment »

PROGRAM STRATEGI LAUTAN BIRU NEGARA 7 (NBOS): KEJIRANAN INDAH (MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD)

Program Strategi Lautan Biru (Negara National Blue Ocean Strategy) (NBOS) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat melalui kesepakatan antara pelbagai kementerian, jabatan atau agensi  yang memfokuskan kepada:

Hasil yang memberi impak yang tinggi;
Penggunaan kos yang minimum; dan
Pelaksanaan dengan kadar yang segera.

Program Kejiranan Indah atau My Beautiful Neighbourhood yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) antara lain bertujuan untuk mengubah persekitaran kejiranan perumahan awam yang tidak terurus kepada persekitaran yang indah, selamat dan bersih di samping mewujudkan perasaan cintakan persekitaran kejiranan di kalangan penduduk setempat.
Bagi melaksanakan Program Kejiranan Indah, KPKT telah menggabungkan sumber semua Jabatan di bawahnya yang meliputi program seperti penyelenggaraan bangunan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN), menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), pelaksanaan langkah-langkah Program Bandar Selamat oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD), pembersihan kawasan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Bagi tahun 2013, sebanyak 21 projek telah dikenalpasti untuk dilaksanakan di seluruh negara. Sehubungan dengan itu beberapa siri pelancaran PROGRAM STRATEGI LAUTAN BIRU NEGARA 7 (NBOS): KEJIRANAN INDAH (MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD) telah dijalankan mengikut lokasi seperti berikut;

Perasmian Program Kejiranan Indah di Rumah Pangsa Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 2/3/2013.

Perasmian Program Kejiranan Indah di Taman Nira, Batu Pahat, Johor pada 2/3/2013.

Perasmian Program Kejiranan Indah di Taman Jengka Impian, Maran, Pahang pada 2/3/2013.

Perasmian Program Kejiranan Indah di Rumah Pangsa Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan pada 9/3/2013.

No comment »