Archive for March, 2013

TAKLIMAT DAN ‘HANDS ON’ PENYEDIAAN DAN PENGEMASKINIAN DATA GIS DI URP JOHOR PADA 28 FEBRUARI 2013 DAN 1 MAC 2013

Taklimat dan latihan ‘Hands On’ Penyediaan dan Pengemaskinian Data GIS telah diadakan selama 2 hari di Pejabat Unit Rancangan Pembangunan 1 di Johor Bahru, Johor pada 28 Februari 2013 dan 1 Mac 2013.  Program ini dikendalikan oleh 2 tenaga pengajar dari Unit Penyelarasan Maklumat Perancangan (UPMP), Pejabat Projek Zon Selatan dari Melaka iaitu Encik Shahrizaila bin Mahmud dan Encik Mohd. Zamri bin Mohamad.

Antara pengisian taklimat dan ‘Hands On’ berkenaan adalah :
1. Pengenalan Proses Penyediaan Data Gunatanah Semasa
2. Penyediaan Data Gunatanah Semasa mengikut ketetapan BMGN (IP)
3. Sesi ‘Hand On’ Pengemaskinian Struktur
4. Sesi ‘Hand On’ Pengemaskinian Data
5. Semakan Data melalui kaedah ‘Google Earth’
Latihan ini dijalankan menggunakan perisian ‘MapInfo’ dan data yang digunakan sebagai bahan latihan adalah Data Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat. Peserta yang terlibat dalam latihan ini adalah semua kakitangan gred J17 hingga J36 dari unit berkenaan. Sepanjang sesi taklimat dan latihan tersebut telah memperolehi banyak input dan perbincangan berhubung fungsi-fungsi tools tertentu yang terdapat dalam perisian berkenaan.

Latihan menggunakan kaedah GPS dalam kerja-kerja mencerap serta menyemak data turut diberi kepada peserta-peserta. Latihan menggunakan alat tersebut dijalankan di sekitar Bandar Johor Bahru sebagai contoh menjalankan kerja-kerja mencerap dan menyemak data.

Program Strategi Lautan Biru (Negara National Blue Ocean Strategy) (NBOS) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat melalui kesepakatan antara pelbagai kementerian, jabatan atau agensi  yang memfokuskan kepada:

  • Hasil yang memberi impak yang tinggi;

  • Penggunaan kos yang minimum; dan

  • Pelaksanaan dengan kadar yang segera.

Program Kejiranan Indah atau My Beautiful Neighbourhood yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) antara lain bertujuan untuk mengubah persekitaran kejiranan perumahan awam yang tidak terurus kepada persekitaran yang indah, selamat dan bersih di samping mewujudkan perasaan cintakan persekitaran kejiranan di kalangan penduduk setempat.

Bagi melaksanakan Program Kejiranan Indah, KPKT telah menggabungkan sumber semua Jabatan di bawahnya yang meliputi program seperti penyelenggaraan bangunan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN), menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), pelaksanaan langkah-langkah Program Bandar Selamat oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD), pembersihan kawasan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Bagi tahun 2013, sebanyak 21 projek telah dikenalpasti untuk dilaksanakan di seluruh negara. Sehubungan dengan itu beberapa siri pelancaran PROGRAM STRATEGI LAUTAN BIRU NEGARA 7 (NBOS): KEJIRANAN INDAH (MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD) telah dijalankan mengikut lokasi seperti berikut;

Perasmian Program Kejiranan Indah di Rumah Pangsa Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 2/3/2013.

Perasmian Program Kejiranan Indah di Taman Nira, Batu Pahat, Johor pada 2/3/2013

Perasmian Program Kejiranan Indah di Taman Jengka Impian, Maran, Pahang pada 2/3/2013

Perasmian Program Kejiranan Indah di Rumah Pangsa Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan pada 9/3/2013

Pameran tersebut sedang berlangsung di Muzium Negeri Sembilan pada 4 Mac sehingga 4 April 2013. Perasmian pameran tersebut telah diadakan pada 5 Mac 2013 dengan penuh kemeriahan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu.Turut hadir adalah YBrs Encik Kamalruddin bin Shamsudin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPBD Semenanjung Malaysia.Pameran tersebut adalah rentetan daripada Pameran Sejarah Perbandaran dan Perancangan Bandar di Semenanjung Malaysia yang diadakan di Muzium Negara pada 13 Januari 2012 hingga 13 Januari 2013 oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dengan kerjasama Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP).

Pameran ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pandangan kepada orang awam tentang sejarah perbandaran dan perancangan bandar di Semenanjung Malaysia dalam merangka pertumbuhan urbanisasi serta mengenali artifak/peralatan teknikal yang digunakan oleh Jururancang Bandar sebelum era computer dan teknologi maklumat.



Bahan-bahan pameran memfokuskan aspek perbandaran yang mempunyai kaitan dengan profesion perancangan bandar secara selektif daripada 241 bandar yang ada di negara ini. Artifak atau perkakasan teknikal yang tidak digunakan lagi juga dipamerkan yang mengambarkan peralihan teknologi perkakasan zaman awal 1900an kepada zaman teknologi maklumat. Bahan-bahan pameran diperolehi daripada koleksi JPBD dan sumbangan daripada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan.

Malaysia is committed to ensure a high quality of life (QoL) and well-being in its urban and rural areas. The Federal Department of Town and Country Planning (FDTCP) being the focal point for developing and coordinating the overall framework on Sustainable Development Indicators for local authorities through MURNInets (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development) has now incorporated Happiness Index into the framework. Conceived in late 2010, the Happiness Index was based on international trends which gave special focus on happiness in the context of the Government’s effort in improving the well-being of communities. This is in line with the Department’s vision to be a “Leader in Town and Country Planning towards achieving a Quality and Sustainable Living Environment by 2020”, FDTCP’s Universal Planning and Development Doctrine produced in 1998 and the Ministry of Housing and Local Government’s commitment in promoting Sustainable Communities.

World Happiness Report 2012 Malaysia was in a commendable 51st position among 156 countries by virtue of our country’s economic performance where the happiness factor was measured in terms of gross national product or gross domestic product. Malaysia will be eyeing to chalk up its ranking in the world and Asia Happiness Index besides aiming for higher economic growth by the year 2020.  This is in line with the national transformation agenda which aims to turn Malaysia into a high-income economy that considers happiness ranking.

Our Prime Minister is very serious in providing infrastructure and financial aids to raise Malaysia’s ranking in the happiness index under the Economic Transformation Programme . Happiness Index has been incorporated in MURNInets sustainable community’s dimension that include community vitality, cultural diversity and resilience, health, education, ecological diversity, quality of life and efficiency of governance. Happiness Index Study (HIS) in MURNInets contains findings from primary data collection jointly administered between local authorities and residents. This study  highlights the state of happiness in the context of community and governance. A good physical and happy environment provides the foundation for successful sustainable communities.

In 2012, the United Nations (UN) declared March 20 to be observed as the International Day of Happiness. The  day recognises that happiness is a fundamental human goal, and calls upon countries to approach public policies in ways that improve the well-being of all people. By designating a special day for happiness, the UN aims to focus world attention on the idea that economic growth must be inclusive, equitable, and balanced, such that it promotes sustainable development and alleviates poverty. Additionally the UN acknowledges that in order to attain global happiness, economic development must be accompanied by social and environmental well-being.The initiative to declare a day of happiness came from Bhutan – a country whose citizens are considered to be some of the happiest people in the world. The Himalayan Kingdom has championed an alternative measure of national and societal prosperity, called the Gross National Happiness Index (GNH). The GNH rejects the sole use of economic and material wealth as an indicator of development, and instead adopts a more holistic outlook, where spiritual well-being of citizens and communities is given as much importance as their material well-being.

A good physical environment provides the foundation for a well-ordered city that can cater to the material and post-material needs of its citizens—the necessary conditions, in other words, for physical and economic vibrancy.  Most people tend to associate happiness with feeling good, that is, with a life that offers a variety of pleasure and comfort.  Happiness index of the people is a framework for decision-making and policy development. It provides guidance to local authorities interested in improving the level of well-being of its communities. The challenge for us now is to overcome our constraints and expand the mental and cultural space that we have. So anyone who wishes to  keep themselves engaged and energetic in their work and their community, could contribute better towards creating a livable and  vibrant city.

Malaysia is committed to ensure a high quality of life (QoL) and well-being in its urban and rural areas. The Federal Department of Town and Country Planning (FDTCP) being the focal point for developing and coordinating the overall framework on Sustainable Development Indicators for local authorities through MURNInets (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development) has now incorporated Happiness Index into the framework. Conceived in late 2010, the Happiness Index was based on international trends which gave special focus on happiness in the context of the Government’s effort in improving the well-being of communities. This is in line with the Department’s vision to be a “Leader in Town and Country Planning towards achieving a Quality and Sustainable Living Environment by 2020”, FDTCP’s Universal Planning and Development Doctrine produced in 1998 and the Ministry of Housing and Local Government’s commitment in promoting Sustainable Communities.World Happiness Report 2012 Malaysia was in a commendable 51st position among 156 countries by virtue of our country’s economic performance where the happiness factor was measured in terms of gross national product or gross domestic product. Malaysia will be eyeing to chalk up its ranking in the world and Asia Happiness Index besides aiming for higher economic growth by the year 2020.  This is in line with the national transformation agenda which aims to turn Malaysia into a high-income economy that considers happiness ranking.Our Prime Minister is very serious in providing infrastructure and financial aids to raise Malaysia’s ranking in the happiness index under the Economic Transformation Programme . Happiness Index has been incorporated in MURNInets sustainable community’s dimension that include community vitality, cultural diversity and resilience, health, education, ecological diversity, quality of life and efficiency of governance. Happiness Index Study (HIS) in MURNInets contains findings from primary data collection jointly administered between local authorities and residents. This study  highlights the state of happiness in the context of community and governance. A good physical and happy environment provides the foundation for successful sustainable communities.In 2012, the United Nations (UN) declared March 20 to be observed as the International Day of Happiness. The  day recognises that happiness is a fundamental human goal, and calls upon countries to approach public policies in ways that improve the well-being of all people. By designating a special day for happiness, the UN aims to focus world attention on the idea that economic growth must be inclusive, equitable, and balanced, such that it promotes sustainable development and alleviates poverty. Additionally the UN acknowledges that in order to attain global happiness, economic development must be accompanied by social and environmental well-being.The initiative to declare a day of happiness came from Bhutan – a country whose citizens are considered to be some of the happiest people in the world. The Himalayan Kingdom has championed an alternative measure of national and societal prosperity, called the Gross National Happiness Index (GNH). The GNH rejects the sole use of economic and material wealth as an indicator of development, and instead adopts a more holistic outlook, where spiritual well-being of citizens and communities is given as much importance as their material well-being.A good physical environment provides the foundation for a well-ordered city that can cater to the material and post-material needs of its citizens—the necessary conditions, in other words, for physical and economic vibrancy.  Most people tend to associate happiness with feeling good, that is, with a life that offers a variety of pleasure and comfort.  Happiness index of the people is a framework for decision-making and policy development. It provides guidance to local authorities interested in improving the level of well-being of its communities. The challenge for us now is to overcome our constraints and expand the mental and cultural space that we have. So anyone who wishes to  keep themselves engaged and energetic in their work and their community, could contribute better towards creating a livable and  vibrant city.

Taklimat dan latihan ‘Hands On’ Penyediaan dan Pengemaskinian Data GIS telah diadakan selama 2 hari di Pejabat Unit Rancangan Pembangunan 1 di Johor Bahru, Johor pada 28 Februari 2013 dan 1 Mac 2013.  Program ini dikendalikan oleh 2 tenaga pengajar dari Unit Penyelarasan Maklumat Perancangan (UPMP), Pejabat Projek Zon Selatan dari Melaka iaitu Encik Shahrizaila bin Mahmud dan Encik Mohd. Zamri bin Mohamad.

Antara pengisian taklimat dan ‘Hands On’ berkenaan adalah :

  1. Pengenalan Proses Penyediaan Data Gunatanah Semasa

  2. Penyediaan Data Gunatanah Semasa mengikut ketetapan BMGN (IP)

  3. Sesi ‘Hand On’ Pengemaskinian Struktur

  4. Sesi ‘Hand On’ Pengemaskinian Data

  5. Semakan Data melalui kaedah ‘Google Earth’

Latihan ini dijalankan menggunakan perisian ‘MapInfo’ dan data yang digunakan sebagai bahan latihan adalah Data Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat. Peserta yang terlibat dalam latihan ini adalah semua kakitangan gred J17 hingga J36 dari unit berkenaan. Sepanjang sesi taklimat dan latihan tersebut telah memperolehi banyak input dan perbincangan berhubung fungsi-fungsi tools tertentu yang terdapat dalam perisian berkenaan.

Latihan menggunakan kaedah GPS dalam kerja-kerja mencerap serta menyemak data turut diberi kepada peserta-peserta. Latihan menggunakan alat tersebut dijalankan di sekitar Bandar Johor Bahru sebagai contoh menjalankan kerja-kerja mencerap dan menyemak data.

No comment »

Bemerken vanaf Enschede – Siri 1 : Taman Kejiranan Sebagai Taman Pendidikan

Pada cuti hari minggu pertama di Enschede, saya bersama lima rakan yang lain berkesempatan bersiar-siar sekitar Enschede secara berbasikal. Dengan kadar sewa €7.50 sehari untuk sebuah basikal, kami menyusuri setiap pelusuk pedalaman Enschede dengan lebih dekat. Sungguh mengkagumkan! Itulah ungkapan yang singgah di benak fikiran kami. Ini mungkin kerana panorama sekitar yang agak berbeza berbanding tanah air sendiri dan sudah pasti ianya menjadi satu pengalaman dan kenangan yang indah.

Untuk siri pertama ini, saya ingin berkongsi pengalaman salah satu singgahan kami iaitu di salah sebuah taman kejiranan di celah-celah kawasan kediaman. Setelah penat berbasikal hampir 2 jam, kami berhenti rehat di sini. Pada mulanya kami sangkakan ianya hanya sebuah taman kejiranan biasa. Ramai pengunjung bersama ahli keluarga mengambil peluang beriadah pada cuti hari minggu di sini. Selain kemudahan-kemudahan riadah, pokok-pokok teduhan dan taman permainan kanak-kanak, taman kejiranan ini sebenarnya dipenuhi dengan binatang-binatang ternakan seperti ayam, kambing, khinzir, burung dan sebagainya yang dibiarkan bebas berkeliaran. Sungguh teruja pada mulanya. Manakan tidak, binatang yang biasanya berkeliaran bebas di kampung-kampung di tempat kita dijadikan satu daya tarikan menarik. Dengan adanya taman sebegini, ianya membolehkan ibu bapa di sini memberi ilmu kepada anak-anak mereka secara tidak langsung di samping beriadah.

Konsep ini sangat menarik untuk diaplikasi di Malaysia memandangkan kawasan tamannya yang agak kecil dan praktikal. Di samping penyediaan landskap yang agak menarik, ianya dapat dijadikan kawasan tarikan kepada para ibu bapa beriadah bersama keluarga tanpa perlu keluar dari kawasan kediaman atau kejiranan terutamanya di bandar-bandar besar. tot ziens

Nota : Artikel pendek ini merupakan catatan pengalaman penulis bersama lapan pegawai JPBDSM semasa menjalani kursus jangka pendek di International Institute for Geo-Information Science and Earth Observation (ITC), Enschede, Netherland pada April hingga Mei 2005.

[Artikel ini pernah disiarkan di dalam majalah The Superb Post issue 17 Vol. 2 di dalam ruangan ‘Bemerken vanaf Enschede’ terbitan Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Projek Alor Setar, Mei 2005]

No comment »

10 Tips Penjagaan Bateri Komputer Riba

Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Adakah anda tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian anda? Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan anda tahu cara penjagaannya. Bagi sesiapa yang tidak menjaga bateri laptop mereka, anda perlu tahu berapakah harga sesebuah bateri tersebut di Malaysia dan dimanakah boleh mendapatkannya. Jadi, jom ikut tips yang penjagaan bateri yang boleh anda praktikkan seperti dibawah.

1. Charger/AC Power

Jika anda berada dirumah, memang digalakkan untuk korang menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau boleh bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.

2. Kawal Suhu Laptop

Jika anda menggunakan bateri, pastikan suhu laptop anda tidak terlalu panas. Jika suhu laptop terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, anda perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan laptop untuk memberi ruangan udara yang luas.

3. Kawal Kelajuan CPU

Anda boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, anda perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Boleh memilih samaada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).

4. Tambah RAM

Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.

5. Guna Hibernation Mode

Jika mahu meninggalkan laptop dalam keadaan terpasang, dicadangkan guna Hibernation Mode. Jika hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.

6. Kurangkan Kecerahan Skrin

LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD korang jika tidak menggunakannya. Selain itu, boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata anda juga.

7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman

Maksud hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tak guna, matikan. so, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.

8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)

Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tue, tak payah la cucuk, pakai touchpad je.

Dipendekkan cerita, matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem anda. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.
10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu

Ini yang terakhir dan memang penting. Pastikan matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.

Petikan dari http://mrpiratz.com/10-tips-penjagaan-bateri-komputer-riba/

No comment »

Taklimat & kursus penggunaan QGIS diperluaskan ke agensi Persekutuan dan Negeri

Agensi-agensi awam negeri Kedah menerima latihan penggunaan QGIS

Jab. Perhutanan, Sem. Malaysia menerima latihan penggunaan QGIS

Agensi-agensi awam negeri Perak mendengar taklimat Quantum GIS

Setelah JPBD memperkenalkan Quantum GIS kepada sektor awam pada 2009, permintaan agar JPBD berkongsi ilmu dikalangan agensi kerajaan yang menggunakan GIS dalam kerja harian bermula rancak sejak tahun lalu. Kini, UPEN Kedah mengambil initiatif dan menganjurkan kursus penggunaan QGIS dengan kerjasama JPBD (melalui En. Mohd. Fadzlan Mhd Saad, OSC Kubang Pasu) bagi semua agensi negeri pada 20-21.2.2013 dan dihadiri oleh seramai 40 peserta. Lanjutan itu, JPBDN Kedah telah bermula menggunapakai QGIS secara meluas. Atas permintaan Jab. Perhutanan, Sem. Malaysia,  kursus penggunaan QGIS telah diberi di Ibu Pejabatnya pada 25-26.2.2013. Mereka amat berpuashati dengan QGIS dan berhasrat untuk memperkenalkan QGIS kepada semua cawangan negeri kelak. UnitGIS JPBDN Perak dengan kerjasama JPBD telah menganjurkan taklimat QGIS kepada semua agensi negeri Perak pada 4.3.2013 dan dihadiri oleh seramai 70 peserta. Minggu depan, atas permintaan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), taklimat QGIS akan diberi pada 12.3.2013 dan dijangka akan dihadiri oleh seramai 30 peserta. Jab. Pertanian dan Jab. Kajicuaca Malaysia juga telah bersuara minat untuk mendapat latihan QGIS tetapi masih belum menghantarkan permohonan rasmi untuk kelulusan Dato’ Ketua Pengarah. Semua ini jelas membuktikan agensi-agensi kerajaan luar JPBD telah sedia maklum dan menghargai manfaat yang dapat diperolehi dari penggunapakaian QGIS.

No comment »

BENCANA ALAM : TAKDIR ATAU FAKTOR KERAKUSAN MANUSIA?

Kejadian Banjir kilat di Kuantan yang berlaku pada 24 Disember 2012

Kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa pada 29 Disember 2012.

Dipenghujung tahun 2012, kita dikejutkan dengan beberapa kejadian bencana alam di persekitaran kita. Beberapa kejadian seumpama ini terutamanya kejadian tanah runtuh dan banjir kilat telah berlaku di beberapa tempat di Negara ini. Apakah puncanya? Marilah kita renungkan firman Allah dalam Surah Al-Rum ayat 41 :

“Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut yang berpunca daripada perbuatan tangan-tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

(Surah Al-Rum:41).

Pelbagai punca dikenalpasti mengapa perkara ini terjadi. Ada pendapat mengatakan ianya berpunca daripada sifat semula jadi alam. Ada juga pihak yang mengaitkannya dengan dengan faktor kerakusan manusia. Banyak pendapat mengaitkannya dengan takdir ilahi. Namun, Allah S.W.T secara jelas mensabitkan punca kepada segala bencana yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri seperti yang telah dinyatakan di dalam ayat di atas.

Kita terpaksa menerimanya kerana secara jelas banyak aktiviti yang mencemarkan alam sekitar berlaku secara berleluasa. Walaupun telah ada undang-undang menghalangnya, sikap negatif manusia telus bermaharajalela demi mencari keuntungan peribadi.
Kesan dari bencana alam yang berlaku bukan sahaja terkesan kepada manusia. Kita turut menyaksikan makhluk-makhluk lain juga menerima akibatnya. Lihatlah berapa banyak haiwan yang terkorban. Berapa banyak tumbuhan yang musnah. Banyak kemudahan awam turut rosak.

Peristiwa seperti ini harus menginsafkan kita. Ianya mengajak kita kembali memahami dan menghayati peranan asal manusia di atas alam ini. Apa peranan kita sebagai individu atau organisasi? Renung dan fikir-fikirkan.

Disediakan Oleh :

Mohd Yusof Ruslan

Bahagian Perancangan Wilayah

No comment »