Archive for April, 2013

Amalan Bergotong Royong

Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah diprakltikan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong  dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Menyedari akan hakikat budaya tersebut makin dilupakan dari hari ke sehari, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menilhamkan Program My Beautiful Malaysia di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan 8 (National Blue Ocean Strategy 8). Program My Beautiful Malaysia melibatkan 1juta sukarelawan yang dijadikan satu pelantar dan titik permulaan untuk menyatu dan menggerakkan seluruh tenaga belia yang lebih prihatin dan ikhlas melalui aktiviti gotong-royong secara sukarela dalam usaha mengindahkan dan membersihkan kawasan yang tidak terpelihara seperti pusat pelancongan, kawasan perumahan, taman rekreasi dan sebagainya.

Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing.  Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.

Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .

No comment »

PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH REMBAU, 2025 (PENGGANTIAN)

Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Kajian RTD Rembau, 2025 (Penggantian) telah diadakan pada 8 Mac 2013 di Dewan Seri Rembau, Majlis Daerah Rembau. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Zaifulbahri Bin Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri. Seramai 250 orang telah hadir semasa majlis perasmian.

Daearah Rembau adalah merangkumi kawasan seluas 41,512.10 hektar. Ia terletak bersempadan dengan Daerah Tampin, Daerah Port Dickson, Daerah Kuala Pilah, Daerah Seremban dan Daerah Alor Gajah. Wawasan Daerah Rembau adalah Pembangunan berteraskan Institusi dan disokong oleh Pembangunan  Agro dan Eko Pelancongan Ke arah persekitaran Kualiti Kehidupan Mampan.

” Rembau Membangun,  Daerah Beradat,  Komuniti Sejahtera “

No comment »

Bemerken vanaf Enschede – Siri 3 : Basikal ohh Basikal..

Bukan menjadi suatu kebiasaan di Malaysia jika seorang pegawai atau pelajar IPT ke pejabat atau kolej dengan menaiki basikal. Apatah lagi seorang pensyarah atau profesor! Inilah panorama yang bukanlah menjadi suatu perkara yang  pelik kepada penduduk di sini. Basikal di Malaysia kebiasaannya sangat sinonim dengan pelajar sekolah. Itupun masih terhad kepada pelajar sekolah rendah.

Penduduk di sini menjadikan basikal sebagai kenderaan utama dalam apa jua aktiviti sama ada ke pejabat, kolej, pasar, beriadah, berhibur, membeli belah dan sebagainya. Terkejut pada mulanya melihat satu kawasan yang penuh dengan basikal di mana dianggarkan lebih daripada seribu buah basikal dalam satu-satu masa! Keadaan ini boleh dilihat di sekitar stesen keretapi.

Hasil dari pengamatan dan perbincangan tidak formal di sini, saya dapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi fenomena ini. Faktor paling ketara sudah tentu keadaan cuaca. Keadaan cuaca yang dingin menggalakkan penggunaan basikal di sini. Selain itu, kedapatan kemudahan lorong berbasikal yang sangat baik, tempat menyimpan/ meletak basikal yang teratur, lampu isyarat khas dan peraturan yang sangat ketat menggalakkan lagi penggunaan basikal di kalangan penduduk di sini. Hampir setiap jalan mempunyai lorong khas untuk berbasikal di mana ianya dipisahkan dengan lorong kenderaan bermotor dan lorong pejalan kaki. Apa yang lebih menarik adalah, setiap pengguna jalan raya perlu memberi keutamaan kepada penunggang basikal terutamanya di persimpangan dan ‘roundabout’. Malah pejalan kaki juga perlu memberi keutamaan kepada penunggang basikal!

Jadi mengapa tidak amalan berbasikal diaplikasi di Malaysia. Kita ketepikan soal cuaca. Sekurang-kurangnya dengan adanya kemudahan-kemudahan yang terbaik untuk penunggang basikal, ianya dapat mencetuskan fenomena ini. Selain dapat menjimatkan kos, kita dapat mewujudkan satu persekitaran yang bebas dari pencemaran serta mengurangkan kesesakan terutamanya di kawasan bandar kecil. tot ziens

Nota : Artikel pendek ini merupakan catatan pengalaman penulis bersama lapan pegawai JPBDSM semasa menjalani kursus jangka pendek di International Institute for Geo-Information Science and Earth Observation (ITC), Enschede, Netherland pada April hingga Mei 2005.

[Artikel ini pernah disiarkan di dalam majalah The Superb Post issue 18 Vol. 2 di dalam ruangan ‘Bemerken vanaf Enschede’ terbitan Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Projek Alor Setar, Jun 2005]

Comments (2) »

EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (EDP) DI CENTRAL OFFICIAL TRAINNING INSTITUTE (COTI), KOREA SELATAN

Baru-baru ini, saya (Abdullah Ab Rahman) daripada BPKSP telah terpilih mewakili KPKT untuk mengikuti Program Pembangunan Eksekutif (EDP) di Korea Selatan selama 2 minggu bermula 7-20hb April 2013. Kursus jangka pendek luar negara ini merupakan program tahunan yang ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkenaan negara matahari terbit iaitu Korea dalam pelbagai sudut terutamanya bidang perancangan bandar. Delagasi yang terpilih pada kumpulan ke-66 ini terdiri daripada pelbagai kementerian seperti Jab. Perdana Menteri, Jab. Perkhidmatan Awam, Kem. Dalam Negeri, Kem. Pem. Luar Bandar & Wilayah, Kem. Kesihatan, Kem. Kewangan, Kem. Pendidikan, Kem. Pemb. Industri, Kem. Pembangunan Sumber Manusia, Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Kelantan serta KPKT.

Peluang yang diperolehi digunakan sebaik-baiknya melalui beberapa siri kuliah, lawatan ke agensi kerajaan dan swasta, program homestay, lawatan ke kawasan perindustrian berteknologi tinggi, melakukan aktiviti riadah di pusat rekreasi seperti berbasikal, mendaki gunung dan berkeretapi serta banyak lagi.

Antara pendekatan bidang perancangan bandar yang diterapkan di Korea Selatan adalah seperti mengadakan banyak laluan pejalan kaki, mengadakan lampu isyarat pejalan kaki, menyediakan konsep bandar selamat seperti adanya CCTV, penghadang laluan pejalan kaki, menyediakan laluan untuk berbasikal, mengadakan cermin keselamatan dan banyak lagi. Ia juga telah dipraktikkan di Malaysia melalui program Bandar Selamat yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh kita kongsikan antara negara Korea sebagai negara maju dengan negara kita Malaysia. Rakan-rakan boleh melihat dengan lebih jelas melalui foto-foto yang sempat saya rakamkan sewaktu di sana…Kamsahamida…  😉

No comment »

Urban Planning Department of Taipei exploits Google Earth

For further information, click here.

No comment »