Archive for May, 2013

JOURNEY!!! TAPAK RAMSAR TASIK BERA

Siapa sangka pada 23 – 25 April 2013 yang lalu, lapisan pegawai  BPW  dapat menjejakkan kaki ke Tasik Bera, tasik semulajadi terbesar di  Malaysia. Di sekitar kawasan tasik didapati tidak ada pembangunan yang boleh mengganggugugat keadaan tasik daripada terancam. Kalau dipandangkan tasik ini seperti  tiada penghuni. Terlalu tenang dan penuh kehijauan. Bagaikan  terasa semacam pemandangan yang dilukis dalam lukisan sahaja.

Jarak perjalanan  dari Kuala Lumpur ke tapak Ramsar Tasik Bera mengambil masa 3 jam 30 minit. Ramsar merupakan senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap yang diadakan di Ramsar, Iran pada tahun 1971. Malaysia kini mempunyai enam tapak Ramsar dan Tasik Bera, Pahang merupakan  tapak Ramsar yang pertama di Malaysia.  Tujuan kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan dan kesedaran terhadap kepentingan  pemuliharan semulajadi (Tanah Lembap), serta spesis tumbuhan dan habitat yang terdapat di tapak Ramsar tersebut. Antara spesis yang banyak terdapat di tasik adalah pokok mengkuang yang menjadi  habitat haiwan seperti ikan kelisa, ikan patin, ikan baung, ikan kerai, kura-kura dan labi-labi.

Kursus yang  dijalankan selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai program yang sangat menarik antaranya merentas hutan, lawatan ke taman herba dan lawatan perkampungan  orang asli, menaiki bot menyusuri keindahan Tasik Bera.  Semasa aktiviti merentas hutan, lapisan pegawai didedahkan dengan  pelbagai  spesis hidupan dan tumbuh-tumbuhan antaranya pokok Tongkat Ali  yang  diketahui umum  berkhasiat untuk kesihatan serta pokok yang bernilai tinggi seperti  Geharu, Tembusu dan Keruing.  Selain itu, pokok Keruing juga  sangat unik kerana boleh menghasilkan minyaknya sendiri  dan  mempunyai khasiat  sebagai minyak sapu yang boleh menghilangkan miang rebung.

Tanpa disedari perjalanan ke kawasan perkampungan orang asli kaum Semelai  juga sebenarnya memberi pendedahan kepada lapisan pegawai tentang kehidupan dan aktiviti harian orang-orang asli  di mana hasil  kraf tangan kaum Semelai dianggap lebih unik berbanding hasil kerja tangan masyarakat orang asli lain di negara ini. Kursus seperti ini sangat berkesan didalam memberi pendedahan kepada lapisan pegawai terutama tentang kepentingan tanah lembap.


No comment »

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2/2013 BAHAGIAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI-PEGAWAI

Puan Nazriah binti Hj. Ahmad berkongsi ilmu dan petua tentang Menangani Kemarahan

Pada 12 April 2013 yang lalu, Bahagian Rancangan Fizikal Negara (BRFN) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Kedua bagi tahun 2013. Majlis ini dimulakan dengan bacaan Yasin, pengesahan Nota Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2013 dan Perutusan oleh Pengarah BRFN, Cik Rokibah binti Abd. Latif.

Seterusnya, majlis ini diteruskan dengan sesi renungan yang dibentangkan oleh Pn. Nazriah binti Hj. Ahmad yang bertajuk Menangani Kemarahan. Antara kandungan pembentangan yang disampaikan adalah seperti berikut :

  • Definisi marah
  • Perkara yang berlaku apabila sedang marah
  • Cara menangani kemarahan
  • Bagaimana perasaan marah timbul
  • Punca-punca kemarahan
  • Kesan marah
  • Meluahkan kemarahan
  • Menahan kemarahan
  • Menenangkan diri
  • Mencegah marah
  • Menangani kemarahan orang lain
  • Mencegah orang lain dari menjadi marah
  • Tempat yang boleh mendapat pertolongan

Setelah berakhir sesi renungan tersebut, acara diteruskan lagi dengan Majlis Perpisahan untuk En. Mohd Sukri bin Hj. Baharom yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), En. Mohd Yusri bin Mohd Yunus yang dinaikkan pangkat ke Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J29) ke Bahagian Perancangan Wilayah dan Cik Siti Nurul Artika binti Sayed Mohd. Adlan yang akan bertukar ke Pejabat Projek Zon Selatan.

Puan Pengarah menyampaikan cenderamata perpisahan kepada En. Mohd Sukri bin Baharom yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD

Penyampaian cenderamata perpisahan daripada Pengarah kepada Encik Yusri bin Mohd Yunos yang dinaikkan pangkat

En Mohd Sukri menyampaikan ucapan penghargaan dan perpisahan

Pesanan dan ucapan perpisahan turut disampaikan oleh En Yusri

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Majlis Sambutan Hari Lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan Mac dan April. Hadiah disampaikan oleh Pengarah BRFN, Cik Rokibah binti Abdul Latif.

Cenderamata sempena Majlis Perpisahan dan Sambutan Hari Lahir Kakitangan BRFN

Majlis memotong kek oleh kakitangan BRFN yang lahir pada bulan Mac dan April

Warga BRFN menjamu selera dengan hidangan yang disediakan

Semoga Majlis Perhimpunan Bulanan pada kali ini dapat mencapai matlamat bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara semua lapisan Pegawai di Bahagian Rancangan Fizikal Negara dan memupuk semangat bekerjasama secara berpasukan

Oleh : Cik Nur Fatihah binti Jusoh
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa

No comment »

‘COURTESY CALL’ KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pada 18 April 2013, Pasukan Kajian Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh – Bandar Warisan Bijih Timah telah menganjurkan satu program Kunjungan Hormat Ke Pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Tujuannya adalah memperkenalkan Perunding Utama kajian ini iaitu PEERS CONSULT bersama perunding-perunding sektoral kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh, Y. Bhg Dato’ Hj. Roshidi bin Hj. Hashim. Selain itu, pasukan kajian juga berharap mendapatkan aspirasi Y. Bhg. Datuk Bandar terhadap Bandar Ipoh.

Daripada kunjungan tersebut, pasukan kajian dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh merupakan pihak berkuasa tempatan yang sangat aktif. Sebanyak 4,450 permohonan bagi projek perumahan dan komersial telah diterima dan berjaya diproses. Antara projek yang akan datang adalah termasuk Ipoh SOHO, Sekolah Antarabangsa Tenby, Symphony Suites dan lain-lain.

Di Ipoh, pembinaan bangunan tinggi adalah dikawal oleh garis panduan Jabatan Penerbangan Malaysia. Oleh yang demikian, memang tidak banyak bangunan tinggi di sekitar Ipoh. Kini, bangunan yang tertinggi di Ipoh adalah Hotel Tower Regency (17 tingkat) dan Kinta Heights (20 tingkat).

MBI menerima peruntukan sebanyak RM6 juta daripada Kementerian Pelancongan untuk menaik taraf Pekan Lama Ipoh termasuk sekitar Pusat Penjaja Medan Kit, Medan Selera Datuk Sagor dan landskap Dataran Stesen Keretapi Ipoh. MBI juga pada masa yang sama sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaran seperti pencahayaan semula bagi bangunan-bangunan bersejarah di dalam Program Jejak Warisan.

Pasukan kajian juga dimaklumkan pusat konvensyen yang pertama di Perak dalam proses pembinaan. Tapaknya adalah di atas tanah seluas 3.32 ekar di kawasan Taman Bougainvillea yang terletak di antara Bangunan MBI dan Hotel Syuen.

Berkenaan dengan isu-isu pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan warisan di Pekan Ipoh, MBI memainkan peranan memastikan pembangunan yang seimbang di antara arus pembangunan dan pemuliharaan bangunan warisan. Ipoh merupakan kawasan yang memiliki bilangan rumah kedai dengan senibina unik yang paling tinggi di Malaysia. Pemilik-pemilik dibenarkan mengubahsuai atau membaik pulih premis masing-masing dengan syarat pengekalan nilai warisan sedia ada.


Pn. Lee Yoke San
Pejabat Projek Zon Tengah

No comment »

SUMBANGAN KECIL KE ARAH BUMI HIJAU

PERTAMA:
Kurangkan kesesakan lalulintas (kongsi kereta, berjalan kaki/berbasikal, guna pengangkutan awam)

KEDUA:
Kurangkan pemakaian beg plastik.

KETIGA:
Guna bekas makanan dan jangan pakai bekas polisterin.

KEEMPAT:
Pakaikan Lampin Kain untuk anak. Jangan guna lampin pakai buang. Ada banyak jenis lampin kain (moden) pelbagai corak/comel di pasaran.

KELIMA:
Guna kacang sabun (soapnuts). Semulajadi dan tidak ada bahan kimia seperti sabun komersil. Soapnuts boleh digunakan sebagai pencuci pakaian, pencuci pinggan mangkuk, cecair mandian semua peringkat umur dan juga syampu.

KEENAM:
Kitar semula.. dan ada banyak lagi sumbangan kecil yang sekiranya kita semua amalkan.. maka dengan izin Tuhan bumi kita akan kekal hijau.

No comment »

43rd Annual Conference of the Urban Affairs Association

43rd Annual Conference of the Urban Affairs Association was held in San Francisco California, United States of America on 3-6 April 2013. The annual event organised by Urban Affairs Association (UAA), Urban Studies Program University of Winconsin Milwaukee, United States of America. 3 papers from TCPD presented by Dr Dahlia Rosly, Puan Shamsaini Shamsuddin and Dr Azmizam Abdul Rashid.

First Paper
HAPPINESS INDEX TOWARDS SUSTAINABLE AND LIVEABLE CITIES IN MALAYSIA by Dr Dahlia Rosly

Second Paper
MALAYSIAN URBAN RURAL NATIONAL INDICATORS NETWORK ON SUSTAINABLE DEVELOPMENT (MURNInets) by Puan Shamsaini Shamsuddin


Third Paper
REVITALIZING URBAN DEVELOPMENT IN MALAYSIA THROUGH THE IMPLEMENTATION OF URBAN REGENERATION PROGRAMME by Dr Azmizam Abdul Rashid

No comment »