Archive for June, 2013

Taklimat JPBD kepada Menteri dan Tim. Menteri KPKT

Taklimat kepada YB. Dato’ Abdul Rahman Dahlan, Menteri KPKT dan YB. Datuk Halimah Mohd Sadique, Tim. Menteri KPKT selamat diadakan di Ibu Pejabat JPBD pada 4.6.2013. Turut hadir juga adalah YBhg. Datuk Arpah Abdul Razak, Ketua Setiausaha KPKT, En. Mursidi Hj. Sapie Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah dan pegawai-pegawai kanan JPBD. Taklimat dibentangkan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah. Banyak soalan ditanya oleh YB. Menteri KPKT jelas menunjukkan beliau berminat dalam bidang perancangan bandar dan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh JPBD. YB. Menteri KPKT berkata beliau akan sentiasa berkerjasama dan memberi sokongan kepada JPBD. Satu perkara yang dibangkitkan oleh YB. Menteri KPKT adalah agar usaha dapat diambil kelak supaya persembahan-presembahan slide yang telah dibuat selama ini dimuatnaik ke laman web Townplan bagi memudahkan orang awam mengeksesnya kerana perkongsian maklumat seperti ini amat dihargai.

No comment »

Pelaksanaan ‘Relational Database Management System’ (RDBMS)

Pada 21 hingga 23 Mei 2013, Pejabat Projek Zon Tengah(PPZT), Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia telah mengadakan mesyuarat bersama Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) berhubung dengan Perlaksanaan RDBMS (Relational Database Management System) dalam penyediaan data geospatial di Bayview Hotel, Langkawi. Seramai 23 orang telah hadir dalam mesyuarat tersebut dan beberapa pembentangan serta sesi perbincangan turut diadakan. Perbincangan banyak berkisar tentang isu pengurusan data dalam Jabatan khasnya perlaksanaan RDBMS.

Mesyuarat bersama Pejabat Projek Zon Utara ini ialah salah satu daripada siri hebahan bagi memperkenalkan RDBMS kepada semua Pejabat Projek. Perlaksanaan RDBMS ini merupakan rentetan daripada idea bagi pembaharuan dalam pengurusan data oleh mantan Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah, Tuan Haji Mohd Nasir bin Shaari. Tujuan utama RDBMS ini adalah untuk menghubungkaitkan antara data spatial dan juga data non-spatial, yang mana sebelum ini penggunaan lebih kepada flatfile.

“ ……. satu pembaharuan perlu dibuat terhadap data geospatial Rancangan Tempatan yang disediakan, penerapan RDBMS amat penting bagi menghasilkan data yang lebih komprehensif…..”, Tuan Haji Mohd Nasir bin Shaari.

Apa itu Pangkalan Data?

  • sekumpulan data atau maklumat yang mempunyai hubungan antara satu sama lain
  • disimpan sebagai satu sistem simpanan data yang tersusun bagi memudahkan proses capaian

Mengapa perlunya Pangkalan Data pula ialah:-

  1. Bagi  mengawal ulangan ;mengelakkan pembaziran ruang storan, tenaga dan kos serta mengurangkan percanggahan data yang sama.
  2. Membolehkan perkongsian data; membenarkan ramai pengguna mencapai maklumat yang dikehendaki dalam satu masa yang sama.
  3. Membolehkan kawalan penggunaan dilakukan; penggunaan pangkalan data kepada pengguna yang hanya diberi kebenaran sahaja.

Manakala ‘relational database’ pula merupakan satu program yang membolehkan kerja-kerja mencipta, mengemaskini dan mentadbir pangkalan data dalam beberapa table yang boleh dihubungkan antara satu sama lain dilakukan. Perlaksanaan RDBMS ini perlu kerana ia mampu:-

  1. Membolehkan maklumat dan data yang dikehendaki boleh dicapai dengan pantas dan tepat.
  2. Meningkatkan konsistensi, pengintegrasian dan perkongsian data.
  3. Memudahkan proses menyisih dan menyenaraikan data mengikut kriteria dengan pantas dan tepat.
  4. Memudahkan proses pengemaskinian data.

Oleh yang demikian diharap perlaksanaan RDBMS ini dapat diperluaskan pengunaapakaiannya di jabatan kita di masa akan datang.

Disediakan oleh : Unit Penyelarasan Maklumat Perancangan (UPMP), PPZT

No comment »