Archive for September, 2013

Publisiti Awal RKK Rantau Panjang

blog pulisiti awal

Publisiti Awal Rancangan Kawasan Khas (RKK) Rantau Panjang telah diadakan pada 4 September 2013 bersamaan 28 Syawal 1434H bertempat di Bazar Siti Fatimah, Rantau Panjang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Pasir Mas, Tn. Haji Adnan Bin Hussin dan turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Hajjah Puan Siti Zailah Bt Mohd Yusoff  dan Pengarah Pejabat Projek Zon Timur, Pn. Alimah Bt Mohd Suri. Seramai 95 orang telah hadir ke program tersebut yang terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan peniaga serta penduduk setempat. Taklimat program telah disampaikan oleh Pengurus Projek Unit Rancangan Pembangunan Kota Bharu, Tn. Haji Hassan Bin Yaakob.

Kajian RKK Rantau Panjang merangkumi kawasan seluas 234.0* hektar ini disediakan di bawah peruntukan Subseksyen 16B Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan Kaedah-Kaedah Rancangan Kawasan Khas Negeri Kelantan 2010. Amnya, Rantau Panjang adalah merupakan pintu keluar masuk utama ke negara Thailand melalui bandar Sg. Golok dan telah dizonkan sebagai bandar bebas cukai. Ia berada kira-kira 35km dari bandar Kota Bharu dan 14km dari Bandar Pasir Mas.

Menerusi program publisiti awal yang telah diadakan, pelbagai input dan isu-isu serta potensi pembangunan kawasan Rantau Panjang telah dikemukakan oleh peserta program termasuklah dari Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Hjh. Puan Siti Zailah Mohd Yusoff. Beliau memaklumkan beberapa elemen utama yang perlu diberi penekanan iaitu keperluan hotel dan penginapan yang lebih selesa bagi kemudahan pelancong, perancangan kawasan rekreasi dan riadah, projek tebatan banjir dan perancangan semula Bandar Rantau Panjang khususnya perletakkan lokasi kawasan perniagaan dan pejabat-pejabat kerajaan sedia ada.

Program tersebut diakhiri dengan sesi lawatan tapak pasukan kajian bersama pihak Majlis Daerah Pasir Mas dan Ahli Parlimen Rantau Panjang ke beberapa lokasi seperti stesen KTM Rantau Panjang (yang tidak lagi digunakan) dan juga sekitar kawasan kajian.
Read the rest of this entry »

No comment »

SUASANA HARI RAYA

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Bait-bait lagu Selamat Hari Raya nyanyian Puan Sri Saloma ini mengingatkan kita akan budaya kunjung mengunjung ke rumah saudara mara dan jiran tetangga dan bermaaf-maafan. Kemesraan dan harmoni dapat dirasakan ketika di hari raya melalui interaksi bersama tetamu yang hadir ke rumah kita atau kita sebagai tetamu yang bertandang. Senyuman dan ramah mesra di hari raya mampu mengeratkan sillaturahim dan ukhuwah sesama insan. Amalan ziarah atau kunjung mengunjung merupakan salah satu mampu mengukuh tali silaturrahim sesama kita.

Budaya kunjung mengunjung di hari raya masih lagi diteruskan sehingga kini namun ada sedikit perubahan suasana. Antisosial di hari raya. Ini dapat dilihat bagaimana kurangnya interaksi secara bersemuka ketika hari raya. Ramai di antara kita terutama remaja gemar berinteraksi bersama gajet seperti telefon bimbit, laptop dan sebagainya. Sebagai contohnya, selepas bersalam secara ringkas,  bersama-sama di meja makan, tangan tetap memegang handphone dan mata tertumpu di skrin handphone..tersenyum sendiri membaca status di twitter dan facebook berkenaan hari raya, tetapi tiada berbual antara satu sama lain. Masing-masing sibuk ‘sendiri’ dan lebih aktif berbicara atau berbual di alam maya walaupun di meja makan terhidang kuih raya.

Sikap sebegini mampu menjadikan remaja tidak menghiraukan ahli keluarga tanpa mengira waktu walaupun pada musim perayaan yang sepatutnya diluangkan bersama sanak saudara dan keluarga. Situasi ini membuatkan semangat beraya dan ikatan persaudaraan tidak dapat disemai semasa Aidilfitri.

Kecanggihan teknologi bukanlah salah satu alasan untuk tidak merapatkan ukhuwah sesama insan terutama di hari raya. Jangan dijadikan anti sosial di hari raya sebagai kebiasaan kerana kebiasaan akan menjadi tingkah laku. Hiasilah budaya kunjung mengunjung di hari raya dengan berinteraksi, beramah mesra dan ikhlas. Semoga kecanggihan teknologi tidak menjadikan kita masyarakat yang pasif dalam perbualan.

SALAM AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN

 
Norshaadah Sarifudin,
Unit Rancangan Pembangunan 4,
Pejabat Projek Zon Tengah.

No comment »

Roundtable Meeting on Gross National Happiness as an Alternative Framework to Development

Recently we had an opportunity to attended a Round Table Meeting organised by Centre for Public Policy Studies (CPPS) Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI). The meeting dedicated to discuss on Gross National Happiness as an Alternative Framework to Development was held at Sunway University, Bandar Sunway Subang Jaya on 26th of August 2013. The meeting was chaired by Tan Sri Ramon Navaratham, The Chairman of Centre for Public Policy Studies (CPPS) and Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI). The objectives of the meeting are to:-

  1. establish a process of consultation with the government agencies, UN and other relevant organisations on how to develop and strengthen indicators complementing to Gross Domestic Product (GDP);
  2. integrating the socio-economic and environmental dimensions in a balance manner to promote happiness;
  3. give an opportunity to the respective government agencies, UN, civil societies including NGOs and academia to raise substantive and procedural questions about the feasibility of adapting GNH in the Malaysian context. Furthermore, participants will be given the avenue to interact on their views and proposals for the implementation of GNH in Malaysia;
  4. develop a preliminary unified framework that brings GNH and GDP together in a common development framework for policy recommendation to the Economic Planning Unit, Prime Minister’s Office.

No comment »

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga JPBD Bersama YB Menteri Sempena Sambutan Hari Raya 2013

YB Menteri melompat kegembiraan bersama warga JPBD

Pegawai wanita JPBD bergambar bersama YB Dato’ Menteri dan YBhg. Dato Seri KSU

Majlis Perjumpaan Bulanan Warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Bersama YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah diadakan bersempena Sambutan Hari Raya 2013 di Perkarangan Letak Kereta JPBD pada 29 Ogos 2013.

Majlis ini di adakan bagi memberi peluang kepada warga JPBD bertemu mesra bagi mengeratkan silaturahim  sempena Aidilfitri. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Abdul Rahman Dahlan, Menteri KPKT yang begitu ramah melayan setiap lapisan pegawai yang hadir. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Mohd Fadzil bin Mohd Khir, Ketua Pengarah JPBD, Mantan Ketua Pengarah JPBD, Pengurusan Tertinggi JPBD dan semua warga JPBD.

Pada majlis tersebut telah dilancarkan Tabung Kasih Ummah Syria (i4s) untuk membantu umat Islam di Syria yang sedang berdepan dengan konflik dan peperangan. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian  dan pemberian sumbangan duit raya buat anak-anak yatim.

1Malaysia

YBhg. Datuk Ketua Pengarah JPBD beramah mesra dengan warga JPBD

No comment »

RUMAH ANAK-ANAK YATIM AL-SAGAFF & TAHFIZ AL-QURAN, TAMAN WILAYAH SELAYA

Pada 24 Julai 2013 bersamaan 15 Ramadhan 1434H, Bahagian Perancangan Wilayah melalui KMT bahagian telah berkunjung ke Rumah anak-anak yatim al-sagaff & tahfiz Al-quran, Selayang. Seramai 10 orang wakil dari bahagian ini telah mewakili sumbangan ikhlas berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian daripada KMT bahagian. Di antara aktiviti lain adalah beramah mesra dengan penghuni rumah anak yatim tersebut dan mendengar bacaan ayat suci al-quran yang disampaikan oleh dua orang tahfiz penghuni rumah anak yatim tersebut.

Latar Belakang

Tahun ditubuhkan             :           2006

Pengetua                             :           Ustaz Arif

Jumlah Anak Yatim           :           55 Orang (Semua Lelaki)

Lingkungan Umur             :           7 -15 Tahun

Anggaran Perbelanjaan    :           RM 8000 – RM 10000 /Bulan

Jumlah pekerja                  :           5 orang termasuk pengetua (sepenuh masa)

Alamat                                :           Rumah anak-anak yatim al-sagaff & tahfiz Al-quran, No. 1&3, Jalan 16/2A, Taman Wilayah Selayang.

Sumber Kewangan           :           Penduduk sekitar dan bantuan dari dermawan Lain

No. telefon                         :           016 617 1484


No comment »