Archive for October, 2013

CARA AKU BERFIKIR

positive negative thinking

Aku seorang yang POSITIF apabila…

  • Sentiasa meningkatkan iman dan menjaga hubungan baik dengan Allah.
  • Sentiasa bersemangat dan kreatif dalam tugasan dan kehidupan peribadi.
  • Hati kecilku sering berkata : “Kehidupan adalah hak setiap manuasia. Kita perlu hidup dalam damai, kebahagiaan, kasih sayang dan saling menghormati.
  • Fokus pada penyelesaian apabila menghadapi sesuatu ujian dan masalah, lalu bertanggungjawab berusaha mencari jalan penyelesaian”.
  • Suka memberi.
  • “Aura” positifku meresapi orang di sekelilingku sehingga mereka juga bersikap positif sepertiku.

Aku seorang yang NEGATIF apabila…

  • Lebih mendengar kata nafsu dan bisikan syaitan daripada mendengar kata hati dan bisikan iman.
  • Selalu malas, lemah semangat dalam kerja dan kehidupan.
  • Sering menderita dan bersangka buruk terhadap orang disekeliling.
  • Hati kecilku sering berkata : “Kehidupan adalah satu kezaliman dan penderitaan. Ia penuh dengan dendam dan permusuhan”.
  • Fokus pada masalah dan merungut serta mencari-cari dan meletakkan salah pada yang lain.
  • Suka meminta dan sukar memberi.
  • “Angin” negatifku telah menjadikan orang lain benci kepadaku bahkan mereka juga berfikiran negatif sepertiku.

No comment »

Program Kayuhan Sejahtera Sempena Sambutan Hari Perancangan Sedunia (HPBS) 2013

CM110401

Program Kayuhan Sejahtera telah diadakan pada 26 Oktober 2013 sejauh 6 kilometer di Taman Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya.

Sempena dengan kayuhan tersebut Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato’ Seri Arpah binti Abdul Razak berbesar hati untuk merasmikan dan seterusnya bersama-sama menjayakan aktiviti Kayuhan Sejahtera. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, YBhg. Datuk Mohd. Fadzil bin Hj. Mohd. Khir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HPBS 2013, YBrs. Dr. Dahlia Rosly, pengarah-pengarah bahagian, lapisan pegawai JPBD dan orang awam. Program ini telah dianjurkan bersama oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Perancang Bandar Malaysia (KESPERB) dan Perbadanan Putrajaya.

CM110092

CM110098

Aktiviti ini adalah sebahagian daripada acara yang diadakan sempena Sambutan HPBS 2013 yang bertujuan mengalakkan penggunaan basikal bagi menyokong amalan hijau yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar, meningkatkan kesihatan awam, membantu mengurangkan pengeluaran karbon, mengurangkan peningkatan suhu bandar, mewujudkan kualiti persekitaran hidup dan komuniti yang berdayahuni serta mampan.
CM110122

CM110127

CM110146

CM110157

CM110281

CM110425

No comment »

Laman Web Bandat Padat JPBD

snapshot1

Laman Web Bandar Padat JPBD kini boleh dicapai melalui Wide Area Network (WAN) TOWNPLAN di http://10.0.124.66/bpadat_kjg/landing.html#about. Ini bermakna ianya tidak boleh dicapai dari rumah seseorang. Sejak kajian ini siap pada hujung tahun 2012, BMGN telah memantapkan lagi laman web tersebut dan latihan untuk Pentadbir Sistem (Administrator) serta calon-calon pengguna dari Bahagian-bahagian tertentu serta Pejabat Projek akan dijemput menghadiri kursus bagi penggunapakaian sistem ini pada 31.10.2013-1.11.2013 di Makmal Komputer Ibu Pejabat JPBD.

Kelebihan sistem ini adalah pemberat bagi parameter-parameter untuk mengenalpasti kawasan yang sesuai dipilih sebagai “Kawasan Bandar Padat” adalah dinamik atau user-defined. Ini bermakna ianya boleh diubah jika pengguna melalui Pentadbir Sistem dari Bahagian atau Pejabat Projek tidak berpuashati dengan pemberat yang ditetapkan dalam sistem, selanjutnya boleh menghasilkan output atau alternatif mengikut keperluan masing-masing, dengan ini boleh melihat kesan baik atau buruknya apabila sesuatu pemberat diubah.

Pemakaian Garispanduan Bandar Padat Berdaya Huni sewajarnya disyarat selepas sesuatu kawasan telah dipilih untuk berfungsi sebagai “Kawasan Bandar Padat” bagi sesuatu kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh itu, adalah terpulang kepada kreativiti dan inovasi pengguna untuk menentukan sama ada sesuatu parameter elok diberi keutamaan dalam mengenalpasti sesuatu Kawasan Bandar Padat.

snapshot2

snapshot3

snapshot4

No comment »

Publisiti Awal Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands (Penggantian) 2014-2020

DSC_0442

Publisiti Awal Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Cameron Highlands (Penggantian) telah diadakan pada 10 September 2013 bersamaan 4 Zulkaedah 1434H bertempat di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Wan Rosdy Bin Wan Ismail, SIMP., DSAP., DIMP., SMP., AMP. merangkap Pengerusi EXCO Perumahan & Perbandaran Negeri Pahang dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, YB Dato’ Hj. Ahmad Bin Daud dan Pengarah Pejabat Projek Zon Timur, Pn. Alimah Bt Mohd Suri. Seramai 150 orang telah hadir ke program tersebut yang terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan peniaga serta penduduk setempat. Taklimat program telah disampaikan oleh wakil Pengurus Projek Unit Rancangan Pembangunan Kuantan, Rozdiana Bt. Mohd Rosmi.

DSC_0443

Kajian RTD Cameron Highlands (Penggantian) ini merangkumi kawasan seluas 71,227 hektar dan mempunyai tiga (3) mukim utama iaitu Mukim Tana Rata (2,072 hektar), Ringlet (5,165 hektar) dan Hulu Telom (63,990 hektar). Kajian ini disediakan di bawah peruntukan Seksyen 12A iaitu keperluan Publisiti dalam penyediaan RTD dan Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) iaitu Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) membuat cadangan untuk Penggantian suatu Rancangan Tempatan. Daerah Cameron Highlands adalah merupakan laluan pintu keluar masuk ke daerah-daerah bersempadan melalui jalan-jalan utama seperti Tapah – Cameron Highlands dan Simpang Pulai –Cameron Highlands (Perak) , Gua Musang – Cameron Highlands (Kelantan) , Kuala Lipis- Cameron Highlands dan Raub(Pos Betau)-Cameron Highlands (Pahang).

Read the rest of this entry »

No comment »

Lawatan Ke Bandaraya Johor Bahru

No comment »