Archive for November, 2013

Bemerken vanaf Enschede – Siri 6 : Centrum Enschede…

foto 14

foto 15

foto 16

Enschede merupakan sebuah bandar kecil terletak bersempadan dengan Negara Jerman (Bandar Gronau). Apa yang menarik adalah pusat bandarnya atau dipanggil Centrum. Suasana di centrum sangat tenang tanpa konflik lalu lintas di mana semua kenderaan diletakkan di kawasan ‘basement parking’. Biasanya di Malaysia, ‘basement parking’ hanya terdapat di bawah kompleks membeli-belah. Tetapi di Enschede, ‘basement parking’ terletak di bawah bandar! Ini sekaligus dapat mewujudkan keselesaan dan keselamatan pada tahap yang optimum. Ia ditambah pula dengan penggunaan basikal secara meluas oleh penduduk bandar.

Jika anda lihat foto disertakan, anda dapat lihat laluan masuk ke ‘basement parking’ dari jalan utama. Manakala foto berikutnya pula adalah keadaan kedai-kedai yang terdapat di Centrum. Selain cantik dan menarik, ianya terasa agak ekslusif. Tetapi itulah ‘standard’ kedai-kedai di sini. Keadaan dan keluasan bandar yang agak kecil mungkin memudahkan pengurusan bandar di sini.

Kita boleh mengadaptasi amalan perancangan yang ada di sana. Mungkin kita boleh mulakan terhadap bandar-bandar baru di negara kita. Ianya boleh dijadikan model dalam mewujudkan suasana tenang di kawasan bandar. Selain penyediaan ‘basement parking’, laluan basikal dan medan pejalan kaki yang luas, perletakan dan susun atur kedai-kedai yang bersesuaian juga dapat mengurangkan masalah cuaca di sini. tot ziens

Catatan : Kimi Hussain

Nota : Artikel pendek ini merupakan catatan pengalaman penulis bersama lapan pegawai JPBDSM semasa menjalani kursus jangka pendek di International Institute for Geo-Information Science and Earth Observation (ITC), Enschede, Netherland pada April hingga Mei 2005.

[Artikel ini pernah disiarkan di dalam majalah The Superb Post issue 20 Vol. 3 di dalam ruangan ‘Bemerken vanaf Enschede’ terbitan Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Projek Alor Setar, Januari 2006]

No comment »

Muharram

muharram

Pada tahun ini, kita sebagai umat Islam menyambut Tahun Baru Hijriah 1435 atau disebut sambutan Awal Muharram 1435H pada 5 November 2013 (Selasa) mengikut Sistem Kalendar Tahun Masihi. Walau bagaimanapun, tidak terlambat sekiranya kita kongsikan sedikit info berkenaan bulan Muharram, bulan pertama dalam SiStem Kalendar Islam (Hijriah).

KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

AMALAN SUNAT PADA BULAN MUHARRAM

  1.  Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  2. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  3. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  4. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  5. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM).

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah swt”.
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

No comment »

Rail System Complementing the National Transportation Network

Rail System Complementing the National Transportation Network

A phrase ‘from Taiping with love’; traces down the memory lane of the city named as Taiping. The city of serenity and tranquility was also well-known for its’ tin mining industry and rail transport. Tin is a great industry for Malaya beginning of the 19th century. Through the years of British administration, rail or rail transport has been introduce to expedite the transportation of tin mining products to the coastal parts of Malaya.

04_railway_station_1910

In 1885, the first railway line from Taiping to Port Weld was officiated by the second Resident of Perak, Sir Hugh Low. By 1941, every states excluding Terengganu were connected by the rail system.

Malaya’s independence in 1957 was a major turning point for the development of the country. Thanks to the wisdom of local leaders that led to free the country from the British colonization. The establishment of a self-ruling government has able the country to be managed efficiently and wisely, which made Malaya or now known as Malaysia as a lucky and blessed nation.

Trolleybus-36-at-Railway-Jetty-640x340Before that, did you know that some time ago City of George Town, Penang used to have a tram system? In 1890, there were eleven seed steam-powered tram runs between Jalan Air Terjun to Jalan Ayer Itam, George Town. However, when the companies run losses due to the global recession, this tram system has been phased out by 1922.

Train from KLIA with logo

KL37ice

Today, the rail system has evolved rapidly. The train is not the only modes of rail transport in Malaysia. The system has grown to the commuter rail, light rail transit (LRT), monorail and electrical double track train. For the next three years further development through the Mass Rapid Transit Transport system (MRT), an initiative under the flagship of Greater Kuala Lumpur / Klang Valley National Key Result Area (NKEA) to achieve objective in improving the public transportation system. By having this MRT, SPAD has estimated that by 2020, 50% of the city dwellers will travel using public transport as compared to only 17% at present.

 RFN2 Map

National Physical Plan (NPP) strategically illustrates the physical development of the country including integrated national transportation network planning. The 29 NPP policy clearly states “A high-speed rail (

HSR) system must be created in order to complement the existing rail network.” In depth, the preparation of the National Railway Master Plan is important to integrate HSR network and electrical double track train, which both congregate passenger and cargo movement.

The next step is to identify the priority route for HSR systems such as the Kuala Lumpur-Singapore route. A feasibility study Phase 1B HSR system is currently undertaken by the Land Public Transport Commission (SPAD). As being reported through the mainstream media in February 22, 2013. According to an international report which quoted from Utusan Malaysia, HSR service between Kuala Lumpur and Singapore is part of the construction of high-speed rail link between Singapore and Kunming, China, crossing several ASEAN countries, including Malaysia.

Economic impact of the HSR project is very significant to the country. According to the Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU), estimated Gross National Income (GNI) per capita will increase by RM6, 223.8 and a total 28,700 jobs could be provided by 2020 as a result of this project.

In next five years, the government should get down to the brass tacks to complete the integrated rail transportation system in the country. Until that day, we hope to fly high same as Japan that has a famous bullet train called as ‘The Shinkansen’, the TGV in France and ICE in Germany.

MOHD SYAMSUL ARIEF BIN MAHBUD
BAHAGIAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA,
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
SEMENANJUNG MALAYSIA.

No comment »

Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013

Urban Growth

Hari Perancangan Bandar Sedunia diraikan pada 8 November setiap tahun di seluruh dunia. Sambutan yang diasaskan oleh Professor Carlos Maria della Paolera dari Argentina pada tahun 1949 ini disambut di hampir 30 buah negara seluruh dunia.

Pada tahun ini, Sambutan HPBS di Malaysia telah ditetapkan pada 12 November 2013 bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dengan tema “Ke Arah Bandar Sejantera Masa Depan” ataupun “Towards Sustainable Future Cities”. Majlis sambutan ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Sambutan HPBS pada tahun ini juga turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Persidangan Antarabangsa, Penghargaan kepada PBT di atas pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau, Anugerah MURNINets, Pameran dan juga aktiviti Kayuhan Sejahtera bertempat di Putrajaya.

“Bersama Memeriahkan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013”
“Ke Arah Bandar Sejahtera Masa Depan”

 

*** Untuk maklumat lanjut sila layari laman web JPBDSM http://www.townplan.gov.my  atau terus ke link http://www.townplan.gov.my/download/Banner%20Page/ATURCARA%20latest_Final.pdf untuk maklumat terperinci tentang program HPBS.

No comment »

Mesyuarat Rancangan Strategik Jabatan Pejabat Projek Zon Timur (PPZR) 2013

RSJ BLOG 2

Mesyuarat Rancangan Strategik Jabatan Pejabat Projek Zon Timur (PPZR) 2013 telah diadakan pada 7 hingga 9 Oktober 2013 bertempat di Tanjong Demong Beach Resort, Besut, Terengganu. Program tersebut telah telah dirasmikan oleh Pengarah PPZR iaitu Pn. Alimah Bt Mohd Suri dan turut dihadiri oleh 51 orang kakitangan terdiri pelbagai lapisan pegawai PPZR.

Dalam program tersebut, Pengarah PPZR telah menyampaikan amanat dan taklimat berkaitan halatuju dan perancangan strategik PPZR pada masa hadapan agar seiring dengan visi dan misi JPBD Semenanjung Malaysia. Selain itu, taklimat turut disampaikan oleh Tn. Haji Hassan Bin Yaakob yang bertajuk “Kesedaran Pencetus Strategik Perkasa Diri” iaitu membincangkan mengenai tujuan atau matlamat utama hidup adalah untuk beribadat kepada Allah S.W.T dan sehubungan itu, segala kerja dan tugasan yang dibuat adalah berlandaskan kepada keimanan kepada Allah.

Program 3 hari 2 malam ini julung-julung kali diadakan bagi memperjelaskan hala tuju PPZR dan pada yang sama ianya menjadi platform dan forum bagi perbincangan semua lapisan kakitangan untuk mengutarakan pandangan dan buah fikiran bagi meningkatkan lagi prestasi jabatan. Ia telah disi dengan pelbagai modul program yang memfokuskan kepada pembangunan dan pembentukan sahsiah dan jati diri serta organisasi berintegriti kepada kakitangan PPZR.

Menerusi aktiviti perbincangan kumpulan, pelbagai input dan isu-isu semasa telah dikemuka dan dibincangkan bersama seperti isu hubungan dalaman & kerjasama antara kakitangan, displin dan beberapa isu lain. Hasil dari perbincangan tersebut telah dibentangkan oleh wakil kumpulan dan ianya mendapat maklumbalas positif dari semua peserta melalui kerjasama dan penglibatan peserta dalam perbincangan. Program tersebut diakhiri dengan resolusi bagi setiap kumpulan dan akan dijadikan sebagai input kepada penyediaan laporan Rancangan Strategik Jabatan PPZR.

RSJ BLOG

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah PPZR dan beliau menekankan kepentingan aspek kerjasama, semangat berpasukan, silaturahim dan keharmonian dalam menjalankan tugas-tugas di PPZR antara semua kakitangan PPZR. Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa setiap kakitangan perlu bekerjasama dan melakukan tugasan secara berkumpulan supaya output dan produk yang dihasilkan adalah lebih berkualiti dan pantas serta mencapai matlamat.

Semoga PPZR terus berjaya dan cemerlang pada masa hadapan.

 Disediakan Oleh :

 Unit Rancangan Pembangunan Kota Bharu, PPZR

No comment »