Archive for December, 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2014 DARIPADA BAHAGIAN PERANCANGAN WILAYAH

SELAMAT TINGGAL 2013, SELAMAT DATANG 2014

2013

JIWA akan sepi tanpa TEMAN.

HATI akan mati tanpa IMAN.

HARI ini adalah KENYATAAN,

SEMALAM adalah KENANGAN,

ESOK adalah IMPIAN.

Sucikan HATI, Jernihkan FIKIRAN.

Selamat Menyambut Tahun Baru Kepada Seluruh Warga Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia Daripada Kami Warga Bahagian Perancangan Wilayah (BPW).

IMG_5961

No comment »

Program Sebaran ‘Functional’ Pegawai Perancang Bandar dan Desa di PBT dan Negeri Sem. Malaysia

blog_30 sept 2013Pada 9-11 September 2013 yang lalu, satu Program Sebaran ‘Functional’ Pegawai Perancang Bandar dan Desa di PBT dan Negeri Sem. Malaysia Siri 1/2013 telah dijalankan oleh Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Program yang dihadiri oleh lebih 30 orang peserta dari bidang Perancang bandar ini bertujuan untuk memberi pemahaman mengenai kebenaran merancang, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas serta Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Antara isu-isu yang diketengahkan adalah pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan, meningkatkan integriti RT dan RKK dan banyak lagi. Semoga dengan program sebaran ini dapat meningkatkan pengetahuan dan potensi diri peserta yang hadir ke bengkel ini.

No comment »

Berakhir tahun 2013…Azam terlaksana atau azam baru tahun 2014?

Salam 1 Malaysia…dan Selamat tahun baru 2014 Masihi

Capture

 

Tahun 2013 Masihi tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kepada penganut Islam Alhamdulillah kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan untuk menempuh tahun 2014 yang bakal muncul tidak lama lagi. Azam? Target? Pencapaian? Sasaran? semuanya pasti menjadi pegangan kita sebagai manusia yang berfikiran waras dalam memenuhi kehendak dan keinginan nafsu kita. TETAPI adakah semuanya tercapai?

Dalam pelbagai maksud ‘Azam’ adalah lebih kepada erti ‘bertujuan’/’bermaksud’/’berniat’/’cita-cita’/’berhasrat’/ dan mungkin banyak lagi pemahaman erti azam. Perkataan azam ini berkemungkinan besar memberi makna tercapai dengan apa yang dihasratkan atau mungkin tidak tercapai dengan apa yang dihasratkan.

Dalam konteks azam, pelbagai azam yang ingin kita penuhi. Ada yang berazam untuk berkahwin, ada yang berazam untuk mendapat anak, ada yang berazam untuk membeli rumah dan bermacam lagi azam kita. Bagi seorang penjawat awam pula azam tiap-tiap tahun kita semestinya adalah ingin mendapatkan keputusan SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) yang cemerlang dan terbaik. Dengan tugas-tugas yang telah diamanahkan dan dapat diselesaikan dengan output berkualiti, menepati tempoh piagam pelanggan dan sebagainya semestinya salah satu AZAM kita telah tercapai.

Kepada rakan-rakan dalam JPBDSM, adakah azam tahun 2013 anda semua tercapai? atau menanti disambung ke Tahun 2014 Masihi yang bakal muncul beberapa hari lagi? Ingat, azam ini nampak remeh tetapi TANPA AZAM mungkin hidup kita dibuai alunan ombak yang tiada penghujungnya…

“cita-cita perlu bagi manusia yang hidup. Manusia yang tidak bercita-cita bukanlah sebenarnya dia hidup, tetapi itu adalah kematian kerana manusia yang tidak bercita-cita, sudah mati batinnya dan kematian batin adalah sama dengan hidup dalam kubur”-Abu Hanifah ra

“setiap kehidupan mempunyai celah yang kosong. Celah itu perlu diisi dengan cita-cita. Sekiranya tidak, ia tetap kosong dan tidak mempunyai faedah buat selama-lamanya”-Julia W.Howe

Abdullah Ab Rahman

BPKSP 2013

No comment »

Majlis Perasmian Publisiti & Penyertaan Awam Draf RKK Pengkalan Kubor

 

RKKPK 6

Majlis perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pengkalan Kubor  telah diadakan pada 03 Disember 2013 bersamaan 29 Muharam 1435H bertempat di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujoh, Tumpat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Abdul Fattah Bin Mahmood merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tumpat iaitu Tn. Haji Mohd Sobri bin Haji Ramli dan Pengarah Pejabat Projek Zon Timur, Tn. Haji Anaspekri Bin Haji Mahiddin. Seramai 200 orang tetamu telah hadir ke majlis perasmian tersebut yang terdiri daripada wakil agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan peniaga, persatuan penduduk serta penduduk setempat.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat kitab suci Al-Quran yang disampaikan oleh qari jemputan dan disusuli dengan ucapan aluan oleh YDP Majlis Daerah Tumpat serta Pengarah Pejabat Projek Zon Timur dan seterusnya ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Abdul Fattah Bin Mahmood.

RKKPK 4

Dalam ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Abdul Fattah Bin Mahmood, beliau telah memberikan penekanan kepada kepentingan hebahan dan kesedaran program penyertaan awam dalam kajian RKK di kalangan masyarakat awam khususnya penduduk setempat. Beliau turut menyarankan kaedah dan medium hebahan serta publisiti yang dijalankan oleh agensi yang terlibat perlu dijalankan secara lebih menyeluruh dan proaktif bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dibuat dapat diterima oleh golongan masyarakat dan secara tidak langsung akan menggalakkan masyarakat awam untuk terlibat secara aktif dalam mengutarakan sebarang pandangan, bantahan ataupun cadangan terhadap kajian RKK ini.

RKKPK 3

Majlis perasmian disempurnakan dengan gimik penyerahan laporan draf RKK Pengkalan Kubor oleh YB Dato’ Haji Abdul Fattah Bin Mahmood kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa dan seterusnya sesi lawatan ke ruang pameran yang telah disediakan.

 

“Gerbang Negara, Indah Sejahtera” 

RKKPK 1

RKKPK 2

RKKPK 8

 

No comment »

Kajian Profil Bandar Kedua (KPB2)

KPB22222

Kajian Profil Bandar (KPB) disediakan susulan dari DPN2, Langkah III iaitu bagi “Mewujudkan Sistem Maklumat Bandar Melalui Kajian Profil Bandar”. Kajian ini melibatkan dua (2) fasa iaitu KPB Fasa 1 pada tahun 2009 yang melibatkan 150 buah bandar manakala KPB2 yang telah tamat pada 13 November 2013 ini akan memprofilkan 99 buah bandar lagi. Kajian ini merupakan satu Laporan Bertulis yang disokong dengan Rajah, Foto dan Pelan Guna Tanah bagi  249 buah bandar di Semenanjung Malaysia yang mengandungi:

1)    Maklumat Profil dan Latar Belakang Bandar;

2)    Data Penduduk;

3)    Titik Pusat Perbandaran dan Sempadan Bandar;

4)   Senarai Kemudahan, Kediaman, Aktiviti Ekonomi, Pelancongan, KSAS, Institusi dan Kemudahan Masyarakat; dan

5) Analisis Pencapaian Hierarki Bandar Beserta Cadangan Penambahbaikan.

Kajian ini meliputi sebelas (11) buah negeri di Semenanjung Malaysia yang telah disenaraikan di dalam Laporan Dasar Perbandaran Negara (DPN) pada tahun 2006. Terdapat tujuh (7) hierarki bandar dan 249 buah bandar di Semenanjung Malaysia yang diprofilkan menurut DPN iaitu:

1)    Konurbasi Pertumbuhan Negara (merangkumi 44 buah bandar yang meliputi keseluruhan Konurbasi Kuala Lumpur);

2)    Konurbasi Pertumbuhan Wilayah (merangkumi 39 buah bandar yang terletak di bawah Konurbasi Georgetown, Konurbasi Johor Bahru dan Konurbasi Kuantan);

3)    Konurbasi Pertumbuhan Separa Wilayah (merangkumi 6 buah bandar yang merangkumi Konurbasi Ipoh dan Konurbasi Melaka);

4)    Konurbasi Pertumbuhan Negeri (merangkumi 9 buah bandar dalam Konurbasi Kuala Terengganu, Konurbasi Kota Bharu, Konurbasi Alor Setar dan Konurbasi Kangar);

5)  Konorbasi Pertumbuhan Daerah (merangkumi 8 buah bandar dalam Konurbasi Muar-Batu Pahat-Kluang, Konurbasi Lumut-Sitiawan-Manjung dan Konurbasi Temerloh);

6)   Pusat Petempatan Utama (merangkumi 41 buah bandar di Semenanjung Malaysia ); dan

7)   Pusat Petempatan Kecil (merangkumi 102 buah bandar di Semenanjung Malaysia);

Walaupun senarai bandar yang dikenalpasti di dalam DPN hanyalah 241 buah sahaja. Namun disebabkan ulasan PBT/PBN untuk menambah dan menggantikan senarai bandar semasa Kajian Profil Bandar Ke-2 dijalankan, maka bilangan bandar telah bertambah kepada 249.

Dasar Perbandaran Negara (DPN) Tahun 2006 telah mendefinisikan Bandar sebagai kawasan yang Diwartakan dan Tepu Bina yang bersempadanan dengannya serta gabungannya yang Terletak Dalam Had Sempadan Bandar dan mengandungi perkara-perkara berikut:

1)    Kawasan Petempatan dan Kawasan Komited Yang Telah Diluluskan;

2)    Penduduk Minima 10,000 Orang;

3)    Sekurang-kurangnya 60 Peratus Penduduk Bekerja (Berumur 15 Tahun dan Ke Atas) Yang Terlibat Dengan Aktiviti Bukan Pertanian;

4)    Densiti Kasar Minima Penduduk Adalah 50-60 Orang Per Hektar; dan

5)   Kemudahan-kemudahan Perbandaran Disediakan.

Berdasarkan KPB, bandar yang mempunyai paling ramai penduduk ialah Kuala Lumpur dengan jumlah 1.3 juta orang manakala bandar paling sedikit penduduknya ialah Bandar Lumut 511 orang.

Secara keseluruhannya Kajian Profil Bandar ini akan memprofilkan 249 buah bandar di Semenanjung Malaysia dalam bentuk Laporan Bertulis mengikut negeri dan juga dalam bentuk Sistem Web-Based (Sistem Maklumat Profil Bandar ataupun secara ringkasnya SMPB).

Sempadan Bandar

Disediakan Oleh:

Zulkifli bin Marzuki, Unit Dasar Perbandaran Negara, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, JPBD Semenanjung Malaysia

No comment »