Archive for January, 2014

TIP HILANGKAN PANAS BARAN CARA PSIKOLOGI

angry

  • Berfikir secara positif dan tenang

Belajar meluahkan kemarahan secara positif dan terhormat kerana ia boleh menukar tekanan menjadi kekuatan.

 

  • Elakkan daripada memekik atau bertindak agresif

Luahkan perasaan dan masalah yang dihadapi dalam keadaan, masa dan tempat yang sesuai.

 

  • Tarik nafas panjang dan dalam-dalam

Memperbanyakkan membaca buku agama dan motovasi.

 

  • Kenali diri

Kenali diri sendiri dan ketahui faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran. Cuba kawal diri setiap kali faktor tersebut datang.

 

  • Bezakan perkara dalam kawalan diri atau sebaliknya

Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan, maka marah tidak akan mengubah apa-apa. Sebaliknya ia sekadar membawa penat dan meningkatkan lagi rasa tertekan.

 

  • Dapatkan nasihat dan bimbingan

Jika sikap panas baran masih sukar dikawal, temui ustaz, ulama, guru, kaunselor atau pakar psikiatri.

 

Sumber : Solusi

No comment »

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2014

Chinese-New-Year-2014-Horse-1

 

Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2014 kepada semua warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia khususnya dan semua warga Malaysia yang akan disambut pada 31 Januari 2014. Semoga sambutan tahun ini akan membawa kebahagiaan dan kemakmuran kepada semua dan diharap perancangan pada cuti perayaan ini akan lebih bermakna.

 

SHWP2014

 

Di kesempatan ini juga Bahagian Perancangan Wilayah JPBDSM juga ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2014 kepada semua warga JPBDSM serta seluruh warga wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bakal disambut pada 1 Februari 2014. Dengan tema ‘Wilayah Persekutuan Ceria’ bagi tahun 2014 diharap dapat mewujudkan warga kota yang harmoni, prihatin, sejahtera dan maju.

 

Ikhlas dari Bahagian Perancangan Wilayah, JPBDSM

No comment »

Bemerken vanaf Enschede – Siri 7 : Bersih dan Indah…

foto 17

foto 18

Mengapa begitu sukar untuk melihat keindahan dan kebersihan bandar-bandar di Malaysia? Bandar mesti digambarkan dengan kekotoran dan kesesakan. Ianya amat tidak sesuai untuk beriadah. Bukan tidak ada, tapi mungkin jika tempat itu tempat baru atau eksklusif seperti di Putrajaya dan Bukit Bintang. Ataupun setelah tempat-tempat itu dibersihkan oleh pekerja-pekerja bandaran!

Keadaan ini sukar untuk kita lihat di bumi belanda atau jika tidak keterlaluan di Eropah. Semuanya indah-indah saja. Tidak ada sampah di kiri kanan jalan. Tidak ada semak samun atau lalang di ruang-ruang kosong atau celah-celah bangunan mahupun di sepanjang jalan. Semuanya dijaga dengan rapi.

Mungkinkah pekerja-pekerja bandaran di sana rajin-rajin belaka? Ataupun cuaca sejuk membuatkan orang rajin menjaga kebersihan dan tidak bernafsu membuang sampah sesuka hati? Persoalan inilah yang sering bermain di fikiran saya tatkala melihat sampah-sampah berselerak di mana-mana saja di kawasan kita.

Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama. Ianya sudah tentu bermula di rumah. Tidak salah generasi muda membuang sampah sesuka hati jika generasi tuapun masih melakukan perkara yang serupa. Pernahkah kita terfikir, mengapa kawasan rekreasi kita terdapat banyak sampah sedangkan ia adalah tempat rekreasi. Sudah tentu pengunjung yang datang ke situ adalah orang yang cintakan kedamaian dan keindahan. Tetapi mengapa pengunjung itu juga yang mengotorkan kawasan itu? Tidakkah ianya satu naluri yang bertentangan?! Sama-samalah kita fikir. tot ziens

Catatan : Kimi Hussain

Nota : Artikel pendek ini merupakan catatan pengalaman penulis bersama lapan pegawai JPBDSM semasa menjalani kursus jangka pendek di International Institute for Geo-Information Science and Earth Observation (ITC), Enschede, Netherland pada April hingga Mei 2005.

[Artikel ini pernah disiarkan di dalam majalah The Superb Post issue 20 Vol. 3 di dalam ruangan ‘Bemerken vanaf Enschede’ terbitan Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Projek Alor Setar, Januari 2006]

 

No comment »

Perbezaan Antara Generasi, Menjadikan Setiap Dari Kita Istimewa

Sesebuah generasi menggambarkan keadaan atau situasi, di mana setiap individu mempunyai pengalaman hidup yang  dilalui, dapat menggambarkan siapa diri kita dan bagaimana kita melihat dunia dari kacamata sendiri dan setiap generasi mempunyai personaliti tersendiri (Lynn Lancaster and David Stillman, When Generation Collide). Setiap generasi mempunyai kepercayaan nilai, budaya, perspektif, minat, apa yang tidak digemari, dan kemahiran terhadap kehidupan dan pekerjaan sesuai dengan keadaan persekitaran semasa seseorang itu lahir dan dibesarkan (Shahhanim Yahya).

Walaupun terdapat perbezaan atau jurang antara ciri-ciri bagi setiap generasi, namun keadaan  ini tidak menjadi penghalang setiap individu untuk mengecapi kejayaan bersama-sama. Sebagai contoh, dalam sesebuah organisasi atau keluarga yang berjaya, gabungan idea dan pandangan antara generasi iaitu di kalangan kakitangan dan juga anggota keluarga membolehkan sesebuah organisasi dan keluarga mencapai kecemerlangan seperti yang disasarkan. Usaha untuk memahami perbezaan antara generasi berupaya memberikan implikasi terhadap komunikasi yang lebih berkesan, memupuk motivasi dalam diri, meningkatkan produktiviti dan kerjasama berkumpulan. Don Tapscott dalam bukunya ‘Grown Up Digital’ telah membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:

 

1. Pre-Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A

 

1.  Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.

 

2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “Baby Boom” ataupun “Baby Boomers” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.

 

3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Gen X
Selepas era “The Baby Boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma “The Baby Bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “The Baby Boom”. Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.

 

4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Gen Y
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.

 

5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) – Gen Z
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah dalam lingkungan 12 tahun, celik IT dan terdedah kepada teknologi maklumat dan internet seawal usia bayi lagi.

 

Generation_2Sumber: The Herald Sun, Australia, 5 Julai 2012

Bagi Malaysia, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dalam Buletin Perangkaan Sosial, menunjukkan peratusan kelompok dalam konteks penduduk Malaysia pada tahun 2010 adalah seperti berikut:

Generasi

Umur

Peratusan (%)

Pre-Baby Boom

65 tahun ke atas

4%

The Baby Boom

47-64

16%

Gen X (The Baby Bust )

34-46

21%

Gen Y (The Echo of Baby Boom)

13-33

21%

Gen Z (Generation Net)

sehingga 12 tahun

38%

Sumber: Buletin Perangkaan Sosial, DOS

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 37 hingga 46 tahun dan sesetengah pendapat menyatakan umur antara 34 hingga 46 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka yang inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain, interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).

Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan, menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya, hampir separuh dari penduduk Malaysia ialah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.

Berdasarkan statistik tersebut jelas menunjukkan kita berada dalam kepelbagaian generasi yang menjadikan setiap dari kita mempunyai karektor tersendiri dan istimewa. Saya dalam Generasi X, isteri dalam kelompok Generasi Y dan anak-anak pula dalam kelompok Generasi Z, dan jadilah kami Keluarga Generasi X,Y,Z.

Anda pula bagaimana….?

 

 

 

 

Oleh:

Zulkifli bin Marzuki
Pegawai Perancang Bandar dan Desa
Bahagian Rancangan Fizikal Negara
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

Sumber Rujukan:

1.When Generation Collide, Lynn Lancaster and David Stillman
2.Jurang Antara Generasi, Shahhanim Yahya, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia
3.Grown Up Digital, Don Tapscott
4.The ABC of XYZ, Mark McCrindle
5.Buletin Perangkaan Sosial, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS)
6.Khairulabdullah.com
7.The Sydney Morning Herald
8.Managing Generation Y, Asia Bigwave Sdn. Bhd

 

 

No comment »

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS PEKAN IPOH – Bandar Warisan Bijih Timah 2020

mukadimah1

pic1edit3Majlis perasmian program publisiti & penyertaan awam Draf Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh – Bandar Warisan Bijih Timah 2020 telah diadakan pada 12 Disember 2013 (Khamis) di Hotel Syuen Ipoh, Perak. Program ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung, serta Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak. Program publisiti ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Bandaraya Ipoh, Dato’ Hj. Roshidi bin Hj. Hashim, dan Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT), Pn. Alimah bt Mohd Suri. Ahli jemputan yang hadir ke program tersebut terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan peniaga serta penduduk setempat.

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk mempamerkan Draf RKK Pekan Ipoh kepada orang awam untuk diperiksa dan mendapatkan maklumbalas serta pandangan dan bantahan dari orang awam bermula dari 12 Disember 2013 sehingga 8 Januari 2014 dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja) di Ruang Lobi Majlis Bandaraya Ipoh.

Draf RKK ini mempunyai Pelan Tindakan pembangunan yang komprehensif dan berdaya laksana ke arah mewujudkan Ipoh sebuah bandar warisan yang memenuhi keperluan sosio-ekonomi dan penduduk tempatan.

Terdapat 8 entry point project (EPP) yang dicadangkan :

EPP 1 – Pemuliharaan Bangunan Dan Monumen Warisan

EPP 2 – Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Warisan Jalan Dato’ Maharaja Lela, Jalan Penglima, Lorong Panglima, dan Jalan Bijih Timah

EPP 3 – Pembangunan Rangkaian Hijau (green network) Sg. Kinta

EPP 4 – Penyediaan Rangkaian Jejak Warisan Sg. Kinta – Pekan Baru

EPP 5 – Zon Budaya Little India Sebagai Sumber Tarikan Pelancongan

EPP 6 – Pembangunan Semula Di Kawasan Zon Promosi Perancangan Ipoh (ZPP Ipoh)

EPP 7 – Pembangunan Lalulintas, Rangkaian Hijau Dan Imej Bandar

EPP 8 – Penaiktarafan Infrastruktur Dan Utiliti Bandar

pic2edit

Majlis ini diteruskan dengan lawatan oleh YB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad,  diiringi oleh Dato’ Hj. Roshidi bin Hj. Hashim dan Pn. Alimah bt Mohd Suri ke setiap panel pameran cadangan pembangunan Pekan Ipoh dan diakhiri dengan sidang media bersama wakil pihak media tempatan.

pic3edit

No comment »