Archive for February, 2014

Program Pementoran di Bahagian Perancangan Wilayah

mentor

Melalui Mesyuarat Ketua-ketua Unit Bahagian Perancangan Wilayah (BPW) yang telah diadakan pada 10hb Februari 2014 telah bersetuju untuk  mengadakan Program Pementoran dikalangan pegawai tukar lantikan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa (J17) kepada Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (JA29) yang telah dikuatkuasa pada 1 Julai 2013

Program ini diadakan sebagai asas pemantapan kemahiran kerja pegawai gred JA29 sebelum skop kerja terperinci dimuktamatkan oleh pihak Pengurusan Jabatan. Bahagian berharap program ini dapat mencapai matlamatnya dengan jayanya dan dapat meningkatkan kompetensi pegawai di bahagian ini.

mentor2

mento3

SONY DSCMentor dan Menti mendengar ucapan daripada pengarah

SONY DSCPengarah menyampaikan buku log mentor kepada wakil mentor Puan Mazisalwani

SONY DSCPengarah menyampaikan buku log menti kepada wakil menti Puan Siti Rokiah

No comment »

Step-by-step 1govuc.gov.my email configuration for Android smartphones

Screenshot_2014-02-25-10-14-58

 Select Email icon

Screenshot_2014-02-25-10-15-23

Select Add account

Screenshot_2014-02-25-10-16-31

Enter email address/Next

Screenshot_2014-02-25-10-16-42

Select Exchange Active Sync
Screenshot_2014-02-25-10-18-01

Amend Domain\Username and Server name/Next

Screenshot_2014-02-25-10-21-10

Select Accept all SSL certificates/Next
Screenshot_2014-02-25-10-21-45

Select OK

Screenshot_2014-02-25-10-22-28

Select Send email from this account by defaultScreenshot_2014-02-25-10-22-39

Select Next
Screenshot_2014-02-25-10-23-02
Select Activate

Screenshot_2014-02-25-10-24-06

Finish!

Printscreens were taken with a Sony Xperia TX, Android Ver 4.1.2

Comments (1) »

Fasa 2 I-PLAN bermula 2014

IMG_3607a

IMG_3606b

Setelah Fasa 1 Projek I-Plan berjaya siap pada hujung tahun 2013, kini, projek pembangunan sistem maklumat gunatanah bersepadu atau I-Plan telah melangkah ke hadapan ke tahap Fasa 2 yang dijadual untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2014. Perunding telah bersetuju kepada Jawatankuasa Pemandu I-Plan pada hujung tahun 2013,  bahawa, ianya akan memikul tanggungjawab mengumpulkan data gunatanah sedia ada, gunatanah komited dan zoning bagi semua 11 negeri akan tetapi mereka akan hanya dibiayai berpandukan keperluan Asas Rujukan yang menetapkan pengumpulan data gunatanah bagi 5 negeri dijalankan bagi tahun 2014 yakni Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor . Semalam, Mesyuarat Pengumpulan Data Gunatanah telah diadakan di JPBD Pualau Piang dan sebelum itu, Mesyuarat yang sama telah diadakan di JPBD Kedah dan JPBD Perlis pada 17.2.2014 dan 18.2.2014 masing-masing. Mesyuarat seperti berikut dijadual akan diadakan pada bulan Februari-Mac bagi semua negeri.

 

No comment »

Bemerken vanaf Enschede – Siri 8 : Budi Bahasa..

19-1

Setibanya kita di tempat orang, agak biasa kalau kita disapa atau ditegur.  Mungkin kerana kita orang asing di kalangan mereka. Ini tidaklah menjadi satu perkara yang pelik bagi saya pada mulanya. Setelah beberapa hari berlalu, barulah saya sedar, perkara ini memang pelik! Pelik disebabkan ianya tidak menjadi satu kebiasaan di negara kita.

Kita semua sedia maklum bahawa rakyat Malaysia terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun. Entahlah siapa yang mengiktiraf perkara ini. Tetapi itulah yang diketahui umum. Tetapi, biasakah kita menegur atau memberi salam apabila kita berselisih dengan orang lain? Orang yang kita tidak kenali? Tentu jarang-jarang sekali kita lakukan kalau orang itu bukan kenalan kita.

Semasa di Enschede, seringkali kami ditegur dengan ucapan ‘halloo..!” tidak kiralah kami berselisih dengan kakitangan ataupun pelajar-pelajar ITC. Pada mulanya saya menganggap perkara ini biasa kerana kami adalah pelajar baru di situ. Tetapi setelah situasinya juga sama bila kami di bandar atau di jalanan, barulah saya sedar ianya memang menjadi satu amalan.

Ada ketikanya, kami pula yang tidak sabar-sabar untuk memberi ucapan ‘halloo..’ kepada orang lain. Perkara ini amat menyeronokkan. Malah, sewaktu kami menunggang basikalpun pasti ada yang menegur apabila berselisih.

Pernah anda diberi salam oleh juruwang sewaktu anda berurusan di kaunter pembayaran pusat membeli-belah? Di sana, anda pasti dilayan sebegitu rupa. Walaupun anda orang asing, layanan yang diberikan oleh masyarakat di sana sama sahaja seperti anda adalah masyarakat tempatan. Sikap tidak prejudis ini membuatkan saya dan rakan-rakan yang lain tidak merasa terasing walaupun kami hanya berada dalam tempoh yang singkat.

Tetapi jangan pula anda menganggap semua tempat adalah sama. Mungkin ianya tidak dapat anda rasai di Amsterdam! Keadaan orang yang begitu ramai mungkin faktor penyebab. Tetapi jika anda ke kedai-kedai jalanan, layanan yang serupa juga pasti anda perolehi. Amalan yang murni ini jika kita sentiasa amalkan di sini mungkin akan menjadi satu tradisi. Tetapi ianya memerlukan penyertaan semua orang. Jika tidak, anda tentu dianggap pelik! tot ziens

Catatan : Kimi Hussain

Nota : Artikel pendek ini merupakan catatan pengalaman penulis bersama lapan pegawai JPBDSM semasa menjalani kursus jangka pendek di International Institute for Geo-Information Science and Earth Observation (ITC), Enschede, Netherland pada April hingga Mei 2005.

[Artikel ini pernah disiarkan di dalam majalah The Superb Post issue 20 Vol. 3 di dalam ruangan ‘Bemerken vanaf Enschede’ terbitan Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Projek Alor Setar, Januari 2006]

Comments (1) »

Staf BMGN menghadiri kursus QGIS, 11-12.2.2013

DSC_0074-1

Biasanya tumpuan latihan QGIS diberi kepada Bahagian-bahagian JPBDSM luar BMGN termasuk permintaan rasmi dari agensi-agensi kerajaan luar JPBDSM, Kali ini, staf BMGN diberi peluang untuk menghadiri kursus QGIS dan termasuk staf dari lapisan pengurusan dan professsional serta golongan sokongan termasuk staf dari jurusan F. Ini adalah juga untuk memberi pendedahan kepada penggunaan perisian Open Source GIS yang terlibat dalam pembangunan sistem I-PLAN diperingkat workstation spertimana telah dibekalkan tahun lepas oleh BMGN kepada setiap JPBD Negeri sehubungan projek I-PLAN. Maklumbalas utama yang disuarkan peserta-peserta kursus QGIS adalah ianya adalah mesra-pengguna dan mudah difaham akan tetapi seperti lain-lain perisian GIS, memerlukan sedikit masa untuk mahir kerana perisian GIS merupakan satu perisian yang canggih dan komplek.

No comment »