Archive for February, 2014

Inspire, Motivate And Bring Out The Best In Your People

Inspiration and Motivation

Inspiration and Motivation

This books provides the very best practical advice on how to achieve the highest possible return on the physical, emotional and mental effort to inspire people especially on return of energy and also on investment.
 
Full Engagement is loaded with practical tools and ideas to motivate and lead yourself. This is the fundamental to change the performance and culture of any organization by approach the truly ENGAGES PEOPLE THE RIGHT WAY. It also teach us to manage or lead employees/staff.
 
The best practical ideas and strategies on :
1) How to create a high trust work environment ;
2) Drive out the fears that hold your people back;
3) Set clear goals and objectives;
4) Unlock the potential of each person;
5) Motivate & inspire them to greater heights than they ever believe themselves capable of;
6) Trigger the ‘X Factor’ that maximizes productivity;
7) Recognize, Reward & Reinforce their efforts.
 
Brian Tracy suggests that managers/leaders should do and follow this tips to manage employees/staff :
1) Smile
2) Ask People Question
3) Listen To Them
4) Be Polite
5) Say ‘Thank You’
6) Keep Employees Informed
7) Encourage Improvement
8) Treat Employees Like Volunteers
9) Imagine Employees As A Million Dollars Costumers
10) Pay Employees Well
11) Compliment Employees
12) Assure Harmony
13) Praise Employees Regularly
14) Refuse/Less Criticize
15) Celebrate Success
16) Express Interest In Employees
17) Be A Mentor
18) Freedom On Working
19) Protect Employees From Negativity, Rudeness Or Bad Treatment From Others
20) Be Pleasant & Agreeable
21) Build Them Up
22) Be Clear About Their Jobs Entail
23) Give Feedback
24) Treat Your Staff Like You Treat Your Boss
 
They are 3 keys orientation to become a successful managers/leaders :
1) Result Oriented;
2) Solutions Oriented; and
3) Action Oriented.
 
2 simple rules for a success managers/leaders :
 
Rules Number 1 :YOUR LIFE ONLY GET BETTER WHEN YOU GET BETTER
Rules Number 2 : YOUR PEOPLE ONLY GET BETTER WHEN YOU GET BETTER
 
Happy reading guys! :)
 
Noor Ashikin Abd. Rahman
Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan

No comment »

Kepentingan Tidur Yang Mencukupi

TIDUR mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar merehatkan tubuh sahaja. Seseorang yang kurang tidurnya boleh menyebabkan memori otak terganggu, bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko buruk yang lain. Hasil kajian yang pernah dijalankan oleh beberapa kaji selidik menunjukkan tidur tidak hanya melindungi memori dari pengaruh luar tetapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang tidur lebih lama akan mengeluarkan hormon stress yang tinggi dikenali sebagai kortikosteron sehingga mengganggu pembiakan sel di otak orang dewasa.

Umumnya, waktu tidur normal seseorang adalah antara tujuh (7) jam sehari. Namun, ramai orang yang hanya menghabiskan waktu istirehatnya hanya lima (5) jam sahaja. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh menambahkan lagi risiko masalah kardiovaskular. Kardiovaskular merujuk kepada risiko besar terhadap gangguan jantung dan pembuluh darah sehingga menyebabkan denyutan jantung berfungsi secara tidak normal.

Oleh itu, tidur merupakan penyembuh yang baik dalam menangani masalah ini. Pertumbuhan organisme tubuh mulai berlaku semasa kita sedang tidur. Contohnya, tidur boleh mempertingkatkan hormon pertumbuhan dan menggantikan sistem imune kita. Orang dewasa yang mengalami keadaan kurang tidur akan menyebabkan berlakunya depresi berat. Depresi merupakan gangguan mental yang setiap manusia di muka bumi ini berpeluang mengalaminya. Dalam keadaan kurang tidur yang teruk akan menyebabkan depresi semakin bertambah. Ini ditambah pula dengan keadaan otak yang tidak boleh berfikir dengan baik menyebabkan banyak kes bunuh diri terjadi.

Tahukah anda? Tidur dalam keadaan lampu terpasang atau menyala juga akan memudaratkan kesihatan anda. Pelbagai penyakit yang menakutkan boleh terjadi kepada orang yang suka tidur dengan lampu menyala. Antara penyakit paling kronik adalah PENYAKIT LEUKIMIA dan KANSER. Sememangnya kita sering menganggap perkara tersebut adalah satu perkara remeh kerana kadang-kadang kita juga akan terlupa untuk menutup lampu bilik semasa kita tidur.

2Hasil kajian para ilmuwan menunjukkan tubuh memerlukan suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan penyakit. Penyalaan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin di dalam tubuh badan. Melatonin adalah hormon yang dibuat oleh kelenjar pineal iaitu kelenjar kecil yang terdapat di otak. Melatonin membantu mengendalikan kitaran semasa tidur dan bangun dari tidur. Hormon ini dapat menghentikan atau melambatkan penyebaran kanser, menyebabkan sistem kekebalan tubuh lebih kuat atau melambatkan proses penuaan atau dengan kata lain mampu menjaga kekebalan tubuh daripada pelbagai jenis serangan penyakit.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan sekaligus mencegah pertumbuhannya. Menurut Prof. Russle Reiter dari Universiti Texas, beliau menyatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama satu (1) minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

3Selain itu, jumlah anak-anak yang menghidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir, di mana sekitar 500 remaja di bawah umur 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan dianggarkan 100 orang meninggal dunia. Sebuah persidangan berkaitan dengan anak penderita leukimia telah diadakan di London, di mana mereka menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu semasa waktu tidur berbanding dengan yang tidur pernah memasang lampu. Ini menunjukkan penghasilan melatonin secara normalnya berlaku antara jam 9.00 malam sehingga 8.00 pagi. Hasil kajian yang pernah dijalankan juga menunjukkan golongan yang paling mudah diserang penyakit adalah para pekerja shif yang berpotensi terkena kanser payu dara berbanding golongan buta yang tidak terdedah dengan cahaya menyebabkan golongan ini mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap kanser.

4Dari Abu Salim r.a., Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Kalau kamu tidur, jangan dibiarkan api menyala dalam rumahmu”. Risau bukan bila mengetahui tentang risiko berbahaya yang akan menyerang tubuh kita apabila memasang lampu semasa tidur. Selama ini bagi mereka yang sememangnya takut pada kegelapan mungkin merasa selamat apabila memasang lampu semasa tidur tetapi kesan jangka panjangnya lebih membahayakan kesihatan anda semua. Oleh itu, kepada golongan yang tidak boleh tidur dalam keadaan gelap, disarankan agar mereka memulakannya dengan menggunakan lampu yang suram atau malap terlebih dahulu. Setelah biasa dengan keadaan tersebut, bolehlah mencuba untuk memadamkan terus lampu tersebut. Ini bukan sahaja dapat memberikan kesihatan yang baik pada tubuh tetapi juga menyebabkan tidur anda lebih nyenyak dan selesa. Secara tidak langsung dapat menjimatkan bil-bil elektrik anda dan menyahut seruan kerajaan mengamalkan langkah penjimatan dan perbelanjaan berhemah.

Sekian, wallahualam.

Coretan:

NORZAHRIYATI AINI BINTI ABDUL MAJID
BAHAGIAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Kredit to:

1. Laman web: http://sihatceria.com/info/2013/03/bahaya-tidur-dalam-keadaan-lampu-menyala;
2. Laman web: http://logilmu.blogspot.com/2012/10/manfaat-tidur-malam-tanpa-lampu.html

No comment »

RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) KAMPUNG SUNGAI RAMAL DALAM, KAJANG 2020.

sgramal6

Keperluan Penyediaan Rancangan Kawasan Khas.

RKK disediakan berdasarkan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di bawah Seksyen 16B yang diperincikan sebagaimana berikut :

a.       Subseksyen 16B (1), Akta 172

‘ RKK boleh disediakan pada bila-bila masa semasa penyediaan atau apabila mula berkuatkuasanya sesuatu Rancangan Pemajuan. Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), atas daya usahanya sendiri atau sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) boleh mengemukakan cadangan untuk menyediakan RKK bagi suatu kawasan kepada JPN ‘

b.      Subseksyen 16B (2), Akta 172

‘ Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) hendaklah menentukan sama ada Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) yang bertanggungjawab dalam penyediaan sesuatu Rancangan Kawasan Khas. ‘

c.       Subseksyen 16B (3), Akta 172

‘ RKK disediakan dengan cara yang sama sebagaimana Rancangan Tempatan disediakan, tetapi mengandungi panduan yang terperinci bagi pelaksanaan dan pengurusannya. RKK hendaklah mempunyai kuat kuasa yang sama seperti suatu Rancangan Tempatan. ‘

 

Fungsi Rancangan Kawasan Khas.

  • Panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan bagi kawasan khas yang telah ditetapkan;
  • Panduan perancangan dalam membuat keputusan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan; dan
  • Panduan perancangan kepada pihak-pihak berkepentingan seperti orang awam, pemilik tanah, pemilik bangunan, persatuan penduduk, pemaju hartanah dan sebagainya yang berkepentingan.

 

Keperluan Penyediaan RKK Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Rancangan Tempatan (RT) Majlis Perbandaran Kajang 2020 telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor pada 20 Januari 2011 (No. Warta 143). RT tersebut telah mengenalpasti beberapa kawasan yang memerlukan perancangan terperinci melalui penyediaan RKK termasuklah Kampung Sungai Ramal Dalam. Penyediaan RKK ini telah diperakukan melalui Mesyuarat Majlis Perbandaran Kajang Bil. 9/2012 pada 26 September 2012 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 5/2012 pada 9 Oktober 2012. Justifikasi penyediaan RKK Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang 2020 adalah seperti berikut :

  • Setaraf dengan pembangunan pesat di kawasan sekitarnya yang berpotensi untuk dibangunkan dan kawasan yang mempunyai isu serta halangan memerlukan perancangan dan panduan yang lebih teliti;
  • Kawasan RKK merupakan Tanah Rizab Melayu (TRM) Kategori 1 yang kebanyakan lot tanahnya bersaiz kecil. Oleh yang demikian, pembangunan yang dijalankan juga berskala kecil dan tidak dapat menyediakan beberapa kemudahan masyarakat yang diperlukan oleh keseluruhan kawasan. Perancangan yang komprehensif diperlukan bagi mengenalpasti penyediaan kemudahan-kemudahan masyarakat untuk dikongsi bersama serta memenuhi peruntukan-peruntukan perancangan yang berkaitan; dan
  • Aktiviti guna tanah yang bercampur terutamanya aktiviti industri dan bengkel sering menimbulkan konflik kepada penduduk serta alam sekitar. Kawalan ke atas aktiviti yang menimbulkan konflik ini perlu dilaksanakan.

 

Isu Semasa di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Hasil perbincangan bersama pihak-pihak berkepentingan ketika kajian dijalankan, beberapa isu telah dikenalpasti wujud di Kampung Sungai Ramal Dalam. Pihak-pihak berkepentingan adalah penduduk, pemilik dan agensi teknikal yang terlibat. Berikut merupakan isu-isu tersebut yang disenaraikan tanpa mengikut kepentingan :

  1. Pembangunan pesat secara kecil-kecilan;
  2. Tiada tempat pembuangan sampah;
  3. Hierarki jalan perlu dikaji semula;
  4. Tiada laluan khas untuk pejalan kaki dan laluan berbasikal;
  5. Tiada kemudahan rekreasi atau tempat awam untuk beriadah;
  6. Kemudahan infrastruktur tidak lengkap menyebabkan banjir kilat;
  7. Kurang penyelenggaraan sungai dan parit;
  8. Tiada kemudahan pengangkutan awam;
  9. Sistem pengurusan sampah kurang sempurna;
  10. Aktiviti komersil tanpa kebenaran;
  11. Ciri-ciri kampung tradisi yang tidak menonjol;
  12. Kediaman dibina sangat rapat tanpa anjakan bangunan;
  13. Tanah kosong yang terbiar dan semak samun;
  14. Tambakan tanah di sekitar Sungai Kilat Hitam;
  15. Pembangunan atas rizab jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas;
  16. Sistem perparitan yang tidak bersambung;
  17. Tekanan air rendah dan sistem pembetungan yang tidak lengkap; dan
  18. Kawasan persimpangan merbahaya.

 

Matlamat Kajian.

Hasil perbincangan dan kajian awalan yang dijalankan, matlamat kajian adalah :

“ Membangunkan dan memajukan Kampung Sungai Ramal Dalam sebagai penempatan yang lengkap dengan kemudahan berkualiti dan serasi dengan perbandaran di sekitarnya. “

 

Cadangan Projek Pembangunan.

Sejumlah tujuh (7) projek dikenalpasti untuk dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan di kawasan RKK Kampung Sungai Ramal Dalam. Cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul di dalam kawasan kajian dan meliputi keperluan penyediaan kemudahan asas serta infrastruktur dan utiliti.

Cadangan projek pembangunan beserta objektif adalah seperti berikut :

1.     Cadangan Pembinaan dan Menaiktaraf Jalan

i)     Pembesaran dan Naiktaraf Jalan Sungai Ramal Dalam (100 ‘)

Objektif :

  •  Mewujudkan sistem rangkaian jalan raya yang lebih lancar dengan mengambilkira keperluan penduduk;
  • Mengurangkan kesesakan lalu lintas; dan
  • Menyediakan kemudahan laluan pejalan kaki dan laluan berbasikal yang selesa di sepanjang Jalan Sungai Ramal Dalam agar dapat dihubungkan dengan kemudahan sekolah, masjid dan lain-lain.

 

  • ii)Pembesaran dan Naiktaraf Jalan Saujana dan Jalan ABIM (66’)

Objektif :

  • Mewujudkan sistem rangkaian jalan raya yang lebih lancar dengan mengambilkira keperluan penduduk;
  • Mengurangkan kesesakan lalu lintas; dan
  • Meningkatkan rasa selesan dan selamat kepada pengguna dengan adanya kemudahan laluan pejalan kaki, laluan basikal dan pencahayaan (lampu jalan) serta dilengkapi dengan landskap.

 

  • iii)Pembesaran dan Naiktaraf Jalan Angsana (50’)

Objektif :

  • Mewujudkan sistem rangkaian jalan raya ke Pusat Komuniti; dan
  • Meningkatkan pergerakan pengguna tanpa menggunakan kenderaan bermotor dengan tersedianya laluan pejalan kaki dan laluan basikal.

 

  • iv) Pembinaan Jalan Selamat dan Jalan Imam

Objektif :

  • Mempertingkatkan taraf jalan akses izin lalu ke kawasan penempatan perkampungan secara formal; dan
  • Mempertingkatkan kemudahsampaian penduduk yang lebih selesan dan selamat dengan wujudnya laluan pejalan kaki, elemen keceriaan (lampu jalan) dan kebersihan.

 

2.   Cadangan Memperbaiki Sistem Saliran dan Penyediaan Kolam Tadahan (Retention Pond)

Objektif :

  • Mewujudkan Sistem Saliran yang menyeluruh dengan sistem yang mesra alam;
  • Memenuhi kehendak penduduk yang mengalami masalah banjir;
  • Mengatasi masalah banjir dan memperbanyakkan kawasan rekreasi serta kawasan hijau; dan
  • Melancarkan aliran Sungai Kilat Hitam.

 

3.    Cadangan Pusat Komuniti

Objektif :

  • Menyediakan kemudahan komuniti secara integrasi bagi memenuhi keperluan penduduk dan meningkatkan interaksi sosial di kalangan penduduk; dan
  • Mewujudkan satu pusat komunitii baru yang lebih teratur dari segi lokasi dan kemudahan yang disediakan.

 

4.     Cadangan Penyediaan Tangki Air

Objektif :

  • Membekalkan air ketika keperluan memuncak;
  • Bertindak sebagai simpanan air ketika kecemasan atau gangguan bekalan;
  • Menyeragamkan kadar pengepaman;
  • Sistem agihan akan menggunakan sistem graviti memandangkan terdapat kawasan tinggi;
  • Air akan diagihkan kepada pengguna di kawasan yang rendah; dan
  • Kos operasi dan penyelenggaran lebih murah.

 

i)   Cadangan Sistem Pengurusan Sampah

Objektif :

  • Mengatasi masalah pencemaran udara dan pemandangan;
  • Menghindar tapak pelupusan sampah secara haram;
  • Menambahbaik sistem pengurusan sampah yang sistematik dalam kawasan RKK;
  • Menggalakkan penerapan amalan 3R dapat memudahkan proses pengumpulan dari peringkat pengguna; dan
  • Mengurangkan sampah domestik.

 

ii)   Cadangan Pelaksanaan Sistem Pembetungan

Objektif :

  • Mengatasi masalah bau dari loji p
  • Pembetungan sedia ada; dan
  • Sungai akan terpelihara dari pencemaran.

 

iii)   Cadangan Pembinaan Masjid.

Objektif :

  • Mewujudkan keselesaan kepada penduduk dalam melakukan ibadah;
  • Menyediakan kemudahan komuniti dan kemudahan sokongan (laluan pejalan kaki dan laluan basikal dengan landskap yang menarik) secara integrasi bagi memenuhi keperluan penduduk dan meningkatkan interaksi sosial di kalangan penduduk; dan
  • Mewujudkan masjid baru yang lebh teratur dari segi lokasi dan kemudahan yang disediakan.

 

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang 2020 akan dijalankan pada 15 Februari 2014 hingga 15 Mac 2014 di Balai Raya Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor. 

No comment »