Archive for March, 2014

“TEAMWORK” PERHIMPUNAN BULANAN JPBD SEMENANJUNG MALAYSIA MAC 2014

page_11

 page_17

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga JPBD Semenanjung Malaysia.

 

Alhamdulillah Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Bulan Mac 2014 Yang Dihoskan Oleh Bahagian Perancangan Wilayah Berjalan Dengan Lancar. Walaupun Masa Yang Diberikan Agak Singkat Tetapi Everything Went Well. Good Job BPW staff.

 

“Individually we are one drop

But together,

We are an ocean”

 

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga JPBD Semenanjung Malaysia kerana sudi hadir bagi memeriahkan dan melengkapkan perhimpunan jabatan pada kali ini.

 

Kami warga BPW ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YBhg. Dr. Dahlia binti Rosly di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada YBhg Dato’ Dr. Dolbani Bin Mijan di atas  pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perancangan, dan Yg. Berusaha Tn. Hj. Zainuddin Bin Ahamad di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan.

 

Semoga JPBD akan terus maju dan cemerlang dibawah pucuk pimpinan baru Jabatan.

~Nur Dalila~

No comment »

Isu JEREBU… Dimanakah peranan kita?

jerebu_540_360_100

 

Baru-baru ini negara kita Malaysia khususnya dan negara-negara serantau sekali lagi dilanda pencemaran udara atau JEREBU dengan teruk sekali. Isu jerebu ini seolah-olah perkara rutin yang muncul tiap-tiap tahun tanpa dapat dikawal mahu pun dikurangkan. Ia memberi petunjuk kepada kita dimana fenomena alam hasil buatan tangan manusia ini semakin tidak dipedulikan lagi. Pembakaran terbuka di ladang-ladang berskala besar, kebakaran hutan, pengeluaran asap-asap dari corong-corong kilang yang tidak bertapis dan pengeluaran asap-asap dari kenderaan antara penyumbang kepada isu jerebu ini. Ini dibantu oleh pergerakan angin dari negera-negara penyumbang yang menambahkan lagi kekusutan ini dan menjadikan Malaysia salah satu negara yang menerima kesannya.

jerebuBerdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang digunakan di seluruh dunia, terdapat enam (6) tahap yang diklasifikasikan pencemaran udara. ia bermula dari tahap baik (0-50) sampai kepada tahap bahaya iaitu melebihi bacaan 300.

mh_01_big

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Bagi memastikan masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam udara.

Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih efektif secara giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan cara yang efektif.

Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu ialah pembenihan awan perlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu daripada menular. Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda Malaysia. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan jerebu. Hujan boleh memainkan peranan penting apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat membawa bersama jerebu jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan pembenihan awan.

Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena jerebu. Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, “alah bias tegal biasa”. Berpegang pada prinsip “bagaimana acuan begitulah kuihnya”, anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa sebagai rakyat negara yang mengutamakan kebersihan udara.

Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan pemimpin dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh memainkan peranan dengan merancang pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara mengurangkan implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka masalah jerebu dapat diringankan.

Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak membakar sampah sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran sampah sarap merupakan antara penyumbang kepada jerebu dan sebagai akibatnya kesihatan manusia akan terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, penyakit asma, pneumonia, barah paru-paru dan sebagainya. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah. Dengan adanya kerjasama daripada masayarakat, masalah jerebu pasti dapat ditangani sebelum nasi menjadi bubur.

Malah baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan melalui Jabatan Alam Sekitar bahawa seluruh kawasan di Negeri Selangor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka KECUALI pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril/ barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar sahaja. Ini menunjukkan kepada kita betapa seriusnya pihak kerajaan dalam menangani isu ini.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah tersebut, bak kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang sememangnya berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama.

 AlamSekitar1

No comment »

‘Happiness and Wellness’ di Ibu Kota Seoul, Korea Selatan

1

Jauh perjalanan luas pemandangan. Banyak cerita dan pengalaman di negara luar yang boleh membuka mata dan minda kita untuk diadaptasikan di negara sendiri.

Salah satu tarikan pelancong dan rakyat di Kota Seoul Korea Selatan adalah sungai buatan manusia yang merupakan salah satu ‘Environmental Wellness Indicator’ di dalam Gross National Happiness Index.  Sungai Cheong-Gye yang berukuran 8 kilometer panjang yang terletak di tengah-tengah kotaraya Seoul yang dahulunya merupakan sebuah sungai tercemar akibat pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan sehingga terkambus, manakala di atasnya telah dibina lebuhraya pada masa itu. Kini, ia dijadikan sebagai kawasan rekreasi terkenal yang menjadi simbol modenisasi dan green living bagi penduduk  Korea Selatan.

32

Keadaan Sungai Cheong-Gye yang dahulunya dijadikan tempat kumbahan dan pembuangan sampah sarap

 4Kerja-kerja merobohkan lebuhraya dan pembinaan semula Sungai Cheong-Gye sedang giat dijalankan

Walaupun projek ini mendapat bantahan dan kritikan dari pelbagai pihak pada awalnya kerana kos yang terlalu tinggi, namun projek diteruskan dan berjalan lancar dengan bersandarkan beberapa alasan yang kukuh iaitu:

“The rebirth of Seoul as a human, environmentally friendly city”

  1. “The Recreation of Seoul as a 600-Year capital of New Cultural Spaces”
  2. “Removal of obsolete Structure for Safety of Citizens”
  3. “Balanced Development through revitalization of neglected neighborhoods”.

Amat membanggakan, setelah Sungai Cheong-Gye siap dibuka pada tahun 2005, sungai ini menjadi popular dan menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan malah pelancong luar.

Kini Sungai Cheong-Gye melingkari dengan megah membelah kota raya Seoul  seolah-olah touristy anaconda dan menyejukkan pandangan dari hanya menyaksikan hutan konkrit di sekelilingnya.

5Kawasan tepian air yang segar menjadi laluan bagi penduduk Korea untuk ke tempat kerja atau menjadi tempat beristirehat bagi pejalan-pejalan kaki.

6

7Gabungan elemen konkrit dan  kehijauan kelihatan serasi dan sungguh unik

Menyusuri sepanjang Sungai Cheong-Gye ternyata mengagumkan dan menyeronokkan. Pemandangan kelihatan sungguh  menarik dengan pokok-pokok teduhan dan gedung-gedung tersergam indah di kiri kanan sungai.

8

Jambatan kecil dan pancutan air yang pelbagai rupa menghiasi sepanjang sungai

9Pancutan air berirama dapat memecah bunyi deruan kenderaan di tengah kota

Hiruk pikuk kenderaan tidak menjadi gangguan kerana ia terletak di bawah 15 kaki dari paras jalanraya. Apatah lagi dengan bunyi dari air terjun serta hiasan pancutan air yang mendamaikan dan sekali gus melenyapkan bunyi deruan kenderaan yang bersimpang siur.

10

Pada waktu malam menyaksikan panorama yang lebih indah dengan pancaran neon berwarna warni yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Pada musim perayaan, pemandangan di sini lebih menarik dengan hiasan tanglong pelbagai bentuk dan perarakan kereta berhias di sepanjang sungai.

11Lebih meriah dan berwarna warni Sungai Cheong-Gye semasa menyambut sesuatu perayaan

12

 13

Pelbagai rupa bentuk hiasan disediakan memperlihatkan kemeriahan kota semasa tiba musim perayaan.

 14

Sambutan Festival Tanglong 2011 di Sungai Cheong-Gye

15

Sungai Cheong-Gye menjadi tumpuan warga kota apabila musim perayaan

16

Bagi yang ingin merehatkan diri, di sini adalah tempat yang sesuai.

17

Di sesetengah sudut tepian sungai ini merupakan tempat untuk aktiviti memancing

Sesungguhnya apa yang dilihat dan dibanggakan di negara orang, tidak mustahil untuk kita menikmatinya di negara sendiri. Ia patut dicontohi di negara kita yang memiliki sungai semulajadi di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur.

18

Sungai Gombak  merupakan aset  semulajadi yang boleh dijadikan salah satu kawasan tarikan pelancong.

Tidak hairanlah, dalam usaha kerajaan untuk mempelbagaikan produk tarikan pelancongan di beberapa sungai utama yang berpotensi untuk dikenalpasti menjadi tarikan pelancong di Malaysia,  nama Sungai Cheong-Gye sering disebut-sebut sebagai satu contoh terbaik.

Adalah diharapkan, dengan mengambil inspirasi dari Sungai Cheong-Gye itu, Sungai Klang dan Sungai Gombak yang merentasi bandar raya ini bakal berubah wajah menjadi ikon waterfront atau tepian air yang bersih dan rancak dengan pelbagai aktiviti setanding dengan bandar raya di negara maju sekaligus penyumbang kepada kegembiraan(happiness) dan kesihatan(wellness) rakyat di Ibu Kota Kuala Lumpur yang dianggap penting bagi Happiness Index Indicator.

 

Disediakan Oleh:

Noor Azuwa Kushairi

Bahagian Rancangan Fizikal Negara

No comment »

Selamat Bersara En. Razab Ibrahim Dan Pn. Wan Zena Awang

2a

Salam persaraan dan salam perpisahan buat En. Razab Bin Ibrahim dan Pn. Wan Zena Bt Awang dari Unit Rancangan Pembangunan Kota Bharu, Pejabat Projek Zon Timur yang telah bersara pilihan pada 01 Mac 2014.

En. Razab Bin Ibrahim merupakan Pelukis Pelan Gred J22 telah berkhidmat di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia selama 38 tahun. Beliau memulakan kariernya di Bahagian Penyelidikan dan Latihan, JPBDSM pada tahun 1977 dan mengakhiri kariernya di Unit Rancangan Pembangunan Kota Bharu, Pejabat Projek Zon Timur pada 1 Mac 2014. Sepanjang berkhidmat, beliau telah menjalankan segala amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi.

edit2

Manakala Pn. Wan Zena Bt Awang pula merupakan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa J22 dan telah berkhidmat di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia selama 32 tahun. Beliau memulakan kariernya pada 3 Mei 1982 dan mengakhiri kariernya di Unit Rancangan Pembangunan Kota Bharu, Pejabat Projek Zon Timur pada 1 Mac 2014.

Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi. Sama-samalah kita berdoa semoga En. Razab dan Pn. Wan Zena terus berbahagia dalam menjalani kehidupan baru selepas persaraan.

“Kalau Ada Sumur di Ladang,

Boleh Saya Menumpang Mandi,

Kalau Ada Umur yang Panjang,

Boleh Kita Berjumpa Lagi”

“Terima Kasih, Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya”

1B

No comment »