Archive for May, 2014

MAJULAH SUKAN DI BPKSP!!!

1961042_10203539359433356_5385289060642432097_o

1926133_10203539396714288_814116689999182626_o

Baru-baru ini Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah menganjurkan PERTANDINGAN SUKAN DALAMAN antara warga kerja BPKSP. Ia bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, kerja berpasukan dan mengeratkan silatulrahim antara semua lapisan pegawai.

img_6991darts-target-bullseye

dam_haji

 

 

 

 

 

 

 

Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah DART, KAROM, DAM dan CONGKAK. Pertandingan ini menggunakan format liga dimana semua lapisan pegawai dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan MANDAMUS, kumpulan AFFIDAVIT, kumpulan CERTIORARI dan kumpulan ACTUS REUS.

10001080_10203539396754289_2495081280207414500_o

965901_10203539389354104_7541965236056215398_o

Pada perhimpunan Bulanan BPKSP, semua kumpulan yang bertanding telah dihadiahkan dengan hamper untuk dikongsi bersama. Aktiviti ini turut mendapat sokongan yang penuh daripada Pengarah BPKSP, Cik Norasiah Bee bt Mohd. Haniff yang juga merupakan ikon sukan di peringkat Jabatan. Semoga semangat kesukanan ini sentiasa menjadi aktiviti riadah kepada semua warga JPBDSM… Tahniah

No comment »

Menangani Tekanan di Tempat Kerja

1ht_makeaworkplace16__01__630x420

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan di tempat kerjanya. Sifat sabar boleh bertukar menjadi panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesan buruk akibat tekanan di tempat kerja. Berikut beberapa tips ringkas menangani tekanan di tempat kerja.

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

  • Akui kekuatan dan kelemahn dalam diri anda.
  • Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda.
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.
  • Merasa seronok bekerja.

Rancang Kerja Anda

  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting.
  • Jangan bertangguh kerja.
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah.
  • Mengagihkan kerja dengan bijak.

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah.

  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya.
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
  • Ambil tindakan secara wajar.

Mempunyai Sikap Yang Betul

  • Terhadap Perubahan Dalam Kerja.
  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
  • Rancang perubahan secara teratur.

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive).
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas.
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda.

Tingkatkan Sokongan Sosial di Tempat Kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja.
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah.
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.

Amalkan Cara Hidup Sihat

  • Luangkan masa untuk beriadah.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam selalu.
  • Berurut atau mengunjungi spa.
  • Bercuti.
  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan.
  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah.
  • Amalkan nilai-nilai murni dah berpegang teguh pada ajaran agama.

 

No comment »

Susah ke Bahasa Arab?

1

Mengapa kita perlu memahami dan membaca bahasa Arab? Mempelajari bahasa Arab ini, atau mana-mana bahasa bergantung kepada tujuan kita samada untuk berkomunikasi, atau untuk memahirkan pembacaan dan sebagainya.

Bagi mereka berugama Islam, telah diketahui bahawa bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran dan bahasa di Syurga. Maka penting bagi mereka untuk mengenal Al-Quran yang menjadi perantaraan di antara Pencipta dan hamba-hambanya. Juga untuk mengerti dan memahami apa yang di baca dalam Al-Quran, bukan sekadar tahu membaca sahaja.

Bagi mereka bukan beragama Islam elok juga mengetahuinya, sekurang2nya memudahkan tawar menawar dalam berbelanja di kedai-kedai atau berkenalan dengan orang tempatan ketika berkunjung ke Negara-negara berbahasa Arab tersebut.

Mana-mana bahasa yang tidak dituturi seharian oleh kita sememangnya susah untuk dipelajari. Tidak ada pelajaran yang ingin kita pelajari itu senang. Begitulah bahasa Arab bagi kita yang bukan berbangsa Arab. Masih ada yang mengatakan bahasa Arab ialah bahasa yang susah.

Bahasa Melayu juga sukar dipelajari bagi mereka bukan Melayu. Aspek yang susah dalam bahasa Melayu ialah imbuhan. Agak sukar bagi bukan Melayu menentukan imbuhan bagi kata kerja samada ber- atau me- atau meng- atau men-.

Tetapi bahasa Arab ada aspek yang senang kerana sebutan dalam bahasa ini sangat jelas kecuali beberapa huruf yang perlu ditebalkan dan dinipiskan. Bagi kita di Nusantara banyak perkataan bahasa Melayu diambil dari perkataan / kalimah Arab.  Ini memberi kemudahan untuk mempelajari bahasa Arab. Selain dari itu, pembacaan Al-Quran dalam solat dan azan juga sedikit sebanyak dapat membantu kita menyebut ayat bahasa Arab dengan lebih lancar dan baik. Dalam mempejari bahasa Arab, kita perlu memberi fokus kepada sistem yang agak berlainan dari bahasa Melayu.

2

Aspek yang menjadi keutamaan dalam bahasa Arab ialah MASA, JANTINA dan BILANGAN, tetapi mudah untuk dipelajari.

Berikut diperturunkan beberapa elemen / tip yang tidak  meragui bahawa bahasa Arab adalah mudah untuk dipelajari.

  1. Dari sudut sebutan vokal, bahasa Arab paling mudah kerana ia hanya mempunyai sebutan vokal a, i, u. Bahasa Melayu mempunyai lebih dari tiga sebutan iaitu sebutan “e” pepet (seperti perkataan periuk) dan “e” taling (seperti perkataan merah).
  2. Bahasa Arab tidak ada huruf yang setara dengan huruf “P” , huruf “G” dan  huruf “V”. Tulisan Jawi dalam bahasa Melayu menambah titik kepada huruf-huruf Arab “Pa” , “Kaf” dan “ Wau”  untuk disetarakan dengan bahasa Inggeris bagi huruf “P” , huruf “G” dan  huruf “V”.
  3. Dalam bahasa Arab, tidak ada huruf besar atau kecil.
  4. Setiap perkataan / kalimah Arab hanya mempunyai 1 hingga 5 huruf sahaja, tidak lebih dari itu. Kadang-kadang sahaja terjumpa perkataan yang melebihi dari lima huruf. Bahasa Inggeris mempunyai banyak perkataan / kalimah-kalimah yang banyak huruf digunakan.
  5.  Perkataan-perkataan bagi Kata Kerja / Verb dalam bahasa Arab kesemuanya hanya mempunyai tiga huruf kecuali beberapa kalimah kata kerja sahaja.
  6. Perkataan / kalimah Arab secara umumnya hanya terbahagi kepada tiga kata:
      1. Kata Benda / Kata dasar (Isim),  (Noun)misalnya ‘Maktaba’  مَكْتَبٌ = MejaKata Kerja  (Fi’il) , (Verb)
      2. misalnya :‘Akala’ أَكَلَ = Makan ;  ‘Syarab’ شَرِبَ = Minum Kata Sambung  (Huruf) .
      3. misalnya :‘Min’ مِنْ = dari ;  ‘Sum’ ثُمَ =  kemudian

‘Man jadda wa jadda’  :  من جد وجد  

Siapa yang bersungguh dia akan memperolehinya,

‘Man kasal fa syala’  :  من كسل فشل

Siapa yang malas dia akan gagal

Sekian, selamat menuntut bahasa Arab.

‘Jazakallah Khukhair’.

Perkongsian Ilmu daripada :

DATIN NOR ‘ASHIKIN BINTI HJ. KUMASI

Bahagian Rancangan Fizikal Negara

April 2014

No comment »

THE EARTH AND US

Did you realize, we have a BIG responsibility to preserve the earth as a human being as well as a planner? On 2012, I bought this book. It is a very simple book, but it is so meaningful for me as I love reading and saving the earth for the future of my children.

earth1

I would like to share some tips from this book namely from the office category, so that all of us can practice each tip to help preserve the earth.

  • Say NO to Styrofoam – avoids Styrofoam takeout containers and replace with a compostable options.
  • Opt for electronic banking and billing – Don’t print ATM receipts as they’re a chief source of litter and are almost always unnecessary.
  • Do not throw out reusable paper products – Cut scrap paper into quarters and use it to write phone messages rather than buying a new pad.
  • Use rewritable CDs or flash drives to back up files – Store data on rewritable discs or on a USB flash drive.
  • Choose draft quality when printing – The best way to reduce the pollution produces by ink cartridges is to use less ink.
  • Telecommute or videoconference – It is far more eco-friendly than flying to business meetings.
  • Optimize your computer’s energy-saving capabilities – Setting your computer to go to sleep after 10 to 15 minutes of inactivity can help one person cut their annual carbon dioxide emissions by up to 1,250 pounds.
  • Print on both sides of the paper – the money saved on paper will substantial.

So people, wake up! Do your part, play your role to save the earth for our future.  I share because I care. Don’t you care?

 
Nur Wahida Md. Aris,
Pejabat Projek Zon Tengah.

No comment »