Archive for October, 2014

Bandar Impian Saya: Bandar Sihat

1

‘Bandar sihat’ adalah bandar impian saya. Bandar yang sihat alam sekitarnya, sihat penduduknya, dan bandar yang sihat ilmiahnya. Inilah bandar yang mampu menjamin pembangunan negara dari segi kemajuan teknologi, peningkatan kualiti alam sekitar dan melahirkan masyarakat yang berjaya. Contohnya, dengan kualiti alam sekitar yang baik dapat meningkatkan tahap kesihatan penduduk. Kesan positifnya, penduduk boleh melakukan aktiviti harian tanpa sempadan selain menjana ekonomi negara dengan kedatangan pelancong luar dan dalam negara. Oleh itu, pentingnya mempunyai bandar yang sihat dan alam sekitar yang berkualiti. Selain itu, bandar yang sihat ilmiahnya mampu meningkatkan kadar kemajuan teknologi negara. Apabila penduduk berilmu dan mempunyai wawasan untuk menaikkan taraf hidup mereka, maka makin tinggi kemajuan teknologi negara.

2

 

 

Dengan menggunakan basikal dalam kawasan bandar dapat menggurangkan kesesakan jalanraya 

 

 

 

Kebiasaannya, ibukota atau bandar yang pesat membangun saban hari penduduk terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas akibat peningkatan pengguna jalan raya. Hal ini menyebabkan kemerosotan kualiti udara akibat pengeluaran asap karbon monoksida dari kenderaan yang boleh menjejaskan tahap kesihatan penduduk. Bukan atmosfera begini yang menjadi bandar impian saya mahupun rakyat Malaysia. Impian saya bandar yang sihat dan sejahtera untuk didiami. Dalam imiginasi bandar impian saya adalah, bandar yang penduduknya tidak menggunakan kenderaan bermotor, bandar yang di penuhi tumbuhan hijau, terdapat taman-taman mini, dan sudut ilmiah yang berada di setiap zon ilmiah.

3

 

 

Aktiviti riadah yang boleh dilakukan dengan menyediakan kawasan rekreasi

 

 

 

Imiginasi ini tidak mustahil untuk mewujudkan sebagai bandar larangan bagi kenderaan bermotor. Penduduk setempat menaiki kenderaan awam yang menggunakan tenaga elektrik untuk menuju ke destinasi atau dengan berbasikal. Kenderaan bermotor dilarang sama sekali tidak kira motosikal mahupun kereta apatah lagi lori muatan berat. Implikasi daripada hal ini dapat menjamin kualiti udara, mengurangkan kadar kemalangan dan juga mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Dengan itu, wujudlah bandar yang sihat persekitarannya.

4

Dengan menyediakan kawasan dan kemudahan untuk melakukan aktiviti bersenam dapat menggalakkan orang ramai untuk bersenam

 

 

 

 

Di samping itu, bandar akan lebih menarik dan sihat dengan keindahan taman-taman mini yang diwujudkan. Malah, dengan kewujudan taman-taman mini di bandar menjadikan penduduk rajin turun padang untuk bersenam dan melakukan aktiviti riadah. Akhirnya lahirlah penduduk yang sihat dan cergas bak kata pepatah, ‘badan sihat otak cergas’. Disamping itu, saya juga mengimpikan bandar yang ilmiah, kaya dengan ilmu pengetahuan dan bandar yang penuh berinfomasi. Untuk menjadi insan yang berjaya pendidikan dan pengetahuan harus diperluaskan melalui pembacaan. Oleh itu, di setiap ruang menunggu di sekitar bandar wujudkan zon ilmiah di mana terdapat bahan bacaan yang boleh diambil dan dibaca oleh penduduk. Zon ilmiah mungkin boleh diwujudkan di taman-taman mahupun di stesen kemudahan awam. Sementara itu, papan-papan iklan yang dibina juga boleh di selitkan dengan ilmu pengetahuan. Dengan itu, penduduk bandar boleh mendapatkan ilmu tanpa sedar dan dapat di manfaatkan bersama.

5

 

 

Sudut-sudut ilmiah disediakan dalam kawasan bandar 

 

 

Ironinya, saya berharap bandar impian saya ini menjadi realiti suatu hari nanti. Hasil usaha dan kerjasama dari semua pihak, saya yakin bandar impian saya ini mampu direalisasikan. Usaha dan kerjasama tersebut bukan sahaja daripada agensi pelaksana tetapi juga penghuni yang tinggal dalam bandar. Keseluruhannya, ‘Bandar Sihat’ ini memberi seribu satu kebaikan kepada semua.

 

Disediakan oleh:
Hajar binti Ahmad
Bahagian Rancangan Fizikal Negara

No comment »

ELAK DIRI DARI BERHUTANG

Anda berhutang? Mempunyai masalah kewangan? Dan berhutang adalah pilihan anda? Katakan TIDAK pada berhutang!

Antara langkah mengelakkan diri dari terjerumus dengan berhutang:

1.         Beli barangan mengikut keperluan sahaja, bukan mengikut kehendak dan keinginan

2.         Elakkan dari menggunakan kad kredit. Sekiranya kita menggunakan kad kredit, hadkan penggunaannya untuk tujuan keperluan dan bukannya beli belah.

3.         Simpan sedikit gaji bulanan untuk tujuan kecemasan dan ketika memerlukannya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, bukan?

4.         Belilah barangan secara tunai. Sekiranya barang tersebut mahal, kumpul dahulu duit sehingga mencukupi. Belian secara hutang akan menambahkan harga barangan tersebut.

5.         Jangan meniru gaya hidup orang lain. Inginkah anda nampak bergaya dan mewah tetapi realitinya poket kosong?

6.         Pilih masa dan tempat yang sesuai untuk beli belah. Belilah semasa barangan tersebut mempunyai potongan harga kerana masa inilah anda mampu berjimat!

7.         Bina pendapatan tambahan. Anda minat berniaga? Tambah pendapatan anda dengan menjalankan perniagaan sampingan tanpa menjejaskan kewajipan dan reputasi kerja semasa.

Hutang bukan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Jangan jadikan berhutang sebagai amalan hidup. Hutang lebih banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan dan menjalankan kerja seharian. Sama-sama kita tangani hutang dengan berhemah.images

No comment »