Suatu Ketika di ‘Royal Belum State Park’

Panorama hijau memukau pandangan setiap mata yang memandang. Kicauan sang burung sayup-sayup kedengaran mengalunkan irama alam, mengiringi langkah setiap pengunjungnya. Dan, jika bernasib baik, mendengar jeritan sang belang memecah kedamaian hutan pasti menjadi pengalaman yang sukar dilupakan Biarpun pembangunan semakin mendesak, rimbunan pepohon hutan masih berdiri gah memagari 1001 khazanah berharganya.

Pengalaman melangkah ke dalam hutan hujan tropika Royal Belum yang berusia menjangkau usia 130 juta tahun merupakan satu pengalaman yang menarik bagi peserta lawatan tapak kajian CFS Negeri Perak di PL2 Temenggor FR – Royal Belum State Perak pada 12 – 13 Januari 2011. Malah, lebih menarik lagi apabila dapat melihat dengan   kelibat sekumpulan gajah liar berada berhampiran Lebuhraya Timur-Barat di kawasan tasik Banding, ketika di dalam perjalanan pulang.

Namun begitu, pada hari yang sama juga, Berita Harian 14 Januari 2011 melaporkan seekor gajah betina  mati akibat dilanggar oleh sebuah lori kontenna di dalam kawasan yang sama. Walaupun Lebuhraya Timur Barat ini telah menghadkan kawasan hutan, namun ia tidak menghalang daripada kumpulan gajah ini untuk melintasi lebuhraya tersebut. Persoalannya, apakah tindakan sewajarnya bagi mengelakkan konflik manusia-haiwan ini berlaku?

Mungkinkah pembinaan laluan hidupan liar seperti ‘viaduct; perlu dilaksanakan ?

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.