Kolaborasi Perkongsian Maklumat Antara Agensi


(Kolaborasi BMGN – KPTM, 23.2.2011)

Secara rasionalnya, semua orang tahu bahawa hasil analisis amat bergantung kepada kualiti data yang sahih, terkini dan tepat. Di dalam memastikan perkara ini tercapai berhubung dengan data geospatial JPBD, kerjasama bagi perkongsian maklumat dengan agensi lain adalah sangat relevan.

BMGN telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan kolaborasi perkongsian maklumat dengan beberapa agensi bagi mengemaskini data geospatial gunatanah perancangan. Ini adalah hala tuju baru bagi menyelesaikan masalah yang di hadapi (problem solving). Antara lain tujuan kolaborasi adalah untuk mendapatkan maklumat terkini dan lengkap dari agensi bagi sesuatu kemudahan atau pembangunan untuk kemaskini data gunatanah. Selain itu, ianya juga menyediakan platfom kriteria pembangunan mengikut amalan dan keperluan agensi itu sendiri dan seterusnya boleh dikongsi bersama pejabat projek yang menyediakan rancangan pemajuan. Antara agensi yang telah terlibat adalah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

(Click to enlarge)

Program kolaborasi ini bukan sahaja berfaedah kepada JPBD tetapi agensi-agensi berkaitan juga mendapat manfaat bersama; iaitu program ini dapat membantu agensi untuk mempunyai maklumat yang mengandungi lokasi secara tepat selain mengandungi atribut dan memudahkan carian serta analisis. Maklumat geospatial ini juga boleh digunakan untuk tujuan penyelenggaraan aset, maklumat eksekutif dan menjawab soalan Parlimen.

Kebanyakan data yang dimiliki agensi adalah berbentuk jadual dan senarai menyukarkan pengenalpastian lokasi sebenar maklumat spatial agensi tersebut. Maklum balas yang diperolehi hasil dari program ini amat menggalakkan. Agensi juga berminat untuk menjalinkan kerjasama yang lebih jitu di dalam pengemaskinian data geospatial. Malah program ini juga memberi kefahaman kepada agensi mengenai peranan dan tanggungjawab JPBD secara amnya. Namun hasil mesyuarat juga mendapati masalah yang dihadapi oleh agensi untuk membekalkan data kerana sebahagian data yang dimiliki adalah hakmilik agensi yang lain dan memerlukan kebenaran untuk memberi data tersebut kepada JPBD.

  del.icio.us this!

2 Responses so far »

  1. 1

    Pejabat Projek Zon Utara said,

    March 7, 2011 @ 11:37 am

    smart partnership is way forward.

  2. 2

    izad123 said,

    April 13, 2011 @ 11:17 am

    Yup…smart partnership is the best way…but….
    my point of view….an example: at the moment we haven’t yet seat down together in the beginning of project in certain technical department…sharing information should starting in early stage of project…its a part of smart partnership for “collaboration of sharing information inter agencies” ….

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.