KEBALKAH PIHAK BERKUASA AWAM DAN EJEN-EJENNYA?

Di dalam menjalankan tugas-tugas rasmi, seseorang penjawat awam diberi kuasa untuk menjalankan tugas-tugas mereka. Tetapi adakah pihak berkuasa awam dan ejen-ejennya kebal dari sebarang tindakan undang-undang?

Menjawab persoalan tersebut, dibawah Bab X, Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa sekiranya seseorang itu menghina kuasa yang sah disisi undang-undang bagi penjawat awam atau mengabaikan arahan yang dikeluarkan, maka tindakan boleh diambil ke atas individu tersebut.

Namun begitu, Bab IX Kanun Keseksaan juga menetapkan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya seseorang penjawat awam itu melakukan kesalahan. Antara kesalahan yang termaktub dibawah Kanun ini adalah rasuah, bersubahat bagi tujuan rasuah, menyebabkan bencana kepada orang lain, menyediakan surat palsu, menyamar sebagai penjawat awam lain dan sebagainya.

Disini jelas bahawa sebagai penjawat awam di PBPT atau pun dimana-mana agensi kerajaan yang terlibat dalam menjalankan tugas-tugas bagi melaksanakan peruntukan Akta 172, adalah tertakluk kepada undang-undang bertulis tersebut.

  del.icio.us this!

2 Responses so far »

  1. 1

    izad123 said,

    April 8, 2011 @ 10:44 am

    Kebal?? hm….kekebalan penjawat awam terletak kepada kekebalan imannya…correct me if i’m wrong…klu semua pejawat awam berpegang kepada agama dan aku janji yang telah dilafaz…semua maslah yang berlaku nescaya tidak akan timbul…sebagus mana undang-undang, akta, peraturan dan sewaktu dengannya tidak membawa erti jika tiada jati diri, amanah, jujur dan bertanggungjawab….tiada yang lebih kebal selain dariNYA…

  2. 2

    Bhg. Perundangan dan Kawal Selia Perancangan said,

    July 7, 2011 @ 10:42 am

    Iye. Betul!

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.