Penglibatan JPBD Di Dalam Makmal Pengurusan Nilai Projek-Projek RMKe-10

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) telah terlibat secara langsung dalam memberi khidmat nasihat perancangan di dalam Makmal Pengurusan Nilai Projek-projek RMKe-10 yang telah dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Makmal Pengurusan Nilai ini telah diadakan dari 10 Januari sehingga 8 Mac 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)dan melibatkan 55 projek-projek RMKe-10 yang bernilai 50 juta ke atas. Tujuan pelaksanaan makmal tersebut adalah bagi memuktamadkan skop, kos, rekabentuk dan mengoptimumkan kos projek bagi mencapai nilai yang lebih baik.
Secara keseluruhannya, sejumlah 13 projek telah memerlukan penglibatan JPBDSM dan ia merangkumi projek-projek pembinaan jalan dan landasan keretapi, tebatan banjir, pembangunan perindustrian, pembangunan perlancongan dan pembangunan kereta kabel.
Di dalam proses ini, penelitian yang terperinci terhadap Rancangan Tempatan yang telah disediakan oleh jabatan diambil kira oleh 8 wakil JPBD dalam memberi input perancangan terhadap 13 projek yang terlibat dan penulis berpendapat setiap cadangan RT itu masih relevan untuk digunapakai sebagai rujukan dalam perancangan projek-projek RMKe-10 tersebut.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.