Kursus, Taklimat & Perhimpunan …… Kartun 1 Hari

Kursus, taklimat dan perhimpunan bulanan diambilkira dalam pengumpulan 7 hari berkursus yang diwajibkan bagi setiap penjawat awam.  Pegawai bertanggungjawab perlu memastikan semua pegawai dapat memenuhi keperluan 7 hari berkursus.  Bagi memastikan kelancaran pengurusan kursus dengan lebih berkesan maka terciptalah Sistem e Kursus.

Sistem e Kursus telah banyak membantu BPW dalam penyediaan laporan bulanan kepada Seksyen Sumber Manusia (SSM).  Sistem ini menggunakan Perisian Microsoft Office Access dan diintegrasikannya dengan Microsoft Office Groove.

Kelebihan Microsoft Office Groove adalah ia membenarkan satu fail yang sama untuk dibuka oleh lebih daripada seorang pegawai di dalam satu masa.

Sistem e Kursus ini mempunyai dua fungsi utama iaitu :


  1. Mengemaskini maklumat kursus yang dihadiri pegawai.
  2. Menjanakan Laporan Kursus dengan hanya menekan butang kursus.
      

 

  del.icio.us this!

4 Responses so far »

  1. 1

    izad123 said,

    April 8, 2011 @ 10:32 am

    sistem yg diwujudkan sangat bagus….elok juga klu ianya diKIKkan….ia dapat memberi faedah kepada semua bahagian untuk merekodkan kehadiran kursus dengan lebih sistematik…wallahua’lam…

  2. 2

    Ruhaizah Mohd Rawi said,

    April 11, 2011 @ 9:27 pm

    Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Sistem e Kursus ini baru berusia setahun jagung masih terlalu sayup untuk di KIK kan……,Insya’Allah…sistem ini mampu membantu mengemaskini dan menyediakan laporan kursus yang dihadiri oleh semua pegawai.

  3. 3

    izad123 said,

    April 13, 2011 @ 10:03 am

    sy ingat pn. ruhaizah menjadi ketua (leader) untuk projek ini klu cadangan untuk diKIKkan dipersetujui memandangkan pn adalah pelopor dalam membangunkan sistem tersebut…wlupun simple tetapi sangt membantu dalam menguruskan keratan-keratan akhbar supaya lebih interaktif dan mudah diuruskan….sy n de geng support pn……hudp pn ruhaizah…up sikittt….

  4. 4

    Ruhaizah Mohd Rawi said,

    April 19, 2011 @ 10:27 am

    En. Izad,

    Terima kasih atas cadangan itu tetapi sistem ini perlu banyak penambahbaikan. Sekiranya ada cadangan bagi memajukan sistem ini…cadangan anda amat dialu-alukan…..

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.