Pantai Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dariĀ Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas ditambah dengan keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.

Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari. Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal bagi NegeriĀ Melaka. Ianya terletak berdekatan dengan kem tentera, Kem Terendak. Pusat Bandar yang paling hampir ialah Bandar Masjid Tanah hanya terletak kira-kira 10km sahaja dari pantai tersebut.

Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan.

Selain melancong, pengunjung juga berpeluang untuk melihat penyu karah, iaitu spesies penyu yang hampir pupus. Satu Pusat Pengurusan Penyu Jabatan Perikanan yang terletak di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini. Pusat ini dikendalikan sepenuhnya oleh WWF Malaysia dengan kerjasama dari Jabatan Perikanan. Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.