Penglibatan JPBD dalam Pengurusan Risiko Gempa Bumi & Tsunami

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membentangkan Memorandum Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2010 mengenai Pelaksanaan Pelan Tindakan ke atas syor “Projek Kajian Bencana dan Risiko Gempa Bumi dan Tsunami”. Jemaah Menteri mengambil maklum, menimbang dan bersetuju ke atas pelaksanaan syor kajian tersebut dan mengarahkan MOSTI untuk mengambil tindakan.

Lanjutan daripada itu, MOSTI telah mengeluarkan surat arahan pada 24 November 2010 kepada beberapa  Kementerian termasuk KPKT untuk mengambil tindakan berkaitan –

Perkara 1 : Risiko Gempa Bumi
Perkara 2 : Risiko Tsunami
Perkara 3 : Pengurusan Risiko Gempa Bumi dan Tsunami

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) bertindak sebagai agensi penyelaras bagi pelaksanaan Pelan Tindakan tersebut.

Berdasarkan pelan tindakan di dalam Memorandum Jemaah Menteri yang telah menentukan JPBD sebagai peneraju bagi –

Pengurusan Risiko Gempa Bumi dan Tsunami (Perkara 3) untuk skop (ii) “Kajian semula garis panduan dan prosedur mengenai pembangunan di kawasan-kawasan berisiko gempa bumi dan tsunami”.

Cadangan tindakan bagi Perkara 3(ii) adalah “perlu mengkaji semula garis panduan dan prosedur semasa yang digunapakai dalam pembangunan kawasan berisiko dengan mengambil kira zon-zon risiko gempa bumi dan tsunami.”

Peneraju : JPBD

Pelaksana Utama :

  1. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia;
  2. Jabatan Kerja Raya;
  3. Jabatan Meteorologi Malaysia;
  4. Jabatan Pengairan dan Saliran; dan
  5. Majlis Keselamatan Negara.

Jabatan Meteorologi Malaysia mencadangkan mesyuarat pemantauan ke atas pelaksanan Pelan Tindakan ke atas syor Hasil Kajian Risiko Gempa Bumi dan Tsunami diadakan 3 bulan sekali. Hasil pemantauan akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Antara Agensi Mengenai Gempa Bumi dan Tsunami yang dipengerusikan oleh KSU MOSTI.

Bagi melaksanakan perkara 3(ii), Rancangan Pemajuan yang disediakan oleh JPBD hendaklah mengambil kira kawasan risiko gempa bumi dan tsunami. Sehubungan itu, Rancangan Pemajuan yang melibatkan kawasan berpotensi menghadapi risiko gempa bumi dan tsunami perlulah dikaji semula dengan merangkumi peta-peta risiko geo-bencara berkaitan.

Mesyuarat Pagi pada 31 April 2011 telah memutuskan supaya Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (BPP) bertanggungjawab mendapatkan pelan-pelan risiko gempa bumi dan tsunami untuk dijadikan rujukan kepada Pejabat Projek, Bahagian Rancangan Pembangunan bagi tujuan menyelaras pelan risiko ini di dalam Rancangan-rancangan Pemajuannya.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.