Ofis Sempit atau Pemikiran Yang Sempit?

“OFIS SEMPIT ATAU PEMIKIRAN YANG SEMPIT? Agaknya apa pendapat u all tentang bagaimanakah persekitaran ruang pejabat yang kondusif boleh menjana idea yang kreatif dan berkualiti?”

Rasanya u all pernah tak mengimpikan suasana kerja dan ruang pejabat yang menarik dan supercool? Rasanya di Malaysia tidak mungkin ada suasana kerja yang cool selain dari tekanan kerja yang melambak, ruang kerja atau workspaceyang sempit dan kecil lagi menyesakkan dan juga KPI-KPI yang perlu dikejar pada setiap hujung bulan, enam bulan atau setiap hujung tahun!. Malah, dengan targetbos yang sememangnya mahu cepat akan menjadikan kepala pusing dan berputar ligat!….

Emm……namun begitu, beginilah ruang pejabat tempat aku bekerja di Bahagian Perancangan Wilayah (BPW), Wisma Tun Sambanthan. Keadaan kami disini sungguh menyesakkan dengan ruang yang sempit, perabot-perabot pejabat yang begitu banyak, printer-printer, komputer-komputer lama yang menunggu untuk dilupuskan. Lagi menyedihkan kami terpaksa berkongsi ruang dengan pejabat-pejabat lain bersebelahan. Meh nengok jap macamana keadaannya opis aku….


Kita lihat JadualKeperluan Ruang Pejabat Sediada dan keperluan  Mengikut Standard di BPW.

Menunjukkan bahawa keperluan ruang pejabat sediada kekurangan sebanyak 149.05 meter persegi jika dibandingkan dengan keperluan standard yang tetapkan iaitu GARIS PANDUAN BAGI PERATURAN PERANCANGAN BANGUNAN oleh UPEN, JPM…..so u all boleh bayangkan bagaimana agaknya keadaan aku dan kawan-kawan seramai 30 orang ini bekerja hari-hari dengan keadaan yang sempit dan tidak selesa…emmmmm……
Jom kita lihat pulak, keadaannya pejabat Google dan Facebook dan Skype di Amerika Utara. Fuhh….sangat selesa dan memberi keselesaan kepada pekerjanya. Sebab itu la pekerja Google dan Facebook sentiasa dapat menghasilkan produk baru dengan cepat dan sangat bermutu tinggi.  Inilah sebab kenapa Facebook, Google dan Skype yang semakin menguasai pasaran internet. Mereka mempunyai pekerja yang produktif sebab opis mereka best giler.. Jom kita layan dan tinjau-tinjau ofis Google dan Facebook dulu. Aku rasa yang pastinya ruang dalamannya memang akan membuatkan hari-hari disuruh overtime pun aku rela…rasa nak tak sabar menunggu hari isnin nak pergi opis esok….ye la monday mood la katakan…

32.05 Bilik Mesyuarat 35 1.6/peg. 56
Pantry 13 Pantry 15
Bilik fail 13 Bilik Fail 20 20
Bilik Stor 16 Bilik Stor 30 30
Ruang Tamu Ruang Tamu 20 20
Bilik Komputer 13.3 Bilik Komputer 4 1.9/1 unit pc 7.6
JUMLAH KESELURUHAN 349.55 JUMLAH KESELURUHAN 498.6

Kesimpulannya kondisi pejabat sememangnya sangat penting untuk meningkatkan produktiviti pekerja dengan pemikiran yang kreatif, inovatif serta bersemangat. Pejabat yang bersepah-sepah, sempit, penuh dengan kelengkapan pejabat yang banyak dan tidak terurus serta tidak selesa akan menjejaskan hasil kerja seseorang pekerja. Agaknya u all bersetuju tak dengan pendapat aku?zaleha.norhana.fauzatulaswar
Jom kita lihat pulak, keadaannya pejabat Google dan Facebook dan Skype di Amerika Utara. Fuhh….sangat selesa dan memberi keselesaan kepada pekerjanya. Sebab itu la pekerja Google dan Facebook sentiasa dapat menghasilkan produk baru dengan cepat dan sangat bermutu tinggi.  Inilah sebab kenapa Facebook, Google dan Skype yang semakin menguasai pasaran internet. Mereka mempunyai pekerja yang produktif sebab opis mereka best giler.. Jom kita layan dan tinjau-tinjau ofis Google dan Facebook dulu. Aku rasa yang pastinya ruang dalamannya memang akan membuatkan hari-hari disuruh overtime pun aku rela…rasa nak tak sabar menunggu hari isnin nak pergi opis esok….ye la monday mood la katakan…
  del.icio.us this!

9 Responses so far »

  1. 1

    izurin said,

    May 16, 2011 @ 11:14 am

    sangat sangat setuju!…tapi, secara logiknya, walau mcm mana pun kita cuba nak jadik positif dan pandang ke depan, tak pedulikan persekitaran, hakikatnya, persekitaran yang selerak, sempit dan tak ada sistem akan menjejaskan mutu kerja!!

  2. 2

    ananoor said,

    May 18, 2011 @ 8:11 am

    em….sebenarnyer x sangka pulok artikel ni di publishkan…..pd mulanya ‘administrator’ tidak bersetuju artikel ini dipublishkan..coz not relate to planning issues….apa apa pun…susah juga nak menyesuaikan dengan kelengkapan dan perabot pejabat sediada (meja/printer dll)dengan ruang opis yang terhad…tu belum lagi sekiranya semua post kat BPW diisi sepenuhnya….fuh!mana nak letak semua peralatan tu.. anyway…..we all BPW appriciate n thanks for ur concern…

  3. 3

    ani_bpksp said,

    May 16, 2011 @ 12:22 pm

    saya telah membaca luahan hati ananoor, sebagai salah seorang kakitangan yang pernah bertugas di BPW saya juga dapat merasai apa yang ananoor dan kawan-kawan lain rasakan, saya rasa ruang bagi J29 masih sama, perabot masih sama (saiz meja masih sama) , cuma yang agak padat ialah di ruang teknikal yang menempatkan J26 hingga J17 , untuk makluman kawan-kawan di BPW, saiz meja kami lebih kecil berbanding dengan saiz meja J29 di BPW, jadi ini akan menjimatkan ruang dan mungkin itu yang membuatkan kami nampak macam selesa, cadangan saya apakata BPW ambil balik ruang yang dijadikan stor oleh bahagian lain tu, tapi jangan sampai ambil balik tempat kami menumpang (6 orang pegawai BPKSP di tempatkan disebelah ruang pejabat BPW).
    sekian,

  4. 4

    kakikertu said,

    May 19, 2011 @ 12:30 pm

    Memang sempit lagi berhimpit kat WTS ni, hinggakan pandangan pun jadi tak solid dan kerja-kerja yang dilakukan walaupun siap tetapi dengan muka yang pahit, jiwa yang perit. Yang membuatkan keadaan semakin terhimpit bila ada yang berfikiran lebih sempit, berpusu-pusu ke sini walhal yang sediada kat sini pun dah lama sakit. Dah la tu, mula mintak hak orang itu, orang ini barang sedikit…Nak luaskan ruang lantai dan parking sendiri laksana golongan elit.

  5. 5

    faizulzila said,

    May 20, 2011 @ 9:15 am

    saya pun setuju dengan artikel blog ananoor ni. kita hanya mampu bersabar dan terima seadanya buat masa sekarang. InsyaAllah, akan tiba masanya pejabat kita akan berpindah di tempat yang lebih selesa untuk menjana pemikiran kita dengan lebih kreatif lagi..

  6. 6

    abuya said,

    May 27, 2011 @ 1:39 pm

    BPW dahulunya ‘setinggan’! Tumpang di PPKL (sekarang PPZT) di tkt 21. Kira mcm satu unit di PPKL tu, BPW ada disitu. Tp pegawai bersepah. Pengarah di tkt 20, Pegawai ada yg di tkt 20, ada di tkt 19. Tahun 2004 baru dapat floor baru di tkt 22 sekarang ne. Kira bernafaslah. selesa bekerja pada masa baru-baru pindah… Pegawai pun tak semuanya diisi. Banyak kosong….

    Tapi selepas 7 tahun berlalu, pengarah, pegawai bertukar dan keluar masuk BPW, keadaan BPW sekarang bertukar jadi mcm “setinggan”, cuma kali ne nampak tersusun je. Ini gara-gara semua perjawatan diisi. Hampir penuh.

    Barangan semakin banyak. Peralatan semakin bertambah!

    Apa boleh buat? Kau orang semua buat kerja lah mcm biasa. Biasa kan diri….

    Kalau tak selesa, carilah jalan selesakan diri.

    Saya dah lama cakap dah (masa di BPW)…. tapi takde orang nak dengar dan peduli idea saya…. Iyelah… siapa lah saya…. Insan kerdil jer…..

    Kadang-kala ungkapan “Ada aku kisah!?” bagus juga diucapkan bila fikirkan masalah sebegini.

    Sekarang pun dah tak boleh nak buat apa pun!

    Kalau ada org bertanya, “Selesa ke kerja di BPW?”
    Jawab je “Ada aku kisah?!”

  7. 7

    maszuber said,

    May 27, 2011 @ 3:22 pm

    kadang-kadang, walaupun ruang yang diberikan itu kecil, jika dijaga kekemasannya setiap hari, kena gaya susunan perabotnya, ruang yang kecil itu akan menjadi satu tempat yang paling selesa untuk kita berkerja.

    i did it when i was in consultancy. why dont u try to do the same thing?

    :))

  8. 8

    mrs_gedebe said,

    June 8, 2011 @ 3:34 pm

    setuju dengan maszuber…..walaupun kita tak amalkan 5S….tapi boleh cuba 3S untuk diri sendiri dulu….SUSUN…SIMPAN…SISIH.

    Renung-renungkan dan selamat beramal……….

  9. 9

    Irman bin Ibrahim said,

    June 21, 2011 @ 11:01 am

    Ruang yang selesa sangat seronok berkerja, mungkin JPBD perlu ada bangunan sendiri macam PERKESO. Kalo ada bangunan sendiri semua bahagian di Jalan Cenderasari dan di WTS dapat disatukan. Dari situ semua bahagian dapat berurusan dengan mudah. Sebab ruang sedia ada tidak dapat memenuhi standard yang ditetapkan.

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.