RANCANGAN TEMPATAN PASIR PUTEH: AIR UNTUK BANDAR, KEPERLUAN DAN CABARAN

Hari Air Sedunia yang disambut pada 22 Mac setiap tahun adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak 1993. Ia bertujuan membangkitkan kesedaran dan penglibatan semua lapisan masyarakat untuk penyelesaian kepada krisis air dunia. Idea ini telah dibangkitkan bersama “Millenium Development Goal” yang ditetapkan oleh PBB 18 tahun yang lalu. Bertepatan dengan tema rasmi Sambutan Hari Air Sedunia 2011 iaitu “Air Untuk Bandar: Keperluan dan Cabaran”  akan mengupaskan isu masalah bekalan air di Jajahan Pasir Puteh Negeri Kelantan dalam konteks perancangan Pelan Tempatan (Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2020 Negeri Kelantan) yang kini dalam proses penyediaan peringkat cadangan awal.

Sumber bekalan air untuk kegunaan domestik bagi Jajahan Pasir Puteh adalah melalui dua kategori sumber iaitu sungai dan air tandak (bukit). Empat loji rawatan air (LRA) yang membekalkan air bersih ke Jajahan Pasir Puteh. Pertamanya adalah loji rawatan air Wakaf Bunut yang mengambil sumber air dari Sungai Rasau, iaitu satu-satunya sungai di dalam Jajahan Pasir Puteh yang digunakan sebagai sumber air. Selain daripada itu, jajahan ini juga mendapat bekalan air daripada  sumber air tandak (bukit) iaitu program bekalan air Jeram Pasu dan bekalan air Bukit Yong.  Seterusnya Jajahan Pasir Puteh juga mendapat bekalan air dari loji rawatan air Merbau Chondong yang berada di Jajahan Machang.

Dari segi prasarana agihan bekalan air, adalah didapati bahawa pihak Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mampu mengadakan rangkaian paip agihan bekalan air bersih ke kawasan di dalam Kawasan Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh. Namun begitu sekiranya terdapat gangguan pada LRA walaupun pada masa yang singkat maka ia mengambil masa yang lama untuk keadaan kembali pulih seperti sediakala. Keadaan ini adalah kerana air bersih yang dihasilkan tidak dapat disimpan di dalam tangki semaksima mungkin kerana air yang diproses akan terus digunakan. Tangki yang ada tidak dapat dimunafaatkan sepenuhnya. Tetapi dari segi penawaran dan keperluan bekalan, kuantiti air bersih yang dibekalkan oleh pihak AKSB sahaja yang menjadi isunya. Jika dilihat kepada rekabentuk semasa loji rawatan air Wakaf Bunut Loji ini direkabentuk 16 juta liter/ hari. Namun begitu pada masa kini operasinya hanya mampu setakat 9 juta liter / hari. Keadaan ini dilihat suatu kerugian  didalam keadaan kawasan jajahan ini yang tidak cukup bekalan air.

Antara Cadangan Awal dalam Pelan Rancangan Tempatan Jajahan Pasir untuk mengatasi Masalah Bekalan Air di Jajahan Pasir Puteh

Mengantikan paip jenis “asbestos simen” kepada jenis uPVC atau HDPE. Adalah dicadangkan untuk kawasan-kawasan yang mempunyai kandungan tanah masin yang tinggi seperti di Tok Bali, Cherang Ruku dan Gong Kedak pengunaan paip-paip uPVC dan HDPE adalah digalakkan untuk projek-projek baru yang akan datang. Menggantikan paip-paip retikulasi yang sediada dari jenis “asbestos simen” yang melebihi 20 tahun usia kepada jenis yang lebih tahan kebocoran seperti paip HDPE, uPVC dan Keluli Lembut (MS).

Pembaikan Muka Sauk (Intake) Loji Rawatan Air Wakaf Bunut.Pengambilan air (water extraction) di muka sauk LRA Wakaf Bunut di Sungai Rasau menghadapi masalah  disebabkan sungai berkenaan mengandungi kandungan pasir yang tinggi dan seterusnya merosakkan peralatan ‘intake’ tersebut, yang mana kerja-kerja mencuci  terpaksa dibuat hampir setiap hari. Pembinaan kompatmen (compartment) khas perlu dibina bagi mengelakkan kemasukkan pasir-pasirt tersebut ke kawasan ‘intake’ Seterusnya,pengawalan kualiti air juga perlu dikawal-selia terutamanya di kawasan-kawasan ‘water intake’ supaya tidak berlaku pencemaran termasuk pencerobohan.

Mengurangkan Kadar Air Yang Tidak Terakuan (NRW). Mengurangkan peratusan kadar kehilangan air yang tidak terakaun (NRW) dengan mengambil tindakan-tindakan segera ke atas kebocoran setelah penggantian paip-paip lama dan mengurangkan kejadian paip pecah serta kecurian air.

Cadangan Loji Rawatan Air Baru Semerak. Kajian ini mencadangkan sebuah loji air baru bagi kawasan perkhidmatan bekalan air untuk Semerak perlu dilaksanakan dengan butiran berikut:-Kapasiti : Sekitar 20 JLH, Lokasi ‘Intake’ : Sungai Semerak dan Kawasan perkhidmatan : Semerak, Tok Bali, Cheranng Ruku, Gong Kedak dan kawasan-kawasan yang berhampiran.Pelaksanaan loji rawatan air ini dapat mengurangkan penggantungan bekalan air bersih dari LRA Merbau Chondong yang terletak di Jajahan Machang dan loji ini dapat memberi tumpuan kepada agihan bekalan hanya untuk Jajahan Machang.

Cadangan Meningkatkan kapasiti Logi Rawatan Air Merbau Chondong. Alternatif cadangan ini pula perlu kepada kos pembangunan tambahan

Justeru, Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh telah menggariskan isu-isu dan prospek yang boleh dijadikan asas rujukan awal untuk membuat perancangan dan pembangunan di Jajahan Pasir Puteh menjelang 2020. Kajian Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh juga akan menterjemahkan dasar-dasar pembangunan peringkat nasional, negeri dan daerah sesuai dengan isu-isu dan prospek yang dikenalpasti dan sekaligus mewujukan persekitaran bandar dan desa yang mampan meliputi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Justeru kepada agensi teknikal dan pihak yang mempunyai kepentingan dalam penyediaan Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh, dialu-alukan untuk memberi ulasan, data dan maklumat serta cadangan sebagai input kepada Kajian Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.