Hari Bumi, Di Manakah Kita?

Pada setiap tahun tanggal 22 April dunia akan menyambut Hari Bumi. Tema sambutan untuk tahun ini adalah “Berbilion Tindakan Hijau”. Meneliti tema ini, apa yang dimahukan sambutan kali ini ialah kempen-kempen memulihara dan memelihara alam sekitar yang dijana oleh badan-badan korporat, NGO mahupun secara individu yang boleh dilakukan dalam bentuk berbilion cara dan kaedah.

Di negara kita Malaysia setakat ini ada tiga program pemuliharaan alam sekitar untuk Hari Bumi 2011 iaitu Sambutan Air Terjun, sementara Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan Alam Sekitar Malaysia (MeNGO) turut juga mengadakan Mengo Green Hunt 2011.

Selain itu, Four Starwood Hotels and Resorts di Langkawi akan mengadakan mengadakan program menanam 1,0000 pokok di Sungai Bukit Hantu. Bagi pasukan Angkatan Tentera Darat (ATM) juga tidak ketinggalan menyertai program ini dengan menanam sebanyak 11,1111 batang pokok bakau di persisir pantai Kuala Sanglang, Kangar Perlis. Berangkat sama Raja Muda Perlis Tengku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Jabatan Landskap Negara juga akan menyambut Hari Landskap Negara pada bulan Ogos. nanti.  Justru jabatan ini pastinya mengekalkan tradisi tahunannya iaitu kempen menanam dan pameran pelbagai aneka  pokok .

Bagi saya, kebanyakan program dan kempen yang diadakan hanyalah promosi perhubungan awam untuk selari dengan program yang dijayakan di seluruh dunia. Ia hanyalah program berkala dan tiada kelestarian dalam pemuliharaan alam sekitar secara berterusan. Apabila program dan kempen berakhir, tidak banyak pihak mahu berusaha untuk meneruskan kesinambungan supaya dapat berkekalan dan betul-betul `menjadi’. Apa pun, saya tidak mahu komen banyak mengenai program yang dilakukan, walaupun tiada berterusan tetapi sekurang-kurangnya mereka tetap melakukan sesuatu yang baik dan boleh dicontohi.

Justeru itu, apa yang ingin saya katakan ialah penglibatan jabatan dan peranan kita dalam memelihara dan memulihara alam sekitar dan menjaga BUMI yang Allah anugerahkan kepada kita. Ini adalah selaras dengan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan yang telah disediakan sebanyak 38 itu. Terdapat beberapa Garis Panduan dan Piawaian Perancangan ini yang seharusnya diterimapakai, digunapakai dan dikuatkuasakan. Perkara ini amat perlu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengawal dan merancang pembangunan,  mahupun Jabatan-jabatan Teknikal dan juga pihak-pihak pemaju pastinya.

Dari penelitian dan pengamatan yang dijalankan masih terdapat banyak aktiviti pemusnahan alam sekitar, kerakusan tangan-tangan manusia di maya pada ini dan bencana tanah runtuh dan gelongsor di bukit-bukau, gunung-ganang dan persisiran pantai. Tetapi di manakah penguatkuasaan dan garis panduan ini digunapakai?.

Namun,  apa yang diharapkan agar semua yang terlibat sama ada badan-badan korporat, NGO mahupun secara individu memulakan kempen pemuliharaan secara berterusan.

Yang peliknya, ada usaha pemeliharaan yang dilakukan oleh individu secara senyap, dengan  perbelanjaan sendiri dan tidak pernah diberikan promosi oleh media. Namun usaha murni ini perlu dihargai dan dibantu. Usaha yang dilakukan tanpa mempromosikan diri ini berjaya dilakukan secara berterusan dan telah mencapai matlamatnya.

Jika mereka ini berjaya, kenapa mereka yang mempunyai bajet yang tinggi dan tajaan pihak korporat tidak boleh berjaya? Kenapa perlu dilakukan pada masa singkat sahaja. Adakah mahu popular dengan sekelip mata atau hanya untuk pelepasan?

Oleh itu, mulalah dari diri anda sendiri dan lakukan sekarang!

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.