HEBAHAN RANCANGAN TEMPATAN ZON TIMUR MEI 2011

RANCANGAN TEMPATAN LIPIS PAHANG

  • Konsep Pembangunan bagi RTD Lipis adalah Konsep Pembangunan “Perbandaran Bertumpu dan Pembangunan Koridor Terkawal” Konsep ini menekankan kepada corak pembangunan berpusat di kawasan Bandar Kuala Lipis dengan disokong oleh pengukuhan beberapa pusat petempatan terpilih.
  • Manakala pembangunan koridor terkawal akan memberi  penekanan  kepada usaha memastikan pembangunan di koridor utama dan sekunder adalah selaras dengan strategi pembangunan guna tanah keseluruhan.
  • Konsep ‘Perbandaran Bertumpu’ akan mempertingkatkan Bandar Kuala Lipis selaras dengan peranannya sebagai Pusat Separa Wilayah. Fungsinya sebagai Pusat Pentadbiran Daerah serta Pusat Perniagaan dan Perkhidmatan Utama daerah ini akan di perkukuhkan melalui pelbagai strategi pembangunan antaranya adalah:
  1. Pembesaran dan penambahan kawasan perumahan, perniagaan, kemudahan  masyarakat, institusi dan industri  di Bandar Kuala Lipis dan  kawasan persekitarannya
  2. Pembesaran Bandar Baru Kuala Lipis
  3. Pembangunan Bandar Institusi IPTA Kuala Lipis
  4. Peningkatan kemudahan Infrastruktur dan utiliti  bandar
  5. Pengkhususan kawasan promosi perbandaran
  • Konsep ‘Pembangunan Koridor Terkawal’ pula memberi tumpuan kepada pembangunan spatial daerah yang menekankan kepada 3 koridor pembangunan iaitu:

*         Koridor Utama (Koridor Kuala Lipis – Benta, Koridor Kuala Lipis – Padang Tengku dan Koridor Kuala Lipis-  Kerambit)

*         Koridor Sekunder (Koridor Padang Tengku – Sungai Koyan, Koridor Kuala Lipis-Kechau dan Koridor Merapoh)

*         Koridor Baru (Koridor Kuala Lipis – Jerantut – Kemaman, Koridor Kuala Lipis – Kuala Ketir – Padang Tengku dan Koridor Kuala Medang –Chegar Perah – Merapoh)

  • Antara aspek utama konsep ini adalah:
  1. Peningkatan tahap perhubungan antara pusat petempatan melalui rangkaian jalanraya dan jalan keretapi.
  2. Penambahbaikan kemudahan infrastruktur pelancongan eko dan agro di sepanjang koridor utama dan sekunder
  3. Pengekalan kawasan pertanian perladangan dan pertanian bercampur
  4. Kepelbagaian aktiviti industri khususnya aktiviti indusri ringan, perkhidmatan dan IKS
  5. Pengekalan Kawasan Sensitif  Alam Sekitar dan Kawasan Hutan Simpan

“Menjadikan Daerah Lipis Sebagai Sebuah Daerah Yang Maju Dengan Persekitaran Yang Bersih, Melalui Pembangunan Yang Terancang Di Samping Memulihara Warisan Sediada” 

  

  

RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN PASIR PUTEH

Konsep Pembangunan Jajahan Pasir Puteh 2020 dibentuk berasaskan rumusan penemuan strategik dengan mengambilkira hubungkait dan pertimbangan pelbagai perkara utama yang dirumuskan dalam strategi pembangunan Negeri Kelantan (RSNK), Halatuju Pembangunan Negara, Wilayah ECER dan sebagainya. Selaras dengan wawasan, objektif dan teras pembangunan Jajahan Pasir Puteh 2020 Konsep Pembangunan Jajahan Pasir Puteh 2020 adalah berdasarkan konsep pembangunan terkawal dan petempatan terpilih. Fokus utama yang ditekankan dalam pembentukan konsep ini adalah

§  Merancang berasaskan sasaran kependudukan berjumlah 147,338 dengan kadar pertumbuhan tahunan 2.68 peratus menjelang tahun 2020.

§  Memfokuskan kepada 5 zon pembangunan utama iaitu zon pengekalan padi, hub perbandaran Maritim (Tok Bali), Zon perbandaran Petempatan Utama seperti Bandar Pasir Puteh, Zon Pembangunan Terkawal (200 meter dari Jalan Utama Pasir Puteh-Kota Bharu) dan Hub Pelancongan iaitu meliputi Hub Pelancongan Pantai dan Hub Eko-Pelancongan

§  Penekanan kepada sektor ekonomi utama iaitu pertanian, perikanan dan maritim disamping penyediaan dan pengagihan kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti yang menyeluruh.

RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN MACHANG

Konsep Pembangunan Jajahan Machang 2020 Berteraskan Konsep Pembangunan Terpilih (Selective Development) dengan mengambilkira matlamat pembangunan Rancangan Tempatan Jajahan Machang iaitu memperkukuhkan Jajahan Machang sebagai Pusat Pendidikan, Pertanian dan Perindustrian Asas Tani serta meningkatkan Kesejahteraan Masyarakat.

Fokus utama yang ditekankan dan diambilkira dalam pembentukan konsep ini adalah:

  • Mengukuhkan Koridor pembangunan Machang-Labok, Koridor Machang-Pasir Puteh dan Koridor Pulai Chondong-Kok Lanas serta mewujudkan Koridor Pembangunan baru Labok-Sungai Bagan.
  • Pembangunan tiga pusat pertumbuhan baru iaitu Sungai Bagan, Kemuning dan Wakaf Bata di samping pengukuhan pusat-pusat petempatan sedia ada iaitu Bandar Machang, Banggol Judah, Pulai Chondong, Labok, Batu 30 dan Kampung Pek.
  • Pengekalan sehingga 80 peratus kawasan pertanian dan 90 peratus kawasan tanaman padi sedia ada.
  • Pemuliharaan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), kawasan bercerun, kawasan padang ragut dan kawasan berkepentingan geologi (kawasan batuan ignimbrite)

RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN TANAH MERAH

Memfokuskan kepada sistem perhubungan utama dalaman (intra) dan luaran (inter) antara kawasan bandar dan bandar yang lain sama ada perhubungan lebuhraya,  jalan raya dan rel serta pengangkutan awam
•Memfokuskan kepada pusat pertumbuhan utama dan kawasan potensi bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang bernilai tambah secara bersepadu dan berfungsi sebagai pusat pertumbuhan bagi Jajahan Tanah Merah khususnya dan dalam Konurbasi Kota Bahru umumnya
•Memfokuskan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan yang telah di rizab dan diwartakan sebagai kawasan sensitif alam sekitar khususnya kawasan tanah tinggi, kawasan rizab hutan, berkecerunan melebihi 30 darjah, kawasan nilai sejarah, kawasan badan air dan kawasan tanaman makanan yang memberi kepentingan kepada alam sekitar.
•Memfokuskan kepada zon keutamaan pembangunan yang ditetapkan melalui pelaksanaan pembangunan yang terpilih, pembangunan komited, pembangunan ‘infill’, ‘re-development’, ‘re-zoning’ ataupun ‘re-locate’.
•Memfokuskan kepada penyediaan prasarana bandar dan luar bandar yang lebih ekonomik dan selesa serta mewujudkan persekitaran hidup, kerja dan riadah yang lebih berkualiti, selamat, sejahtera dan beridentiti.
•Sasaran kependudukan sebanyak 142,650 orang menjelang tahun 2020
RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN KUALA KRAI

  • Perletakan dan hubungan wilayah memberi impak kepada  pembangunan  jajahan  ini.
  • Kawasan tumpuan pembangunan meliputi petempatan utama Kuala Krai,  Guchil,  Pahi,  Manek Urai dan Laloh.
  • Petempatan Dabong dan Kemubu dijangka membangun berasaskan potensinya yang melengkapi hierarki dan senario pembangunan bandar
  • Kawasan industri akan bertumpu di Batu Jong dan aktiviti ternakan burung walit dijangka berkembang pesat di jajahan ini.
  • Tumpuan khas sektor pertanian pada penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, getah, kelapa sawit dan pengekalan kawasan padi
  • Sebahagian besar jajahan ini merupakan KSAS yang meliputi tanah tinggi, hutan simpan, air terjun dan elemen semulajadi lain yang memberi sumbangan besar kepada sektor pelancongan di peringkat tempatan, negara dan antarabangsa
  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.