KOIR BPW

KOIR BPW

Tahniah kepada Kumpulan koir BPW!!! Tersenarai di dalam kelompok 5 terbaik diantara 12 kumpulan ke peringkat akhir adalah satu kebanggaan bagi warga BPW. Kumpulan koir ini dibentuk pada saat-saat akhir hari pertandingan namun berkat usaha dan kesabaran bagi setiap warga BPW yang terlibat telah dibalas dengan kemenangan yang tidak diduga.

Terima kasih juga kepada guru koir En.JEBAT kerana sedaya upaya meluangkan masa untuk mengajar kami. Walaupun beliau mempunyai banyak komitmen lain dan beberapa insiden yang tidak diingini seperti rumah beliau dimasuki pencuri dan ibu beliau dimasukkan ke hospital yang menyebabkan beberapa sesi latihan dibatalkan. Ini juga tidak melemahkan semangat warga BPW meneruskan perjuangan di peringkat saringan pertandingan koir ini. 

Keputusan menggunakan Konsep ‘Acapella’ di dalam persembahan koir oleh kumpulan BPW pada saat-saat akhir juga menyebabkan rentak dan harmoni suara kurang menjadi berbanding pada sesi latihan diawalnya. Mungkin ini yang menyebabkan ramai pihak mempertikaikan kemenangan BPW kerana penonton juga tidak mendengar alunan muzik. Sebenarnya, inilah yang cuba di persembahkan oleh BPW iaitu lontaran suara dan harmoni yang baik.

  

Pada awalnya, BPW juga telah menghadapi banyak saingan daripada peserta-perserta kumpulan yang lain namun keputusan rasmi juri telah memihak kepada kami seperti yang dijangkakan. Ayuh!! kita gegarkan di pentas akhir!!

KUMPULAN KIK BPW – (1 CLICK)

Persembahan KIK BPW (1 CLICK) juga hanya dapat dimuktamadkan pada saat-saat akhir kerana ahli KIK yang sama juga terlibat dengan kumpulan koir. Persembahan semasa peringkat saringan amat berlainan dengan kumpulan lain yang mempunyai teks ucapan dan skrip persembahan berbanding dengan persembahan BPW yang tidak tersusun tetapi mempunyai penyampaian dan isi yang padat!. Tahniah juga kepada ahli kumpulan KIK yang telah menyiapkan pembentangan KIK sehingga lewat pagi dengan berbekalkan semangat yang ada. BPW juga adalah satu-satunya wakil tunggal di Ibupejabat yang akan bertanding pada peringkat akhir pertandingan bagi persembahan koir dan KIK. Diharap pihak pengurusan dapat memberikan sokongan yang padu dari segi persiapan sebelum pertandingan untuk melancarkan lagi perjalanan BPW diambang pertandingan akhir nanti. Sayonara!!

 

  del.icio.us this!

3 Responses so far »

  1. 1

    Abdullah Ab. Rahman said,

    July 29, 2011 @ 8:42 am

    Askm jiran…

    TAHNIAH & ALL THE BEST…

  2. 2

    Rosniza said,

    July 29, 2011 @ 10:17 am

    Tahniah dan Selamat Maju Jaya ke pentas Akhir nanti…….

  3. 3

    khalil said,

    August 1, 2011 @ 12:28 pm

    Terima Kasih di atas sokongan :)

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.