KUTU

Jika dilihat kepada tajuk artikel ini, saya pasti ramai yang terbayangkan kutu yang ada kat atas kepala manusia dan juga di badan-badan haiwan kan? Tapi yang sebenarnya, ‘kutu’ yang ingin saya huraikan di sini bukanlah kutu parasit tu tetapi kutu berkenaan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 [Akta 28]. Dalam Akta tersebut dinyatakan bahawa:

“kumpulan wang kutu” ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan pelbagai nama seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada pelbagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine;

Tentu ramai di kalangan kita pernah main dan tahu mengenai aktiviti  ‘Main Kutu’ kan? Malah isu ‘Main Kutu’ bukan lagi perkara asing tetapi menjadi budaya di kalangan masyarakat khususnya di pejabat dan juga di kalangan surirumah. Permainan ini dikira dapat memberi keseronokan kepada pemain-pemainnya apabila tiba giliran menerima wang atau barang-barang (jarang dibuat) seperti yang dipersetujui. Ada sesetengahnya mengunakan wang tersebut (sekiranya diberi wang) untuk dijadikan wang tabungan, sebagai tambahan belanja untuk perayaan, membayar insuran dan cukai jalan dan sebagainya. Buruknya permainan ini apabila ada pemain yang tidak jujur.

Tahukah anda bahawa ‘Main Kutu’ merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Dalam seksyen 3 Akta 28 ada menyatakan bahawa:

Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu

3. Salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(Info: Sekarang Kerajaan sedang membuat pindaan kepada seksyen ini dari segi denda iaitu tidak melebihi lima ratus ribu dan penjara tidak melebihi sepuluh tahun tetapi belum diwartakan… agak kritikal jugak aktiviti ni ye…)

So, mana-mana kawan kita yang sedang ‘Main Kutu’ tu, kalau polis tau mesti kena tangkap kan??? Oh tidak… Sebenarnya bukanlah macam tu, sebab larangan ini hanya ke atas badan perniagaan yang telah berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat sahaja tapi kalau main atas nama persendirian BOLEH lagi! Jangan buat atas nama perniagaan sebab TAK BOLEH nanti kena tangkap, macam kes ini apabila sepasang suami isteri telah ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam setelah terlibat dengan aktiviti tersebut yang diberi nama “Program Ekspress.Klik di sini

Seksyen 10 Akta 28:

Tanggungan jenayah

10. (1) Jika orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini ialah syarikat, setiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai lain syarikat yang berkaitan dengan pengurusan syarikat itu dalam Persekutuan atau yang berupa sebagai bertugas dalam mana-mana jawatan itu dan juga syarikat itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh diambil tindakan terhadapnya dan dihukum dengan sewajarnya: Dengan syarat bahawa hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi orang itu jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan dengan tiada persetujuannya atau dengan tidak dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah berusaha sebagaimana yang sepatutnya untuk mencegah kesalahan itu memandang kepada jenis tugas dan kepada segala hal keadaan lain.

(2) Bagi maksud seksyen ini “syarikat” termasuklah—

(i) sesuatu pertubuhan perbadanan;

(ii) sesuatu firma atau persatuan orang perseorangan yang lain;

(iii) seseorang biasa dan orang perseorangan yang didaftarkan atau diberi lesen di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan dengan pendaftaran atau pelesenan perniagaan.

(3) Jika ejen atau penjawat seseorang (iaitu orang yang kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai “prinsipal”) melakukan atau tidak melakukan sesuatu (yang jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), prinsipal itu, hendaklah, walaupun dia tidak tahu apa-apa pun mengenai kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan itu dan dia boleh dihukum bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi prinsipal jika dia membuktikan—

(a) bahawa perbuatan yang dilakukan atau tidak dilakukan sebagaimana yang diadukan itu tidak termasuk dalam bidang pekerjaan ejen atau penjawat itu; dan

(b) bahawa prinsipal tidak dengan apa-apa cara atau kemudiannya mengesahkan perbuatan yang dilakukan atau tidak dilakukan itu.

(4) Jika ejen atau penjawat prinsipal melakukan atau tidak melakukan sesuatu (yang jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), ejen atau pekhidmat itu juga melakukan kesalahan itu.

(5) Seksyen ini sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.

Secara terperinci boleh baca Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 [Akta 28].

Walaubagaimanapun, pernahkah anda terfikir adakah aktiviti ‘Main Kutu’ ini dibolehkan di sisi undang-undang Islam? Untuk persoalan ini, Ustaz Zaharuddin ada menjelaskan bahawa ia adalah HARUS. Selanjutnya, sila klik di sini .

Sebagai kesimpulannya, aktiviti ‘Main Kutu’ ini terpulanglah kepada individu masing-masing sama ada untuk menyertai atau tidak dengan mempertimbangkan baik buruknya ia.

  del.icio.us this!

2 Responses so far »

  1. 1

    Abdullah Ab. Rahman said,

    July 29, 2011 @ 8:40 am

    Salam 1 Malaysia…

    Sekali imbas saya ingatkan Akta 172 ada sebutan ‘kutu’..rupa-rupanya Akta 28. Walaupun tidak ‘related’ dengan bidang perancang, saya fikir ramai antara kita main kutu. Sebenarnya isu ini ada pro dan kontra. Bagi saya, kelebihan orang main kutu ni adalah untuk menanam sifat MENABUNG dalam kuantiti yang minimum cth RM50 atau RM100/ bulan. Aktiviti ini sebenarnya HALAL kerana ia tidak melibatkan bunga@faedah. Lagi pun aktiviti ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana merancang untuk menggunakan duit kutu kearah kebaikan.

  2. 2

    Unit Khas NKRA Bandar Selamat said,

    August 1, 2011 @ 3:41 pm

    Semenjak bertugas hampir 3 dekad di JPBD tah apa punya ribut pada akhir tahun lepas (2010) aku mengajak kengkawan untuk joint main kutu dan aku menjadi ibu kutu buat pertama kali dalam hidup aku… banyak gak pengalaman pahit manis didalam mengendalikan permainan (betulke istilah aku ni.. tapi faham kan?). aku akan pastikan kwn2 yg mendapat giliran bulan tu akan mendapat wangnya dgn cepat… mmg telah dipersetujui bayaran perlu dibuat pada hari gaji.. tapi maklumlah kesibukan dgn tugas dan kerja2 out station menyebabkan ada yg bayar lambat.. sering kali aku mendahulukan wang ku utk memastikan kengkawan mendapat bayaran dgn cepat. Pastu aku taubat tak nak jadi ibu kutu da…tapi aku setuju didalam permainan ini yg paling penting adalah kejujuran….

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.