Message Popup – Banyak buruk dari baik?

Message popup adalah satu perisian komunikasi antara rangkaian (LAN) yang dibangunkan oleh Taejun Park pada tahun 2004. Perisian ini telah meluas digunakan didalam setengah Jabatan kerajaan.

Kelebihan perisian ini adalah ciri-ciri yang terdapat di dalam perisian seperti short message (macam SMS antara PC), diari dan alarm (mungkin ada yang terkejut adanya fungsi ini), menukar nama akuan pengguna, dan paling menjadi kegemaran pengguna adalah fungsi attachment file. Begitu mudah menghantar fail kepada pengguna lain yang menggunakan perisian yang sama. Perkongsian fail-fail berkaitan kerja lebih mudah  dan cepat diuruskan.

Sebab utama pengguna berminat dengan perisian ini adalah kemudahan menghantar mesej secara peribadi (boleh mengumpat lah yer..) dan secara kumpulan seperti pengumuman sesuatu events atau program secara serentak

Namun kelemahan dan keburukannya boleh juga menyusahkan pengguna lain terutamanya pihak yang menguruskan keselamatan dan antivirus PC.

Kelemahan paling ketara adalah perisian ini tidak dilengkapi atau digabungkan dengan perisian antivirus yang dipasang dalam PC pengguna. Ini menyebabkan fail yang  dilampirkan (attachment file) tidak diskrin atau diimbas oleh antivirus. Bagi pengguna yang cuai atau tidak ambil kisah pasal virus, mereka tidak peduli pasal fail (yang mungkin dijangkiti virus) sama ada fail dihantar atau fail yang diterima. Jadi PC mereka berpotensi besar untuk diserang virus.

Masalah timbul apabila fail yang dihantar melalui perisian ini mempunyai virus dan pengguna yang menerimanya pula membuka fail tanpa diskrin (scan) terlebih dahulu dengan antivirus. Penghantaran fail melalui perisian ini tanpa melalui scanning oleh antivirus umpama memasuki pejabat tanpa melalui pintu kawalan keselamatan. Tiba-tiba je muncul dan paling membimbangkan virus boleh membiak tanpa diduga oleh pengguna. Pengalaman mengendalikan PC yang diserang virus kebanyakkannya berpunca dari masalah ini.

Pengalaman menggunakan perisian ini menunjukkan kadang kala PC pengguna akan lembap tanpa sebab. Puncanya bila virus sudah bersarang dalam PC dan perisian antivirus tidak di update bagi mengesan aktiviti virus. Dan lebih parah jika PC pengguna sekadar dilengkapi dengan perisian antivirus  percuma sahaja yang mana ianya tidak berfungsi lengkap seperti perisian rofessional (perisian berbayar). Adakalanya pengguna menghadapi kesukaran setting perisian message popup oleh kerana ada masanya perisian ini “bingung”.

Kaedah paling baik untuk mengatasi masalah ini adalah tidak menggunakan perisian ini lagi. Senang citer. Berkomunikasilah seperti biasa, telefon, sms, dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Bagi pengguna email Townplan, mereka mempunyai pilihan lain iaitu email Zimbra yang mempunyai ciri chat sama seperti message popup. Yang menariknya, email Zimbra Townplan meliputi keseluruhan rangkaian internet manakala message popup terhad pada rangkaian setempat sahaja. Ini merugikan pengguna.

Pengguna email Townplan Zimbra masih boleh menghantar mesej kepada rakan walaupun pengguna berkenaan tidak online sedangkan message poup, PC pengguna tersebut perlu di’on’kan terlebih dahulu untuk menerima mesej atau fail.

Untuk menghantar fail, gunakan attachment email seperti biasa yang dilengkapi dengan antivirus scanning.

Kalau ini semua tidak membantu, bertukar kepada iPAD atau teknologi yang semakin canggih dan mengilakan ramai orang.

  del.icio.us this!

10 Responses so far »

  1. 1

    Abbas Abdul Wahab said,

    August 22, 2011 @ 3:19 pm

    Betul seperti saudara jelaskan: Message Pop-up tidak dapat kawal serangan virus. Itu kenapa pada tahun lepas, JPICT JPBD mengharamkan penggunaan Message Pop-up. Bagaimana pun, jangan terkejut masih ada (ramai?) yang guna Message Pop-up dan jangan terkejut kalau jaringan townplan penuh dengan virus. Alternatifnya telah pun dilengkapi dalam Townplan Zimbra melalui chat tetapi semua ni memerlukan kerjasama dan perubahan mindset.

  2. 2

    Abuya said,

    August 23, 2011 @ 7:54 am

    Yeap betul!
    Napelah manusia ini tidak mahu berubah kepada yang lebih canggih dan menyenangkan tetapi selamat?

  3. 3

    Abdullah Ab. Rahman said,

    August 23, 2011 @ 4:47 pm

    Setuju!!!

    Memang tidak dinafikan laluan LAN biasanya amat terdedah kepada virus dari satu pc ke satu pc yang lain. Walaupun pc kita ada anti-virus, tetapi aplikasi msg.pop-up tidak mempunya sebarang ‘defender’ untuk menapis segala virus-virus ini.

    Isu ini kadang-kadang kita pernah ketengahkan kepada pengguna msg.pop-up, satu je jawapan yang diberikan “nak senang, cepat, dan pantas, just one klik jer”…Tapi bila kita tengok buddy dalam zimbra memang seronok cuma kita mesti log-in dulu baru aktif…

    So, bagi saya arahan pihak pengurusan dah terang mengharamkan penggunaan pop-up. Nasihat dan alternatif dari msg.pop-up kepada buddy zimba dah bagitau, masih juga tak jalan…So cadangan saya mohon pihak STM adakan bengkel khusus berkenaan penggunaan buddy zimbra dan mengenakan tindakan yg tegas kepada pegawai yang masih menggunakan msg.pop-up ini.

    “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”…fikir2 kan lah…hehe

  4. 4

    Irman bin Ibrahim said,

    October 3, 2011 @ 4:30 pm

    Setiap tahun STM akan membuat kursus latihan emel kepada kakitangan JPBDSM. Tatacara dan penggunaan emel jabatan akan diterangkan didalam kursus berkenaan. Terdapat 14 modul utama yang akan dipelajari supaya memudahkan kakitangan JPBDSM berurusan dengan agensi kerajaan lain dan juga dengan orang awam melalui penggunaan emel ini. Sekiranya berminat boleh mendaftar sebagai peserta kursus

  5. 5

    Abbas Abdul Wahab said,

    August 24, 2011 @ 8:16 am

    Abuya,

    Manusia adalah “imperfect creature”, oleh itu, bergantung kepada pengalaman “trail & error ” untuk memperbaiki dirinya berpandukan “theory & practice”. Apabila otak menerima satu teori sebagai “workable” dan tindakan “repetition” membuktikannya workable, otak akan jadi complacent SEHINGGA disuruh buat perbandingan A vs. B. Bagaminapun kerana sikap malas atau leceh, “common sense’ tak diutamakan. Kadangkala perbandingan A vs. B juga telah pun dibuat dan terbukti B adalah opsyen yang lebih baik tetapi kerana sikap complacent, modus operandi A masih diamalkan. Semua ni memerlukan change in mindset tetapi senang nak cakap sukar dibuat.

  6. 6

    LEB said,

    August 25, 2011 @ 12:31 pm

    Setuju dengan pandangan 3 hero As di atas : Abu Abbas Abdullah haa haa. Walaupun JPICT JPBD telah mengharamkan penggunaan Message Pop-up, tetapi masih terdapat warga JPBD yang sanggup tidak menghiraukan arahan? Besar kemungkinan arahan tersebut telah disebar tetapi TIDAK dibaca? Atau STM perlu melakukan **penguatkuasaan** yang sewajarnya?

  7. 7

    Abuya said,

    August 25, 2011 @ 3:37 pm

    Yeap. Setuju. Bukan senang nak ubah mindset. Apa-apa pun, kita mulakan dulu.

  8. 8

    Pejabat Projek Zon Timur said,

    August 26, 2011 @ 11:11 am

    setuju juga..teringat kata PM cabaran paling besar yang dihadapi oleh negara adalah untuk membawa perubahan mindset rakyat bukan perubahan ekonomi dan fizikal..:)

  9. 9

    Abuya said,

    September 5, 2011 @ 9:27 am

    Iya. Betul!
    Minda kelas pertama nelah yg sepatutnya semua rakyat 1Malaysia ada!
    Ex-PM (Pak Lah) pernah sebut: Infrastuktur kelas pertama, tapi minda kelas ketiga!!…. begitu jauh tertinggal…
    Lama kelamaan, pembangunan di negara ini, warga asing yang lebih banyak menikmati pembangunan sebenar di Malaysia. Dah lah depa yg bikin semua kerja-kerja infrastuktur (pembinaan) di Malaysia!
    Kita sekadar jadi bapak penonton!

  10. 10

    Facebook Group (FbG) | said,

    May 21, 2012 @ 7:46 pm

    […] pernah menulis tentang perisian Message Popup (Message Popup –Banyak buruk dari baik?) 9 bulan yang lepas yang digunakan oleh setengah penjawat awan. Topiknya sekitar kelemahan perisian […]

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.