Pentingnya Direkod Sejarah JPBDSM

Kota Bharu 5 September – Pengarah Pejabat Projek Zon Timur Tn Hj Wan Hassan bin Wan Ismail mengusulkan supaya sejarah JPBDSM dikumpul dan direkod. Usul ini diucap oleh beliau semasa memberi ucapan di Majlis Persaraan beliau di Hotel Grand River View di Kota Bharu Kelantan.

Majlis dihadiri oleh Ketua Pengarah, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian dan warga Pejabat Projek Zon Timur untuk meraikan persaraan beliau selama 31 tahun berkhidmat dalam JPBDSM.

Majlis diserikan dengan pensembahan koir oleh kumpulan koir PPZR yang menyanyikan dua buah lagu kesukaan pengarah Pejabat Projek Zon Timur iaitu Dealova dan Pelangi Petang. Untuk mengimbas kembali nostalgia lama dan perjalanan karier Pengarah Zon Timur dalam JPBDSM, hadirin yang hadir juga dipertontonkan dengan 3 slot tayangan multimedia yang bertajuk in person, Perjalanan Kerjaya Pengarah dan Kenangan bersamaku.

Pengarah PPZR mengingatkan supaya budaya mengumpul dan merekod sejarah boleh dipupuk dengan bermula dengan menulis mengenai sejarah hidup masing-masing. Dengan menulis dan mendokumentasikan sejarah JPBDSM yang kini masuk usia 90 tahun akan dapat dijadikan panduan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dalam mentranformasikan Bandar utama di Semenanjung Malaysia amya dan Zon Timur khasnya kepada tempat yang sesuai didiami dan bekerja menerusi perancangan yang baik.

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenajung Malaysia, Y. Bhg. Dato` Mohd. Fadzil bin Hj. Mohd. Khir  yang berucap dalam majlis persaraan ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengarah Pejabat Zon Timur khasnya dan semua warga JPBDSM Zon Timur amya diatas usaha gigih dan kesetiaan dalam menjayakan visi dan misi Jabatan terutamanya dalam mengawal selia projek-projek rancangan pemajuan bagi Zon Timur.

Di akhir majlis persaraan, Pengarah PPZR menyampaikan dua buah buku kepada Ketua Pengarah JPBDSM untuk dijadikan rujukan iaitu Chronicles of Fascinating World Travel dan A Journey through the Malaysian Town and Country Planning Department. (buku ini belum diterbitkan).

Disediakan Oleh

Wakil Moderater Blog

PPZR 2011

  del.icio.us this!

4 Responses so far »

  1. 1

    Abdullah Ab. Rahman said,

    September 9, 2011 @ 12:33 pm

    Selamat Bersara Tn. Hj. Wan…

    Saya berasa amat bangga dan terharu diatas sumbangan Hj. Wan selama 31 tahun mencurah bakti kepada JPBD. Semoga perjalanan Hj. Wan dari mula hingga ke depan mendapat rahmat dan keberkatan Allah swt…InsyaAllah.

    Walaupun saya baru mengenali Hj. Wan sejak masuk ke JPBD pada 2007, tetapi pertemuan sekali-sekala (semasa mesy. di PBT @ Hq) saya dapat rasakan ‘chemistry’ antara Hj. Wan macam sahabat yang boleh berbual-bicara, ‘open-minded’, sentiasa bersangka-baik, friendly dan happy go lucky…

    Seorang pengarah yang sukar dicari ganti…(teringat seorang pensyarah UTM skudai yang dah pencen iras dari segi wajah dan perlakuan cth. suka baca buku, melancong, melakukan aktiviti, cergas etc)

    selamat bersara Hj. Wan….

  2. 2

    Abuya said,

    September 9, 2011 @ 4:27 pm

    Yeap setuju!
    Tapi siapa akan mulakan inisiatif ini?
    Adakah medium rekod dlm format web/blog or something else more efisien?

    Perkara yang perlu direkod adalah individu yang pernah bekerja (+ biodata), kejayaan jabatan dalam konteks negara, sumbangan jabatan dalam menjayakan misi kerajaan, sumbangan kepada negara etc. JPBD bakal mempunyai rekod sejarah 100 tahun dalam beberapa tahun akan datang.

    Biarlah generasi akan datang, 10 tahun, 20 tahun, 100 tahun akan datang mengimbas kembali, sumbangan dan kejayaan yang pernah “DIREKODKAN” untuk tatapan dan pengalaman generasi akan datang. Biarlah sejarah itu direkod secara live dan tidak menjadi pertikaian pada masa hadapan. Telus dan benar!

    En. Wan, selamat bersara, dan semoga maju jaya kehidupan dunia dan akhirat, Insya-Allah.

  3. 3

    Pejabat Projek Zon Timur said,

    September 9, 2011 @ 4:33 pm

    Terima Kasih Saudara Abdullah

    Ada yang datang dan Pergi. Apa-apa pun kita di JPBDSM perlu seiya sekata seiring dan sejalan untuk meningkatkan lagi prestasi dan imej jabatan. Be the good follower and leader..- wakil blog ppzr

  4. 4

    Pejabat Projek Zon Timur said,

    September 10, 2011 @ 10:26 am

    Terima kasih saudara Abuya atas pandangan dan cadangan.

    1. Dalam hal ini, saya berpendapat sejarah JPBDSM boleh dikumpul dan direkod dalam bentuk penulisan buku. Ini boleh dilakukan dengan menggalakkan kakitangan yang sambung belajar atau pelajar di universiti untuk membuat projek atau tesis tentang sejarah JPBDSM.
    2. Disamping itu juga, setuju dengan pendapat saudara dengan melalui format web/blog. Ini dapat dilakukan dengan mengumpul produk-produk yang telah dikeluarkan oleh JPBDSM seperti pelan-pelan pembangunan yang terdahulu sejak 1921 hingga sekarang untuk disimpan di web atau di pamer dalam pusat sumber masing-masing.

    Tq
    Wkl Blog PPZR

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.