KE ARAH PENGURUSAN PANGKALAN DATA GEOSPATIAL YANG LEBIH BAIK

Pernahkah anda mengalami situasi begini?

Senario 1  – Klien perlu mencetak peta imej satelit dengan segera. Data imej satelit dalam server dan perlu akses dengan segera. Cari2..owhh kena muat turun dulu data ke komputer sebab server tidak boleh akses secara terus. Saiz data imej satelit 4 gb dan masa yang diperlukan untuk muat turun adalah 1 jam. Tik tik tik.. masa terus berjalan. Klien sedang menunggu dengan jari mengetuk perlahan di meja. “Maaf yer Encik, data ini mengambil masa 1 jam untuk download data ni”. Semasa itu, terfikir kenapa lah perisian GIS desktop tidak boleh berkomunikasi terus dengan server? Zaman sekarang semua nak MUDAH dan SEGERA. Jadi nak akses dan buat peta pun mesti lah MUDAH dan SEGERA.

Senario 2 – Juruteknik telah diberi tugas untuk mengemaskini data sekolah. Data perlu disemak setiap kali juruteknik mengemaskini data tersebut. Semakan kali kedua membuat saya tertanya-tanya…eh kenapa data ni lain dengan data yang telah dihantar sebelum ini. Lainnya projection, bilangan sekolah berkurangan dan field pun ada kelainan. Saya telah memanggil juruteknik tersebut dan jawapannya, “oh maaf cik, saya dah tersalah bagi fail sebab banyak sangat data sekolah dalam komputer saya”. Menyalin data lebih daripada 1 fail?

Senario 3 – Kerja kemaskini data gunatanah bagi satu daerah perlu dibuat oleh lebih daripada seorang juruteknik. Mengemaskini pada fail yang sama, data perlu diagihkan mengikut mukim. Setelah itu, pentadbir data akan mencantumkan data-data yang telah dibahagikan menjadi satu fail. Satu data tidak boleh dikemaskini oleh beberapa juruteknik dalam masa yang sama.

Senario 4 – Dalam server terdapatnya beribu-ribu data GIS. Tercari2 fail yang betul. Bosan untuk download data hanya untuk buat paparan sahaja. Bukan nak buat analisis pun. Nak paparkan data spatial tu pun kena download ..sikit-sikit kena download..menyebabkan rasa bosan dan kepala pening.

Adakah jalan mengatasi semua ini?

Banyak organisasi membelanjakan peruntukan untuk membangun, mengemaskini dan menyelenggara data geospatial. Menguruskan data ini merupakan satu cabaran, dan cabaran ini memerlukan alat pengurusan data spatial yang lebih baik. Oleh itu, Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan projek pembangunan Transformasi Pangkalan data Jabatan Daripada Native Format Pada Relational Database Management System (RDBMS) ke arah pengurusan pangkalan data geospatial jabatan yang lebih baik.

Secara ringkas, Pangkalan data Jabatan yang diuruskan oleh BMGN adalah data-data geospatial yang diperolehi daripada Kajian Rancangan Pemajuan, kajian-kajian lain yang dilaksanakan oleh Bahagian, dan Projek GIS Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri. Sistem pengurusan pangkalan data GIS Jabatan menggunakan model data hierarki dan disimpan dalam bentuk native format iaitu .tab dan .shp. Cara penyimpanan secara manual di mana apabila data daripada sumber kajian diterima akan disimpan dalam folder non-verified. Data-data ini akan disemak dan dibetulkan berpandukan Manual Sistem Maklumat Geografi (GIS) Kajian Rancangan Pemajuan. Kemudian data-data tersebut disimpan dalam folder verified. Data-data yang disimpan dalam folder verified akan digunakan untuk dipaparkan dalam portal gunatanah supaya orang awam dapat mengakses data gunatanah kajian rancangan pemajuan. Kaedah penyimpanan data secara folder dan fail menyebabkan pertindihan data dan kelemahan dalam memastikan data-data yang diproses disimpan di tempat yang sebetulnya.

Projek ini adalah projek perintis di mana transformasi ini diperlukan untuk menjadikan pengurusan pangkalan data jabatan lebih efisyen, mudah diuruskan, kurang pertindihan fail dan kawalan keselamatan dan akses data yang lebih baik. Perisian pengurusan pangkalan data geospatial yang digunakan dalam projek ini ialah PostgreSQL dan PostGIS (perisian sumber terbuka). Skop kerja ialah :

1)      Cadangan transormasi Pangkalan Data GIS Jabatan daripada native format kepada elational  Database Management System (RDBMS) menggunakan perisian sumber terbuka iaitu PostgreSQL/PostGIS;

2)      Transformasi pangkalan data Jabatan (Spatial data) daripada format file based kepada PostgreSQL/PostGIS (termasuk merekabentuk pangkalan data dengan menggunakan pendekatan RDBMS);

3)      Spatial and attribute indexing and performance tuning the database;

4)      Ujian penerimaan pengguna (UAT), PostGIS spatial data boleh diakses melalui perisian Mapinfo, ArcGIS dan Quantum GIS;

5)      Latihan kepada pentadbir sistem untuk pengurusan data server.

Tempoh projek adalah 3 bulan bermula daripada bulan September dan berakhir pada bulan November 2011. Projek ini diharap mencapai matlamat ke arah pengurusan pangkalan data geospatial jabatan yang lebih baik dengan penggunaan perisian sumber terbuka bagi langkah berjimat cermat dan dalam masa yang sama dapat memberikan perkhidmatan data gunatanah yang terbaik kepada klien.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.