Jelebu Sepintas Lalu

Jelebu adalah salah satu daerah yang terbesar di Negeri Sembilan, yang terdiri lebih dari 100.000 penduduk. Jelebu bersempadanan dengan daerah Nilai dan Selangor.Jelebu adalah sebuah daerah pinggiran kota dengan aktiviti utamanya adalah pertanian.

 Jelebu mempunyai sejarah terkenal penjajahan Inggeris dan Jepun berbanding lain-lain daerah di Negeri Sembilan. Banyak artifak tak ternilai kolonial ditemui di Sungai Muntoh, yang merupakan bandar perlombongan terpesat seketika dulu.Artifak ini sekarang dipaparkan di muzium negara. Titi dan Sungai Muntoh adalah bandar paling maju dari semua lokasi perlombongan di Jelebu.

Kepesatan Industri Timah merupakan antara punca mengapa banyak berlaku pembunuhan di Titi, di mana lebih daripada 1,500 orang terutama China terkorban di mana secara keseluruhan, terdapat kira-kira 5,000 orang terkorban di bawah pimpinan tentera Jepun semasa perang Dunia 2.

Jelebu mempunyai iklim terpanas dalam sejarah Malaysia direkodkan. Bahagian barat Jelebu merupakan tempat terkering di Malaysia. Namun, di pagi hari suhu sangat rendah dan penglihatan adalah sederhana kerana iklim berkabus.

Getah dan perlombongan pernah menjadikan Malaysia salah satu negara terkaya dari segi sumber alam semulajadi semasa pemerintahan kolonial inggeris. Jelebu merupakan salah satu daerah pengeluar nanas terkenal di Semenanjung Malaysia.Untuk beberapa alasan yang tidak diketahuai, Jelebu juga menempatkan beberapa pusat pemulihan terbesar dan paling maju di Malaysia.

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.