Isu Jemuran Baju di Kediaman Berbilang Tingkat……Tidak Pernah Selesai…..

Jika dilhat sehingga hari ini, isu mengenai jemuran baju di kediaman berbilang tingkat masih menjadi bualan ramai terutama bagi kawasan bandar besar. Walaupun pelbagai jenis kemudahan disediakan di kawasan perumahan yang berbilang tingkat, Malangnya, ramai penghuni kediaman jenis ini terutamanya di bandar-bandar besar masih ¬†meneruskan tabiat ¬†menjemur pakaian di luar rumah. Akibatnya, jemuran termasuk pelbagai jenis pakaian menjadi `hiasan’ kepada rumah tersebut.

Sepatutnya tabiat itu tidak dilakukan warga bandar kerana menonjolkan pemandangan buruk yang menjejaskan imej sebagai bandar raya moden dan indah yang menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara. Menjemur pakaian di luar ruang juga mendatangkan ketidakselesaan kerana air jemuran membasahi kereta, kaki lima dan jemuran di bawah. Kebanyakan pemaju menyediakan tempat menjemur pakaian di sudut khas bersebelahan dengan dapur. Bagaimanapun ruang itu tidak mencukupi untuk menampung jemuran terutamanya untuk keluarga besar kerana tempat jemuran tersebut sempit atau tidak menerima pancaran matahari sepenuhnya…

Oleh itu, untuk menyelesaikan isu ini, satu Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat telah pun diwartakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2009. Ianya bertujuan untuk mengatasi masalah kepada amalan penghuni yang menyidai kain secara tidak teratur di bahagian tingkap, balkoni dan koridor di kediaman yang menghadap kepada pandangan awam telah mencacatkan pandangan serta imej bandar. Senario ini dianggap amat serius khususnya di bandar-bandar utama termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kaedah penyidaian yang paling sesuai digunakan di kawasan kediaman berbilang tingkat adalah penggunaan peralatan menyidai kain jenis mudah alih yang dipasang di dinding atau siling. Penggunaannya mudah kerana ia boleh diubahsuai mengikut keperluan dan selamat digunakan serta boleh disimpan dengan kemas sekiranya tidak digunakan.

Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dalam mengatasi masalah penyidaian kain di kediaman berbilang tingkat sedia ada yang dilihat telah mencacatkan pandangan awam. Objektif garis panduan ini adalah untuk menjelaskan prinsip serta kaedah penyidaian di kediaman berbilang tingkat dapat dilaksanakan secara efektif dan teratur di samping memastikan ianya tidak mencacatkan pandangan awam. Prinsip penyidaian kain yang perlu dicapai adalah penyidaian kain di kediaman berbilang tingkat yang terlindung daripada pandangan awam dan tidak mencacatkan imej bangunan.

Walaubagaimanapun, daripada pengamatan didapati Garis Panduan ini tidak begitu praktikal untuk dilaksanakan kerana baju-baju yang dijemur tidak mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Ini menyebabkan baju-baju yang dijemur akan berbau. Penghuni-penghuni yang mampu boleh menghantar baju-baju mereka ke kedai dobi, tapi bagi penghuni yang kurang berkemampuan ini amat membebankan. Oleh itu, cara penyelesaian untuk isu ini ialah bagi projek-projek perumahan baru yang akan dibina, pemaju perlu menyediakan ruang tambahan menjemur baju diruang yang mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Manakala bagi rumah yang telah siap dibina pula, penghuni boleh menggunakan alternatif menggunakan ampaian mudah alih supaya ianya nampak lebih kemas dan teratur.

Diharap matlamat garis panduan ini dapat dicapai dengan lebih berkesan melalui kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat. Kita mahu kedatangan pelancong asing ke negara kita disambut dengan suasana dan keindahan bandaraya yang menghijau bukannya dengan gantungan baju-baju yang bersidaian di tingkap dan beranda rumah. Semoga rakyat Malaysia lebih peka dan sensitif dengan isu seperti ini….

Oleh : Hamidah Shahir

Bahagian Perancangan Wilayah

  del.icio.us this!

1 Response so far »

  1. 1

    Amir said,

    April 22, 2012 @ 5:21 pm

    Gambar di atas sekali kalau tak silap perumahan sri selangor jalan san peng. KL. amat menyedihkan kerana bukan saja masalah ini berlaku di sini tetapi kebanyakkan tempat surat atau peti surat penghuni flat ini pecah dan tidak dibaiki. Blok 1 contohnya..hampir kesemua peti surat yang berada petak paling atas…semuanya terkopak. aduan telah dibuat tetapi tiada tindakan langsung. saya sebagai penghuni flat ini merasa sangat kecewa.

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.