Alami Pengalaman Unik Dalam Program Jom Candat Sotong 2012

Musim sotong di Terengganu bermula dari bulan April hingga Julai. Ketika musim ini, kawasan perairan Terengganu kelihatan seperti ‘bandar terapung’ kerana diterangi cahaya lampu dari bot-bot nelayan. Kawasan perairan/laut yang terdapat banyak sotong ialah di sekitar perairan Chendering, perairan Marang, sekitar Pulau Kapas, perairan Kuala Terengganu dan laut daerah Setiu, Besut, Dungun dan Kemaman.

Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi untuk menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan yang dipanggil ‘candat’. Masa yang paling sesuai untuk mencandat sotong bermula matahari terbenam hingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa pulang antara 50 kilogram hingga beratus kilogram sotong semalaman jika mencandat itu kena pada lubuknya.

Di Terengganu, mencandat sotong merupakan satu aktiviti pelancongan yang popular dan telah menarik minat ramai orang untuk mengalami sendiri pengalaman yang unik ini. Tahun ini Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Projek Zon Timur (KSK PPZR) sekali lagi menganjurkan program Candat Sotong buat kali kedua. Program ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada aktiviti kelab serta sebagai usaha mempromosikan produk pelancongan negeri Terengganu kepada masyarakat khususnya dari luar Terengganu.

Penyertaan terbuka kepada semua individu, agensi kerajaan, semua warga JPBDSM, JPBD Negeri, perunding dan orang ramai yang berminat. Untuk maklumat lanjut sila hubungi urusetia penganjur dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Mei 2012 (Khamis).

Borang Penyertaan

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.